Pencarian Nora Anne berakhir, libatkan pasukan dari Ireland dan England

Aaaa

Sejak awal bulan ni, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan Nora Anne Quoirin. Remaja tu hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill semasa bercuti bersama ibu bapa dan dua adiknya pada 4 Ogos lalu. Semasa kejadian, mangsa yang merupakan anak sulung, tidur di dalam bilik bersama dua adiknya itu sebelum didapati hilang kira-kira pukul 8 pagi. Kehilangan Nora Anne ni dapat perhatian yang tinggi daripada rakyat Malaysia, ramai jugak yang bantu sebarkan kehilangan ni melalui media sosial…

Kawasan mayat yang ditemui pernah dimasuki pasukan SAR, tapi diorang berpatah balik…

Satu mayat perempuan dijumpai kira-kira 2.5 kilometer (km) dari resort penginapan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,  yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu. Mayat dalam keadaan tak berpakaian itu dijumpai pada pukul 1.57 petang oleh sekumpulan pendaki yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) remaja berkenaan di satu kawasan lurah sedalam 1.2 km di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, identiti mayat berkulit putih itu belum dikenal pasti dan perlu menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan sama ada ia mayat Nora Anne atau sebaliknya.

“Pasukan SAR telah menjumpai mayat yang dalam keadaan sempurna itu kira-kira 2.5 kilometer dari resort dan pasukan forensik serta patologi telah bergegas ke lokasi itu. Mayat itu telah diterbangkan dengan menggunakan helikopter ke Hospital Tuanku Ja’afar dan ahli keluarga Nora Anne telah dimaklumkan untuk membuat pengesahan identiti mayat itu,” – Mazlan Mansor, seperti yang dilaporkan KOSMO

Via Star Online

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar. Mazlan akui kawasan mayat ditemukan pernah dimasuki oleh pasukan SAR sebelum ini, tapi tak dapat kesan kedudukan mayat tu kerana lurah yang dalam. Dia kata; diorang pernah cari kat kawasan itu, kawasan carian diorang sehingga enam kilometer dan berpatah balik.

Pencarian ni bukan setakat disertai oleh rakyat Malaysia, pasukan dari Ireland dan England pun ada weh…

Sebenarnya, Kurang 24 jam sebelum penemuan mayat itu, ibu bapa Nora Anne, mengumumkan secara terbuka melalui media massa ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat hingga terjumpanya anak perempuan diorang.

Pencarian tu mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut libatkan sejumlah tenaga yang besar antaranya pakar penjejak terdiri anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, penduduk orang asli dan sukarelawan.

Pasukan mencari dan menyelamat melalui pelbagai cabaran dalam operasi itu memandangkan kawasan terlibat adalah kawasan hutan yang dipayungi pokok-pokok besar dengan bentuk muka bumi berbukit. Bukan setakat tu je, diorang jugak kena hadap cuaca yang tak menentu dengan hujan yang selalu turun menyebabkan tanah kat kawasan itu becak dan licin.

Via Astro Awani

Usaha mencari dan menyelamat turut dibuat melalui udara oleh Unit Udara PDRM dengan peralatan canggih serta penggunaan dron. Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini sejak minggu lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja tu.

Setelah hampir dua minggu mencari, akhirnya kes ni berjaya diselesaikan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja tu.

Bercakap kat sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa buat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital. Sebelum tu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tak berpakaian.

Kami kat ORANGKATA turut berduka dengan berita ni, kami harap keluarga Nora Anne akan tabah menghadapi semua ni. Dari sisi positif pulak, kami berbangga dengan kesungguhan rakyat Malaysia dalam membantu orang yang berada dalam kesusahan, walaupun orang tu merupakan warga asing. Sepatutnya semangat ni yang diterapkan oleh semua rakyat Malaysia, saling membantu walaupun berbeza warna kulit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *