Label Angkatan Tentera Malaysia hanya makan dan tidur, akhirnya usahawan minta maaf

Gff
Label Angkatan Tentera Malaysia hanya makan dan tidur, akhirnya usahawan minta maaf

Sarang tebuan jangan dijolok, nanti mendapat. Mungkin inilah perumpamaan yang kita boleh berikan kepada Ahli perniagaan, Koon Yew Yin apabila dia keluarkan satu kenyataan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kenyataan tu buatkan dia dapat kecaman ramai. Kami pun tak tahu bagaimana cara ‘orang-orang kaya’ berfikir, tapi secara umumnya kita bolehlah katakan ‘orang kaya’ ni tak faham dengan fungsi dan kerja yang perlu dilakukan oleh ATM sehinggakan dia keluarkan kenyataan yang tak berapa nak masuk akal…

Katanya jumlah penjawat awam yang tinggi menyebabkan kerajaan berbelanja terlalu tinggi…

Koon Yew Yin menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk ambil langkah sewajarnya untuk kurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang dia katakan terlalu besar. Dia turut menyatakan bahawa dia rasa ‘tertipu’ sebagai seorang pembayar cukai kerana wang cukai rakyat dah digunakan untuk biayai sektor perkhidmatan awam yang melebihi kapasiti serta ada tahap keberkesanan yang rendah.

Via MG

Katanya – secara tak langsung, benda ni mengurangkan pelaburan dari segi pembangunan sumber manusia dan pendidikan. Ahli perniagaan berusia 83 tahun tu, dalam penulisannya kat laman blog kendaliannya kata; Malaysia ada kira-kira 1.6 juta pekerja kat sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.

Kalau ikutkan ideanya, jumlah penjawat awam yang terlalu ramai menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi, dan benda ni mengurangkan pendapatan kerajaan. Dia menambah; 80% perbelanjaan tahunan kerajaan persekutuan digunakan untuk biayai kos operasi dan sebahagian besar perbelanjaan ni digunakan untuk membayar gaji serta pencen.

Via Giphy

Dia cadangkan kerajaan untuk ambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi. Antaranya untuk tak ambil pekerja baharu bagi mengurangkan bebanan sektor perkhidmatan awam.

Via Blog Koon Yew Yin

“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,” – Tulis Yew Yin melalui blog peribadinya

Timbalan Menteri Pertahanan nak rakyat Malaysia faham tugas ATM

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk cuba fahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Chin Tong dalam satu kenyataan kata – orang awam mahupun tentera tanpa mengira latar belakang, keturunan dan kelas ekonomi perlu menyedari peranan ATM.

Chin Tong. Via Awani

“Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara. Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir,” – Liew Chin Tong, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Oh, parabellum. Teringat cerita John Wick 3. Apa-apa pun pada masa yang sama, Chin Tong kata dia pernah menjelaskan peranan ATM dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka melalui penulisan di laman webnya. Sempena bulan kemerdekaan ni, orang ramai diserui agar menghayati pengorbanan ATM demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi.

Setelah dikecam teruk, Koon Yew Yin minta maaf…

Setelah mendapat kecaman yang hebat, Koon Yew Yin minta maaf ekoran kenyataannya berkenaan tentera tak buat apa-apa sebaliknya hanya makan dan tidur. Dia minta maaf terutama kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Via Giphy

“Saya meminta maaf jika saya menyinggung perasaan anggota pasukan keselamatan,” – Koon Yew Yin, seperti yang dilaporkan Utusan

Yew Yin jelaskan bahawa mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tak disukai oleh sesetengah pihak. Dia kata, enam cadangan yang dikemukakan olehnya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam sangat bagus. Tapi ada pihak yang tak suka dengan caranya memperkatakan tentang anggota tentera.

Via Deenamik

Menurutnya, pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara. Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi negara kita.

Apa pandangan korang tentang isu ni?

Semalam kami ada jugak tanya netizen tentang pandangan diorang terhadap isu ni. Macam-macam pandangan yang kami dapat. Apa yang pasti, pasukan ATM tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak perlu, kerana diorang dah banyak berkorban untuk negara. Tanpa kehadiran diorang, takkanlah kita dapat tidur dengan lena, apa lagi memulakan perniagaan dengan untung yang besar.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top