Cikgu Samuel Isaiah, guru dari Malaysia yang menjadi finalis anugerah antarabangsa

F1
Cikgu Samuel Isaiah, guru dari Malaysia yang menjadi finalis anugerah antarabangsa

Bila kita cakap pasal pendidikan, kita seringkali fokus tentang kritikan dan sumbangsaran yang harus diterima kerajaan berbanding melihat lebih teliti tentang usaha dan inisiatif yang telah dijalankan oleh para guru. Peranan guru ni amat penting, bukan setakat tugas hakiki mereka untuk mencurahkan ilmu dan turut menguruskan hal ehwal murid, tetapi mereka jugak ‘intelektual’ pertama dalam kelas yang ditemui anak-anak kita.

728 X 90

Maka kali ni, kami nak tampilkan sorang guru hebat yang kini telah terpilih menjadi salah sorang finalis peringkat antarabangsa untuk merangkul  Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Finalis Global Teacher Malaysia
8 daripada Top 10 finalis penerima anugerah tersebut… Via Global Teacher Prize

‘Cikgu Sam’ guru yang kasihkan Orang Asli, mulanya keberatan nak mengajar kat sekolah pedalaman yang serba kekurangan

Tak dinafikan sebagai sorang guru, banyak cabaran yang kena diatasi apabila mereka mula ditugaskan ke sekolah-sekolah pedalaman, biasanya daif dan serba kekurangan. Begitu jugaklah apa yang berlaku dari pengalaman Samuel Isaiah, atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Cikgu Sam’. Walaupun begitu, Cikgu Sam pada suatu masa dulu tak sangka jugak dia kena tempatkan kat ceruk pedalaman.

“Sebagai orang muda bercita-cita tinggi, ia seolah-olah membunuh semangat saya apabila dihantar ke sekolah pedalaman, ditambah pula dengan cakap bahawa tak perlu berlebih-lebih kerana itu hanya anak Orang Asli yang tidak akan pergi jauh.

Selama tiga bulan saya cuba menyesuaikan diri, bertanyakan pada diri adakah mengajar Orang Asli boleh membantu melonjakkan karier saya? Sehingga akhirnya saya sedar mereka sangat istimewa, jika kita sedia mendengar dan menerima mereka sepenuhnya.

Dari situ, saya tahu anak murid Orang Asli inilah yang lebih banyak mengajar saya tentang kehidupan daripada saya sebagai seorang guru kepada mereka,”- Samuel Isaiah, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Ph12 29102020 Anugerah Guru Global
Samuel Isaiah bersama anak muridnya… Via Harian Metro

Jawapan jujur ni kami yakin dirasakan oleh segelintir guru yang tiba-tiba ditugaskan kat kawasan pedalaman yang jauh dari bandar. Yang lebih penting adalah bagaimana para guru ni mengatasi cabaran sebegini, sepertimana yang dah dilakukan oleh Cikgu Sam. Malah pada mulanya, dia sendiri tak begitu minat nak mengajar sehinggalah tiba di SK Ruchang, Pahang.

Di sana, dia mengakui banyak belajar tentang Orang Asli dan mulai lebih terbuka untuk mengenali anak-anak muridnya sehingga sanggup turun dan berjumpa sendiri dengan keluarga anak-anak muridnya supaya dapat memahami pandangan ibu bapa mereka terhadap pendidikan anak-anak mereka di SK Ruchang.

Nst Sk Runchang Cikgu Sam
Via NST

Cikgu Sam yang merupakan guru subjek Bahasa Inggeris kemudiannya banyak menghasilkan kaedah bantu mengajar untuk anak-anak muridnya. Jika dahulunya, sesetengah guru yang ditugaskan mengajar kat sana lebih banyak gunakan kaedah rote-learning malah ada jugak kata gurunya takde masuk kelas pun, kini Cikgu Sam berazam untuk ubah budaya tersebut dan jadikan peluang masa depan anak-anak muridnya lebih baik.

Antara usaha besarnya termasuklah berjaya melaksanakan projek crowdfund untuk melengkapkan bilik darjah sekolahnya dengan alat teknologi yang sesuai seperti tablet dan komputer, mendekatkan anak-anak muridnya dengan kaedah pengajaran teknologi abad ke-21 yang turut digunapakai dalam sekolah-sekolah di bandar. Selain tu, projek lain melibatkan sukarelawan di luar dan dalam negara pun diadakan seperti projek pertukaran e-mail dalam Bahasa Inggeris.

Cikgu Sam Tablet
Via Astro Gempak

Cita-cita Cikgu Sam adalah cita-cita sang guru yang terpaksa berusaha lebih dari apa yang mampu diberi kerajaan

Anugerah Hadiah Guru Global ni diasaskan oleh Varkey Foundation, yang mana pada awalnya amat terkejut dengan dapatan sebuah institut kajian Populus pada 2013. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa status profesion guru semakin rendah sama ada dari segi gaji ataupun persepsi rakyat terhadap profesion guru ni. Kat negara maju seperti Amerika sekalipun, gaji guru tak setaraf dengan beban dan peranan yang dimainkan mereka.

Gaji Guru
Via Varkey Foundation

Rentetan dari penemuan kajian tersebut, Varkey Foundation memulakan Anugerah Hadiah Guru Global sejak 2014 dan menyenaraikan 50 finalis lain. Guru-guru dari Malaysia pun dah lama tersenarai dalam senarai finalis tersebut, seperti Mohd Sirhajwan Idek dari Kolej Vokasional Keningau (finalis 2017), KA Razhiyah dari SMK Panji, Kota Bharu (finalis 2018) dan untuk tahun ni, sorang lagi yang tersenarai adalah Dr Muhamad Khairul Anuar bin Hussin dari SMK Taman Universiti 2, Johor Bharu.

Jika menang Anugerah tersebut, dengan hadiah kemenangan berjumlah 1 juta dollar tu akan digunakan oleh Cikgu Sam untuk menambah baik instrumen muzik di sekolah tersebut, di samping memperbanyakkan lagi kemudahan teknologi pendidikan abad ke-21 kat sekolah Orang Asli. Kemudahan teknologi dari projek crowdfund terdahulu berjaya meningkatkan kadar lulus bahasa Inggeris daripada 30% (2008-2012) kepada 80% (2013-2017).

Harian Metro Samuel Isaiah
Via Harian Metro

Namun di sebalik pencapaian dan usaha guru untuk mempertingkat kemudahan sekolah ni, kami terfikir jugak tentang peranan kerajaan yang diharapkan dapat memastikan isu-isu pendidikan seperti ni tak berulang lagi. Isu kekurangan infrastruktur pun satu masalah besar tak kira di mana lokasi sesebuah sekolah tersebut, apatah lagi dengan isu kualiti guru. Kami pun dah pernah cerita pasal isu ni begitu berleluasa hingga berlakunya kes pelajar saman guru Bahasa Inggeris beberapa tahun lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top