Rakyat semakin susah, ramai yang akan terjejas kesihatan mental akibat hilang pendapatan

F2
Rakyat semakin susah, ramai yang akan terjejas kesihatan mental akibat hilang pendapatan

Walaupun dah nak hujung tahun ni, kita masih lagi tak sembuh dari Covid-19. Apa yang dulunya dianggap sebagai sebuah jangkitan biasa, menyebar hingga ke seluruh dunia. Yang kita dapat lihat sekarang adalah rantaian kesan daripada pandemik ni. Dari segi tahap kesihatan awam, situasi kita agak baik setakat ni. Tapi bagaimana dengan kesan lain?

728 X 90

Salah satu yang masih kurang dibincangkan adalah kesan pandemik ni terhadap kesihatan mental pulak. Dalam tahun-tahun lalu, isu kesihatan mental ni masih dilayan seperti suatu isu yang sensitif dan seringkali dipandang ringan. Alih-alih, dikaitkan pulak dengan tahap iman seseorang.

Photo: 123rf
Via 123rf

Graf kerisauan meningkat, sakit mental dah menjadi-jadi di Malaysia?

Awal tahun ni kita sempat saksikan tempoh ‘berkurung’ dalam bentuk sekatan pergerakan dan perjalanan. Untuk keluarga yang ada rumah besar seperti yang selalu dipapar kat TV3 sebagai selingan liputan berita tu, mungkin duduk kat rumah boleh jadi suatu perkara yang menenangkan dan menyeronokkan. Boleh buat Dalgona… masak sedap dan bersenam kat treadmill.

Yang kita gagal lihat adalah macam mana keluarga B40 dan yang duduk PPR nak hidup, ditambah lagi dengan tanggungan dan komitmen yang banyak. Hakikat seperti ni tak pulak berani untuk ditonjolkan sedangkan ada je berlaku di Malaysia ni. Disebabkan PKP, ramai terpaksa tutup kedai dan melepaskan para pekerja mereka. Tu pun ada jugak majikan yang tak nak manfaatkan bantuan dari kerajaan khususnya insentif agar kekalkan pekerja.

Strok Oku
Via UNICEF Malaysia

Di sudut pekerja pulak, ramai yang kehilangan kerja. Bila kehilangan kerja, tentulah sumber kewangan utama pun dah putus. Nak harapkan simpanan, orang Malaysia masih tak ramai yang mempunyai simpanan yang mencukupi. KWSP antara harapan ramai keluarga ketika ni, terutamanya apabila moratorium tak lagi dilanjutkan waktunya.

Dr. Shawaludin Husin, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) berpandangan kebimbangan rakyat kini tertumpu tentang soal kesihatan dari aspek penularan dan jangkitan wabak tu terutamanya bila berdekatan dengan kawasan mereka. Tekanan-tekanan lain pun menyusul juga, seperti tekanan nak sesuaikan diri dengan persekitaran bekerja dari rumah dan adaptasi teknologi di zaman norma baharu ni.

Wfh
Via The Conversation

Dia jugak menjangkakan pada hujung Oktober, baru kita akan dapat melihat sejauh mana impak ekonomi rakyat tu apabila bantuan dan insentif kerajaan tu tak lagi disediakan. Sekiranya tak ditangani sebaiknya, ia boleh membawa kepada mudarat psikologi yang lebih teruk.

“Selepas ini (tamat tempoh moratorium) bukan sahaja pekerja ‘pening kepala’, bahkan majikan turut terkesan kerana perlu membayar kos sewa beli bangunan syarikat, mesin dan peralatan tertentu termasuklah memastikan aliran tunai mereka mencukupi untuk membayar gaji pekerja di samping kos-kos lain.

Jika tidak ditangani sewajarnya, perkara ini berisiko membawa kepada ‘bahaya psikososial’ (psychosocial hazard) yang lebih serius. Hilang pekerjaan, isu pengangguran, gagal dalam perniagaan dan sebagainya berisiko menyumbang kepada tekanan hidup dan seterusnya masalah sosial dalam masyarakat,”- Seperti yang dilaporkan Berita Harian

Bernama Graf Kerisauan Pekerja
Via Bernama

Bunuh diri bukan jalan keluar yang terbaik, wujud keperluan untuk bina sistem sokongan sosial yang lebih efektif

Salah satu perkara yang dah kerapkali dilaporkan sepanjang tempoh wabak ni adalah kejadian bunuh diri. Kami tak nafikan, banyak lagi kejadian yang terjadi akibat tekanan yang terlalu tinggi untuk dihadapi oleh seseorang. Namun kejadian bunuh diri ni yang takde jalan pulangnya lagi. Kejadian ni jugak memberi kesan buruk kepada mereka yang masih lagi hidup, khususnya kepada keluarga, rakan dan masyarakat di sekelilingnya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan setakat ni, 266 kes bunuh diri telah dicatatkan daripada 18 Mac hingga 30 Oktober lalu. Ni bermaksud secara puratanya, lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau sorang setiap hari dalam tempoh 7 bulan PKP ni. Kata CP Dato’ Ramli Haji Din merangkap Pengarah Pengurusan:

“Sebanyak 24 peratus kejadian bunuh diri disebabkan masalah keluarga, diikuti kes rumah tangga sebanyak 23 peratus, dan 15 peratus lagi atas faktor cinta. Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus,” – Seperti yang dipetik Kosmo!

Bunuh Diri
Via Malaysia Dateline

Faktor tertinggi kejadian bunuh diri ni berlaku adalah disebabkan masalah bebanan hutang. Manakala negeri Johor pulak mencatatkan kes paling tinggi yang dilaporkan, dengan purata pelakunya adalah lelaki (78%), berbanding wanita (22%). Perkara ni sebenarnya agak konsisten dengan apa yang dah kami ulas pada tahun lalu, dimana golongan lelaki lebih ramai alami gangguan emosi dan sukar dapatkan bantuan kerana khuatir dengan cemuhan masyarakat.

Hal ni jugak membuatkan kami terfikir mengenai tahap sokongan sosial yang wujud kat dalam masyarakat ni. Tanpa mengira jantina dan umur, gangguan emosi dan tekanan perasaan ni bukanlah suatu perkara yang wajar dibiarkan begitu saja. Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi dan sosial yang mencabar, sokongan moral perlulah diperbanyakkan lagi di setiap peringkat masyarakat.

Psikososial
Via Myhealth

Sokongan sosial yang relevan seharusnya tak hanya akan bercakap mengenai iman je. Masyarakat kena didedahkan kaedah saintifik mengenai bagaimana untuk menangani mereka yang perlukan bantuan psikologi. Persepsi “sakit mental tanda kelemahan” juga perlu diperbetul dan ditentang.

Selain tu, kerajaan dan pertubuhan berkaitan pun kena sediakan ruang dan saluran yang lebih luas lagi seperti e-mail, WhatsApp, forum atau laman web yang ada chatbot. Setakat ni, penggunaan chatbot sudah agak popular dan senang diakses kat negara luar. Jadi takde masalah kalau kita kat Malaysia pun buat jugak chatbot yang sesuai dengan kita… betul tak?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top