Akibat COVID-19, keadaan di kawasan PPR semakin teruk, ramai hilang kerja

F1
Akibat COVID-19, keadaan di kawasan PPR semakin teruk, ramai hilang kerja

Tahun ni tahun yang benar-benar mencabar untuk kita semua. Perubahan yang amat ketara boleh dilihat dalam pelbagai lapisan masyarakat terutamanya keluarga berpendapatan rendah. Ada yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan, terpaksa tutup perniagaan kini terpaksa mempertimbangkan pilihan untuk guna wang simpanan kat KSWP tu. Tak lupa juga untuk mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat pandemik ni.

728 X 90

Ditambah lagi dengan tindakan pelaksanaan PKP yang terpaksa diambil untuk bendung penularan COVID-19, kesannya begitu dirasai oleh ketua-ketua keluarga ni. Baru-baru ni pada bulan Mei, UNICEF dan UNFPA dah buat satu kajian tinjauan bagi melihat sejauh mana kesan lepas PKP dilonggarkan. Lebih menarik lagi, fokus kajian ni banyak melihat keadaan ketua-ketua keluarga OKU dan wanita pulak.

Oku
Via Berita Harian

Kesan PKP mencengkam keluarga, pendapatan wanita dan OKU lambat pulih serta ada yang takde perlindungan pekerjaan

Lepas PKP dilonggarkan, kajian mendapati bahawa pendapatan untuk kalangan responden berkurangan antara Mei dan September, manakala ketua isi rumah wanita paling lambat pulih pendapatan mereka. Dalam kajian ni jugak, ada antara ketua isi rumah ni mempunyai tanggungan anak-anak yang masih lagi bersekolah. Ada jugak yang turut menanggung dan menjaga kebajikan anggota keluarga OKU serta pesakit kronik.

Strok Oku
Via UNICEF Malaysia

Antara sebab utama berlakunya pengurangan pendapatan ni adalah ramai antara mereka diberhentikan kerja, gaji dipotong ataupun masa kerja mereka terpaksa dikurangkan. Selain tu, 40% lagi kata mereka sukar memulakan perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan lebih manakala 13% lagi kata mereka memilih untuk berhenti kerja atau kurangkan kerja atas dasar sukarela bagi menjaga ahli keluarga yang sakit.

Pengurangan pendapatan ni jugak sebenarnya dilihat membawa kesan yang lebih buruk apabila 4 daripada 10 isi rumah ni memiliki pendapatan isi rumah bulanan hanya di bawah RM2,000. Hal ni turut diburukkan apabila didapati bahawa 73% KIR OKU ni tak mempunyai perlindungan pekerjaan seperti KWSP atau SIP, manakala 51% lagi terdiri daripada golongan KIR wanita. Dalam kumpulan responden ni jugak, ada yang takde terima manfaat pekerjaan langsung.

No Epf Sosco
Via UNICEF Malaysia

Bukan tu je, kadar penggangguran dalam komuniti PPR jugak agak serius, dengan 35% dewasa menganggur. KIR OKU dan wanita ni jugak banyak bekerja sendiri, jadi ni turut membawa kepada faktor lain kenapa mereka tak mempunyai KSWP. 50% daripada KIR OKU dan 46% KIR wanita tak taupun pasal KWSP atau Perkeso. Ada jugak majikan tak carumkan KSWP atau Perkeso untuk mereka, dan ada pulak yang tak cukup wang untuk menyumbang sendiri untuk perlindungan tersebut.

Semua KIR OKU yang ditemui di PPR hidup di bawah garis kemiskinan, hanya dapat menyimpan RM74 sebulan

Di dalam dapatan tersebut jugak, semua KIR OKU hidup di bawah garis kemiskinan dan rata-rata tak dapat buat simpanan secukupnya untuk digunakan pada masa depan. Ni boleh dilihat sangat jelas dalam data yang dah dikumpul. Pada tahun lalu, 68% KIR wanita dan 70% KIR OKU takde simpanan. Peratusan kemudiannya melonjak pada 75% untuk KIR wanita pada Mei lalu, sebelum menurun semula kepada 71% KIR wanita yang tak cukup duit menyimpan.

Kadar untuk OKU pulak terus meningkat daripada Mei lalu (89%) kepada 93% pada September lalu. Mereka cuma mampu nak simpan sebanyak RM74 sebulan pada September, jauh berkurang dari Mei lalu iaitu sebanyak RM185. Untuk KIR wanita, kadar simpanan mereka pada September lalu adalah sebanyak RM342, juga berkurangan dari Mei lalu. Ni jugak bermaksud walaupun pendapatan KIR wanita semakin pulih seperti sediakala, mereka masih tak mempunyai lebihan wang yang cukup untuk simpanan.

Simpanan Kir Wanita Oku
Via Unicef Malaysia

Pengurangan perbelanjaan turut beri impak pada kualiti pendidikan yang diterima oleh anak, 1 daripada 5 tak minat ke sekolah

Akibat daripada pengurangan pendapatan ni jugak, keluarga-keluarga ni terpaksa jugak berjimat cermat dan kurangkan perbelanjaan keluarga mereka. Mereka banyak bergantung pada wang BPN yang dah diterima ketika Mei lalu, dan dilihat kena ikat perut dah bila dah masuk bulan September tu. Geran mikro PRIHATIN jugak tak dapat dimanfaatkan oleh KIR yang bekerja sendiri.

Perbelanjaan Kir
Via UNICEF Malaysia

Jika dilihat dari kadar perbelanjaan tersebut, kos pengangkutan dan sewa menjadi antara segmen perbelanjaan yang utama. Kos untuk pendidikan pulak semakin kurang, termasuklah makanan dan kos penjagaan anak. Keadaan pasca-PKP turut menyaksikan kadar minat anak-anak untuk ke sekolah semakin kurang, khususnya untuk para pelajar di peringkat sekolah menengah atas.

“Semasa PKP, semuanya dalam talian, tapi sambungan internet kurang baik di sini. Ia lebih perlahan bila semua orang terpaksa gunakannya pada waktu yang sama. Lepas PKP dan bila anak lelaki saya kembali ke sekolah, para guru terpaksa habiskan silibus dalam kadar yang cepat maka dia rasa murung kerana tu”- Puan R., seorang responden ibu tunggal, seperti yang dilapor UNICEF Malaysia

Minat Pelajar Kir
Via UNICEF Malaysia

Korang boleh baca laporan penuh kat sini. Ni menunjukkan bahawa kesan PKP dan apa-apa bantuan serta peluang, termasuklah pada masa hadapan kelak haruslah lebih baik untuk membantu kelompok KIR OKU dan wanita.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top