Orang Malaysia tak malas, Kuala Lumpur tersenarai bandar ‘terlebih kerja’

Pekerja Pejabat

Pernah tak kita terfikir sejak mula bekerja, hidup kita cuma kerja-kerja-kerja saja? Kalau anda rasa macam itu, sebenarnya anda tak salah sama sekali. Baru-baru ni ada tular satu tweet pasal bandar-bandar yang paling ramai penduduk dapat bekerja dengan seimbang (bak kata orang putih, work-life balance). Dan dah tentulah Kuala Lumpur tak tersenarai.

Work-life balance? Wujud ke?? – via Giphy

Tapi tunggu dulu… kita memang tak tersenarai dalam kategori work-life balance, tapi wow, tiba-tiba di kategori bandar paling ramai pekerja melebihi had (overworked), rupa-rupanya kita berada di tangga ke 4 teratas! Suka-suka hati je politikus kutuk kita pemalas! Padahal, kita overworked tapi dalam kedudukan work-life balance, kita berada di tangga ke-40. Nampak tak kontra di situ?

https://platform.twitter.com/widgets.js

Apakah kriteria work-life balance dan overworked?

Oklah, takkan kita nak sembang berdasarkan tweet saja, kan? Jadi sekarang kami akan cerita pada anda semua kriteria-kriteria yang melayakkan bandar-bandar ini disenarai dalam dua kategori tersebut.

Pertama sekali, kajian ini dilakukan oleh syarikat Kisi dari Amerika Syarikat. Mereka membandingkan data melalui keamatan kerja (work intensity),  sokongan institusi, aspek undang-undang dan kesesuaian hidup (liveability).  Jadi dari aspek yang dititikberatkan ini, anda boleh lihat dalam gambar di bawah tentang perinciannya.

Aspek
via getkisi.com

Sekilas pandang ke bandar paling ideal dalam work-life balance

Kalau kita baca perincian pasal aspek yang dikaji dalam kajian ni, susah sikit nak faham keadaan yang macam mana melayakkan setiap bandar tersenarai dalam dua kategori ini. Jadi kita ambil contoh bandar seperti Helsinki di Finland. Macam ramai yang tahu, Finland terkenal dengan sistem pendidikan terbaik di dunia. Tapi bukan itu saja, mereka juga mempunyai kehidupan yang ideal dari sudut keseimbangan kerjaya dengan kehidupan peribadi.

Bapa pun main peranan tau selepas kelahiran anak- via Giphy

Penduduk di Helsinki bekerja secara puratanya 40.2 jam seminggu. Selalunya kalau kita kerja dari 9 pagi sampai 6 petang, dalam semingu kita akan bekerja lebih kurang 45 jam. Maksudnya waktu kerja mereka lebih singkat berbanding kebiasaan di bandar-bandar lain. Paling best, untuk pasangan suami isteri bila dapat anak, cuti bersalin bagi si ibu ialah selama 1127 hari… dan si ayah juga dapat cuti yang sama! Rasa nak pindah Finland tak? Hehe…

Okay, bagaimana pula dengan KL? Kenapa KL dapat nombor 4 paling ramai kerja lebih had?

Sekarang kita tengok pula realiti di KL. Berapa jam seminggu kita bekerja? Untuk pengetahuan semua, dalam seminggu, secara puratanya kita bekerja selama 46 jam. Maksudnya, ramai yang kerja lebih atau buat OT. Punyalah berdedikasi pekerja di KL nih. 22% daripada semua pekerja di KL pula bekerja lebih dari 48 jam.

Gigih bekerja demi sesuap nasi – via Giphy

Kalau nak dibandingkan dengan negara jiran kita, Singapura pula, sebenarnya tak jauh beza sangat. Sebabnya, pekerja di Singapura bekerja secara puratanya 44.6 jam seminggu. Puratanya sedikit berbanding kita, tapi peratus yang bekerja lebih 48 jam ialah 23%. Ramai yang sembang Malaysia banyak cuti umum. Tapi sebenarnya, ia bukan fakta yang tepat. Sebenarnya, kita dalam senarai ke-3 paling sikit dapat cuti.

International Cities By Least Vacations Taken
Malaysia dalam tempat ke-3 paling sikit dapat cuti – via getkisi.com

Bagus ke tak overworked ni?

Seperti yang dinyatakan dalam kajian ini, objektif kajian ini bukan nak sembang bandar mana paling best untuk bekerja dan meneruskan kehidupan. Tapi ia adalah kajian yang nak setiap majikan di bandar-bandar tersebut memperbaiki mutu kehidupan para pekerja. Kehidupan yang terlebih kerja ini adalah bertentangan dengan kehidupan yang seimbang.

Jadi, apa pula pandangan anda?

Boleh komen dan kongsikan pengalaman hidup sebagai pekerja di KL…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *