Kerajaan dikatakan nak umum darurat, rakyat mula rasa marah dan keliru

F1

Semalam kerajaan dikatakan nak umumkan darurat disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak. Perkara tu katanya dipertimbangkan selepas dapat rayuan pengurusan tertinggi pasukan petugas barisan hadapan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan dah berbincang dengan Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM berhubung langkah itu.

728 X 90

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan ketiadaan sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang biasanya diadakan pada jam 4 petang. Sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak diadakan semalam.

Akibat daripada pengumuman yang datang secara tiba-tiba, netizen kutuk Perdana Menteri secara berjemaah

Pelaksanaan darurat akan beri kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan. Baginda akan dapat nasihat daripada Perdana Menteri, sama ada Kabinet sedia ada dikekalkan, ditukar atau pelantikan baru dan keputusan akan dibuat mengikut kesesuaian pada hemat Seri Paduka.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed kata, keadaan tu boleh berlaku apatah lagi dalam keadaan kerajaan mungkin meramalkan kesukaran untuk dapatkan kelulusan belanjawan yang dibentangkan di parlimen pada 6 November ini.

“Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan. Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti,” – Ahmad Marthada, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Li21
Rombongan menghadap Agong. Via Awani

Semalam takde sebarang pengumuman dibuat Muhyiddin Yassin. Sejak gambar PM bertemu Agong berlegar di media sosial, ramai yang fikir Muhyiddin akan buat satu pengumuman khas semalam. Keadaan ini telah sebab ramai rakyat rasa resah dan tak tenteram – keadaan ini boleh dilihat di media sosial apabila di Twitter #MuhyiddinOut trending dekat Twitter.

Dua pemimpin politik persoalkan tindakan ini, kata ia adalah tindakan untuk menyelamatkan diri

Semalam Mohamad Sabu ada kata Muhyiddin Yassin adalah pihak yang sebenar-benarnya tengah “darurat”. Katanya, kalau alasannya kerana Covid-19, kita dah ada undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan, tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara.

Seorang pemimpin kanan Umno beritahu Malaysiakini, dia percaya tindakan tu boleh memakan diri. Keadaan ni mendorong mereka yang bersikap neutral menjauhi kerajaan Perikatan Nasional dan jadikan Muhyiddin kelihatan lemah.

“Tentunya rakyat akan melihat ini sebagai ‘menggantung demokrasi’ dan bukan menggantung parlimen. Ini menimbulkan lebih banyak kemarahan kepada Muhyiddin dan mereka yang berpihak kepadanya,” – Sumber MalaysiaKini

Pemimpin Umno tu juga dakwa ramai menteri tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah pagi tadi. Idea untuk isytihar darurat dikemukakan oleh sekelompok kecil individu dan beberapa menteri menyatakan kebimbangan tentang idea tu.

Sementara tu, Anwar Ibrahim menggesa supaya dipertimbangkan semula keputusan untuk laksanakan langkah darurat. Katanya tindakan tu untuk menghalang proses Parlimen. Katanya, kita ada kerajaan yang tak kukuh dan gagal untuk tunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan gunakan isu krisis pandemik Covid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa.

Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, bertanggungjawab dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

“Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” – Anwar Ibrahim, melalui hantran Facebooknya

Sekiranya pengisytiharan darurat dilakukan, negara bakal menyaksikan babak sejarah yang tak pernah berlaku sebelumnya iaitu sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa.

Kita harus ingat, perkataan ‘darurat’ ni boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud

Perkataan darurat membawa konotasi yang menakutkan. Kebanyakan rakyat akan terbayang darurat pada zaman komunis dahulu. Ia akan sebabkan rakyat panik dan mula berpusu-pusu dapatkan bekalan makanan. Akhirnya kita berkemungkinan akan lihat panic buying akan berlaku sekali lagi. Kalau betul niatnya nak landaikan lekuk jangkitan COVID-19, diorang tak perlu pun nak umumkan darurat ni.

Apa yang kami boleh lihat, keadaan ini berlaku kerana nak pastikan kerajaan hari ni terus berkuasa dengan cara – melemahkan demokrasi di negara kita. Keadaan ini tak patutnya berlaku, demokrasi mungkin tak sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita boleh pastikan ada semak imbang berlaku melalui Parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *