Rakyat Malaysia tak minat sains? Kajian ini cuba untuk jawab persoalan itu

F1

Betul ke orang Malaysia tak suka sains? Bila kita tengok luahan beberapa tahun lalu, ada mendakwa pelajar kita macam tak minat dah aliran sains tulen ni. Dengan lonjakan populariti halaman-halaman dan perseorangan yang palatao pasal sains, nampaknya masyarakat kita dilihat lebih senang terpengaruh dengan pseudosains pulak.

Via Giphy

Pew Research Center baru-baru ni dah keluarkan sebuah laporan yang mengutip pandangan rakyat beberapa negara termasuklah Malaysia sendiri berkenaan sains. Kajian ni dijalankan pada Oktober 2019 hingga Mac 2020 lalu, dengan menumpukan beberapa persoalan utama; bidang yang paling berguna, nilai pelaburan kerajaan dalam sains, isu kemajuan sains yang lain dan kesan sains pada alam sekitar.

Bidang paling berguna di Malaysia adalah perubatan, namun ramai rasa sistem politik Malaysia dalam tahap bawah sederhana

Mengikut dapatan Pew Research Center baru-baru ni mendapati bahawa majoriti responden pilih bidang perubatan merupakan bidang yang paling berguna untuk masyarakat, diikuti dengan ketenteraan, pendidikan sains dan teknologi di universiti dan sekolah. Malaysia pulak dilihat perlu banyak penambahbaikan dari segi sistem politik, iaitu hanya 27% je rasa sistem politik kita di paras terbaik.

Malaysia Perubatan
Via Pew Research

Kami tertarik dengan persepsi rakyat berkaitan dengan pencapaian saintifik tu. Hanya 37% je yang kata bahawa pencapaian saintifik kita dalam tahap terbaik atau sederhana baik, sedangkan jika kita fikir semula… banyak je pun para pelajar dari peringkat rendah, menengah dan universiti dah keluarkan idea ciptaan mereka. Setiap tahun, pertandingan reka cipta masih lagi diadakan… tapi ke mana ciptaan tersebut? Ni suatu yang harus kita fikir-fikirkan.

Nak kata kerajaan tak bagi dana, ada je sebenarnya. Namun adakah ia cukup baik untuk memacu pembangunan sains dan teknologi negara? Ni satu lagi soalan hangat yang ditanyakan kepada responden. 54% daripada kelompok responden kata amat penting untuk kita menjadi peneraju kepada kemajuan sains di dunia. Oleh demikian, 76% sokong peranan dana kerajaan untuk mencapai impian tersebut.

Sikap Dana Kerajaan
Via Pew Research

Majoriti rasa eksplorasi angkasa lebih bermanfaat berbanding AI dan robot, tapi masih yakin tentang manfaat vaksin

Salah satu persoalan yang cuba ditinjau oleh Pew Research Center adalah pandangan awam terhadap isu dan tema sains yang sudah difahami rakyat kebanyakan. Mereka pilih dalam 3 isu iaitu tentang eksplorasi angkasa, pembangunan kepintaran buatan (AI) dan penggunaan robot untuk mengutomasikan kerja.

Daripada 3 isu ni, eksplorasi angkasa dianggap lebih menguntungkan masyarakat (83%) jika dibandingkan dengan pembangunan AI (53%) dan robot (45%). Kami rasa pandangan ni ada kena mengena dengan bagaimana impak pembangunan dalam bidang-bidang sains ni ke atas masyarakat, khususnya apabila ada bayangan bahawa pembangunan teknologi tersebut boleh menolak keluar peluang tenaga manusia.

Pew Research Vaksin Ai Robot
Via Pew Research

Dari segi teknologi produk pertanian jugak, ramai bersetuju bahawa produk pertanian yang dipelihara dengan racun serangga dan makanan, minuman yang mempunyai bahan pengawet buatan tu tak selamat. Makanan yang telah diubahsuai genetiknya pulak nampaknya suatu isu yang kabur apabila 41% tak dapat beri pandangan pasal tu.

Nasib baiklah dari segi vaksin pulak, ramai setuju dengan manfaat dan keberkesanannya lagi-lagi dalam menangani masalah kesihatan seperti campak, beguk dan rubela. Walau bagaimanapun, 40% masih melihat vaksin tersebut mungkin ada kesan sampingan yang sederhana kepada penerimanya. Cakap pasal beguk, kami dah utarakan penyumbang terbesar penyakit tersebut iaitu masalah kekurangan iodin dalam artikel lalu.

Ramai setuju alam sekitar kena dilindungi walaupun tak rasa sangat perubahan iklim kat tempat mereka sekarang

Konsensus awam secara asasnya yakin bahawa alam sekitar amat penting dan wajar untuk dilindungi. Tetapi kerajaan pulak dilihat masih tak cukup berusaha untuk mengurangkan perubahan iklim yang diakibatkan oleh pencemaran alam ni. Ada jugak yang kata kerajaan dah buat sedaya upaya dah untuk kawal kesan perubahan iklim tersebut, iaitu seramai 39%.

Pew Alam Sekitar
Via Pew Research Center

Namun begitu, seruan ni mungkin sekali tak datang daripada impak langsung kat tempat mereka disebabkan berlakunya pendapat yang berbelah bahagi mengenai perubahan iklim yang dirasakan kat kawasan rumah mereka. Yang pasti, majoriti dapat bersatu-padu dalam soal kepentingan menjaga alam sekitar tu.

Pandangan rakyat Malaysia dengan rakyat luar berlainan dalam sesetengah isu, masih banyak yang harus dipelajari

Korang boleh baca dapatan Pew Research lebih lanjut di laman webnya sendiri, dimana kajian ni jugak sebenarnya turut dilakukan kat beberapa negara luar jugak. Apa yang boleh kami simpulkan adalah konteks budaya dan sejarah sesebuah negara tu sememangnya membawa kaitan yang lebih besar dalam pembentukan persepsi dan pandangan awam dalam sesetengah isu.

Sains Ai Pew
Pandangan negara lain terhadap AI pun berbeza-beza.. Via Pew Research

Daripada dapatan pandangan orang Malaysia, secara keseluruhannya kita masih banyak perkara baik yang harus disyukuri dan tak kurang pulak beberapa isu yang harus kita perhalusi khususnya dari kadar kesedaran dan pengetahuan terhadap bidang sains dan teknologi lain seperti pertanian, pemakanan dan alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *