Sakit mental disebabkan lemah iman? Ibnu Sina terangkan masalah sebenar

Sakit mental disebabkan lemah iman? Ibnu Sina terangkan masalah sebenar

ORANGKATA akan memulakan siri baru untuk bagi kesedaran tentang penyakit mental. Kami akan ceritakan pengalaman dari pesakit/keluarga/teman dan doktor bidang sakit mental. Tahun lepas, Menteri Kesihatan Dr Dzulkifli Ahmad menjawab soalan Nurul Izzah Anwar di Parlimen bahawa ada 4.2 juta orang atau dekat 30% peratus rakyat Malaysia atas 16 tahun ada masalah mental.

Via Awani

Ramai yang fikir sakit mental ni sebab lemahnya iman

Dengar je ‘masalah mental’ terus ada gambaran yang bukan-bukan. Kalau sebut je Tanjung Rambutan ke Tampoi ke, konfem pikir gila macam dalam filem seram. Tapi masalah penyakit mental ni banyak cerita dongeng dia. Banyak orang tak sedar dia/org dia sayang ada penyakit mental. Ada duk pikir saka, kena kacau makhluk halus. Kepercayaan ni bukan orang Melayu je, ada orang Cina, India pun pikir benda-benda karut bila bab sakit mental ni.

Ada pula pikir orang sakit mental ni tak tahan stress, pemalas atau lemah iman. Itu pun tak betul. Jom kita soroti kisah sakit mental ni. Dari segi perubatan, sakit mental ni memang sama macam sakit lain. Puncanya biologi jugak. Bila sebut mental, puncanya adalah otak.

Takkanlah benda ni boleh sebabkan orang sakit mental, ye dok? Via Tenor

500 tahun sebelum masihi, Hippocrates dari Greece dah menyatakan penyakit mental ini punca dari biologi. Ketika zaman kegelapan Eropah, mereka merasakan sakit mental ni akibat roh dan hantu. Tapi mahaguru perubatan Islam, Ibnu Sina mengatakan ini masalah kesihatan.

Al Razi (865 masihi – 925 masihi) pula, ketika jadi bos hospital di Baghdad buat wad psikiatri yang pertama dan mulakan rawatan psikoterapi dan ubat untuk penyakit mental. Dia tulis buku al-Mansuri dan al-Tibb al-Ruhani. Pada zaman pertengahan gereja masih merasakan isu ini isu roh dan hantu yang perlukan paderi untuk mengatasinya. Bagi mangsa wanita, penyelesaiannya biasa seksa dan bunuh.

Golongan perubatan zaman tu percaya punya benda ni kerana lebihan cecair hitam dalam badan

Golongan perubatan yang terpengaruh dengan Ibnu Sina dan doktor purba Greece Galen pula merasakan masalah melankoli (depression/kemurungan), mania dan histeria kerana masalah lebihan cecair hitam dalam badan. Sigmund Freud (1856-1939) pula bapak psikoanalisis. Ini kira asas kaunseling lah tapi lebih mendalam dari yang kita jumpa kat sekolah tu. Asas dia ada dari apa yang dibuat oleh orang Greek dan al Razi.

Via Tenor

Wad-wad gila menjadi sesak dan tempat menyedihkan pada abad ke 20. Pesakit-pesakit diasingkan dari orang lain. Rawatan seperti electro-convulsive therapy dan lobotomi jadi kebiasaan. ECT libatkan elektrik disalurkan ke badan sama seperti kejutan elektrik pada haiwan. Memang ganas rawatan ni dan kesan sampingan dia adalah kehilangan memori. Sekarang ECT hanya dibuat untuk pesakit kemurungan serius.

Lobotomi ni lagi horror. Sambungan ke bahagian yang dikaitkan dengan masalah mental di otak akan dipotong melalui pembedahan. Doktor Portugal Antonio Egas Monis siap menang Anugerah Nobel 1948 sebab lobotomi. Tapi banyak pesakit yang buat pembedahan ni akan hilang ingatan atau bertukar personaliti. Soviet Union hentikan lobotomi tahun 1950an, France antara terakhir yang buat pada 1980an.

Kalau anda sedang menghadapi masalah mental, jangan putus harapan, segera dapatkan bantuan professional

Jangan putus harapan. Ramai je pesakit mental berjaya dalam hidup bila urus penyakit dengan baik. Nabi s.a.w. dah cakap, setiap penyakit ada ubat dia. Sekarang ada dua bahagian rawatan penyakit mental – psikiatri yang guna ubat dan psikoterapi yang macam kaunseling.

Kalau rasa murung, tertekan, obses, mania (high macam ambik ganja / minum ketum tapi korang clean) pergi hospital kerajaan minta rawatan sakit mental atau Malaysian Mental Health Association di web www.mmha.org.my / tel 03-7782 5499 / e-mel [email protected]

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top