Rupa-rupanya kembar siam yang pertama adalah kacukan bangsa Melayu dan Cina

Siam 2

Kalau korang selalu lepak media sosial, kita boleh tengok sentimen perkauman dimainkan dengan teruk. Terutamanya di antara bangsa Melayu dan Cina, biasalah apabila ada dua bangsa besar bergaduh; mesti ada orang yang akan dapat keuntungan. Sebab inilah isu perkauman ni macam ada je orang yang tiup secara sembunyi-sembunyi, supaya ia jadi semakin besar dan sukar dikawal. Kami pun sedih gak tengok senario yang berlaku hari ni, kita satu negara kot, buat apa nak gaduh-gaduh kan?

 Sebenarnya terma kembar ‘siam’ ni datang daripada kacukan Melayu-Cina

Terma kembar ‘Siam’ digunakan selepas jenis yang pertama ditemui berasal dari Siam, kini kita panggil Thailand. Diorang adalah adik-beradik Chang Bunker dan Eng Bunker yang mendirikan rumah tangga dengan 2 adik perempuan kat Amerika dan menjadi bapa kepada 21 orang anak. Kembar Siam pertama adalah kacukan Cina-Melayu.

Via FMT

Chang dan Eng yang lahir pada 11 Mei 1811 di sebuah perkampungan nelayan di wilayah Samutsongkram, kira-kira 60 batu dari Bangkok merupakan kacukan Cina (sebelah ayah) dan Cina-Melayu sebelah ibu. Rekod sejarah menyatakan, bidan yang mengawasi kelahiran terkejut melihat ligamen tebal dan berpintal dan menghubungkan kedua-dua mereka.

Asalnya pasangan “bercantum” ini dinamakan Jun (Chang) dan In (Eng) oleh ibu bapa kemudian ditukar sewaktu berjelajah ke luar negara. Chang dan Eng membesar jadi lelaki yang kuat. Diorang berlari, berenang, mengayunkan bot dan membantu keluarga menjual telur itik. Tapi kehidupan pasangan ni berubah apabila seorang peniaga British bernama Robert Hunter terserempak dengan mereka.

Contoh kembar siam yang ada pada zaman sekarang. Via JawaPos

Hunter, pada mulanya menyangka diorang ni “haiwan yang pelik,” menyampaikan hasrat untuk membawa pasangan ini ke Barat untuk dijadikan sebagai bahan hiburan awam. Ibu pasangan kembar ni bersetuju dengan perjanjian antaranya dan Hunter yang melibatkan sejumlah besar wang namun dihalang oleh Raja Siam, Rama III, ketika itu.

Semuanya berjalan lancar untuk mereka, sehinggalah berlaku Perang Saudara Amerika

Hunter mengambil masa 5 tahun untuk memujuknya dan menerusi bantuan seorang kapten laut Amerika, Abel Coffin, Chang dan Eng dibawa berlayar ke Barat. Laporan dalam Daily Mail juga memetik rekod yang menyatakan, pada tahun 1829, ibu kepada anak kembar berusia 17 tahun menerima $500 sebagai pertukaran anak-anaknya selama 30 bulan.

Via Giphy

Chang dan Eng ke Massachusetts untuk menghiburkan orang ramai di seluruh Amerika Syarikat dan mereka dikenali sebagai “The Siamese Double Boys”. Diorang jana pendapatan yang banyak dan pada tahun 1830, pasangan ni ke Britain untuk lakukan pemeriksaan perubatan selepas seorang doktor minta untuk buat macam tu.

Sekembalinya ke Amerika, Chang dan Eng jadi lebih kaya-raya sehingga diorang memutuskan untuk buat persembahan secara sendiri, yakni tanpa Hunter dan pengurus mereka, Coffin. Pada tempoh yang sama diorang yang bosan buat persembahan jalanan memohon menjadi warganegara Amerika dengan mengambil nama keluarga ‘Bunker’ kebetulan nama seorang lelaki yang ditemui di pusat pendaftaran kewarganegaraan.

https://www.youtube.com/watch?v=A0Is4bhK-sA

Kemudian Chang dan Eng yang menetap kat North Carolina memiliki sebuah rumah, kedai dan 200 ekar ladang. Diorang jatuh cinta dengan anak petani di tanah mereka.

Segalanya berjalan lancar bagi pasangan ini sehinggalah Perang Saudara Amerika, ketika kembar ini memutuskan untuk kembali ke jalanan, membuat persembahan demi menjana pendapatan. Detik sukar bermula apabila Chang terpengaruh dengan alkohol dan Eng pula terjerumus dalam kegiatan judi ekoran tertekan dengan keadaan ekonomi mereka yang sangat buruk.

Setelah mereka berdua meninggal, jantung bersama mereka diawet dan disimpan di Muzium Mutter di Philadelphia

Pada Januari 1874 Chang yang menderita angin ahmar beberapa tahun turut dijangkiti bronkitis mati dalam tidurnya. Tiga jam selepas itu, Eng menghembuskan nafas terakhirnya. Selepas kematian kedua-dua saudara kembar Siam pertama ini, pelbagai pemeriksaan dilakukan dan jantung bersama mereka diawet dan disimpan di Muzium Mutter di Philadelphia.

Yang pasti bukan muzium kat dalam movie ni. Via Giphy

Artifak peribadi mereka juga dipamerkan di North Carolina Collection Gallery di University of North Carolina di Chapel Hill. Nampaknya cerita ni memang best, nampaklah yang masyarakat Melayu dan Cina ni dah lama dah bersama. Hubungan Melayu-Cina yang ada kat Malaysia ni pun unik, sebabnya kita bersama-sama membina negara sehingga ia boleh berkembang seperti yang kita lihat pada hari ini.

 

Artikel ni diambil dan disunting daripada artikel yang bertajuk Kisah kembar ‘Siam’ pertama dunia berdarah Cina-Melayu, terbitan FMT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *