Apa itu penyakit mental OCD? Ramai yang kata penghidapnya mengada-ngada

Apa itu penyakit mental OCD? Ramai yang kata penghidapnya mengada-ngada

Sepanjang korang hidup, pernah tak korang dengar orang cakap macam ni;

“I tak boleh kalau barang sepah macam ni, I OCD.”
“I memang OCD sikit kalau bab susun jadual, kena jelas semua.”
“Anak I dari kecik memang OCD macam ayah dia, pagi-pagi kemas katil.”

OCD, atau nama panjangnya, Obsessive-Compulsive Disorder, merupakan salah satu kondisi mental yang paling banyak diketengahkan dalam media sehinggakan ia sudah menjadi terma mainstream: tetapi sebenarnya salah dan sangat tidak tepat.

Ramai yang tersalah faham pasal OCD sebab ia selalu dilakukan

Salah satu sebab OCD ini terlalu senang disalahertikan kerana ia merupakan hal yang selalu dilakukan dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, sebagai manusia, kita memang ada kebarangkalian untuk berfikir banyak, curiga dengan ingatan sendiri atau terkenang-kenangkan sesuatu; atau merasa tidak senang apabila sesuatu itu tidak kemas, teratur atau dalam susunan yang kita gemari.

Tetapi bagi seorang pesakit OCD, mereka akan menjadi obses dengan perbuatan atau fikiran itu sehinggakan ianya menjejaskan kebolehan mereka untuk menjalankan hidup seperti biasa.

OCD. Via Timetochange

Dr. Jonathan Abramowitz, seorang pakar psikologi klinikal, mengambil contoh orang yang suka mengemas, dan membayangkan sebegini: Bagi seorang yang biasa, mereka akan mengemas benda yang bersepah itu kerana ia akan membuat mereka gembira dan lebih produktif.

Tetapi bagi seseorang yang mempunyai OCD, mereka akan mengemas kerana jika tidak, mereka merasakan yang sesuatu yang buruk akan berlaku, seperti rumah mereka akan runtuh, atau orang disayangi akan mati.

Mereka yang mempunyai OCD, sebenarnya tengah bergelut dan berlawan dengan minda

Apa yang lebih teruk lagi, apabila seseorang yang mempunyai OCD ni cuba melawan kehendak untuk berbuat perkara obsesi tersebut, dia akan mulai mengalamai anxiety attack atau panic attack, atau apa jua simptom fisiologi yang lain, yang menjejaskan kualiti hidup mereka.

Bayangkan, minda korang beritahu korang bahawa sekiranya korang bawak kereta kurang dari 30 km/j, nanti adik anda akan mati. Korang tahu itu tidak benar, tetapi kalau korang cuba lawan, korang mula peluh sejuk, jantung berdebar-debar dan rasa seperti ada buruk akan berlaku.

Via Tenor

Seterusnya, bayangkan yang korang tak dapat hentikan fikiran tersebut, dan dia macam suatu loop mimpi buruk yang tak mahu berhenti. Perasaan ini tak akan pergi selagi korang tak sampai rumah dan nampak adik korang hidup bernyawa di hadapan mata korang sendiri.

Esok pagi korang tak boleh pergi kerja sebab korang kena nampak adik korang tu depan mata; dan setiap kali dia hilang dari depan mata korang, korang panik dan kena cari dia. Takkan nak bawak adik korang tu pergi kerja? Tapi masuk je kereta start enjin, dah mula balik berdebar-debar, rasa mahu muntah dan seram sejuk. Boss korang pulak WhatsApp, cakap boleh tak sampai awal sikit pagi ni sebab dia nak buat persediaan untuk meeting penting dengan korang.

Via Tenor

Macam mana? Sanggup? Ramai tak sanggup, tapi ini hakikat kehidupan yang dilalui oleh orang yang disahkan menghidap OCD.

Sudah masanya untuk masyarakat diajar tentang kesihatan mental

OCD adalah salah satu sindrom yang berkaitan dengan kesihatan mental. Sebelum ini kami ada menulis panjang lebar tentang kesihatan mental. Buat masa ini, apa yang penting – masyarakat seharusnya diberikan pendidikan tentang kesihatan mental. Tak adalah mereka lihat orang yang ada masalah mental ni mengada-ngada atau ada masalah iman.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top