Tiga individu memenangi Hadiah Nobel di atas penemuan virus Hepatitis C

F1

Hadiah Nobel merupakan antara majlis yang ditunggu-tunggu seluruh dunia, sebab pada ketika ini kita dapat melihat pengiktirafan yang besar kepada para intelektual dan saintis yang telah dicalonkan. Nak jadi calon penerima Hadiah Nobel pun sangat susah, apatah lagi nak menang. Jadi untuk kali ni, kami nak kongsikan beberapa pemenang Hadiah Nobel pada tahun ni.

Tahun ni istimewa sikit sebab majlisnya hanya dibuat secara kecil je, dan menggunakan medium dalam talian untuk umumkan penerima Hadiah Nobel. Selain tu, jumlah wang hadiah pulak dinaikkan 1 juta krona Sweden agar selaras dengan kadar tukaran wang jugaklah. Maksudnya, penerima Hadiah Nobel dapat 10 juta, berbanding tahun lalu iaitu setakat 9 juta je.

1. Satu harapan baharu buat pesakit Hepatitis C, penyakit tak disedari hinggalah serang organ penting badan

Tiga penerima Hadiah Nobel dalam bidang perubatan dan fisiologi tahun ni diberikan kepada Dr. Harvey J. Alter, Dr. Michael Houghton dan Dr. Charles M. Rice atas usaha mereka mengenalpasti satu lagi virus senyap iaitu dinamakan sebagai Hepatitis C. Virus Hepatitis C ni wujud dan boleh tersebar kepada orang lain tanpa mereka sedar pun, sehinggalah virus tersebut menyerang organ penting seperti hati sehinggalah boleh cetuskan kanser.

Dengan penemuan Hepatitis C, kita akhirnya dapat mengenalpasti dan mengkajinya dengan lebih mendalam. Vaksin hepatitis C jugak tengah diusahakan, walaupun setakat ni, ubat antiviral terdekat yang diharap berkesan ke atas Hepatitis C iaitu Remsdivir sebenarnya antara ubat utama untuk melawan virus COVID-19.

Hadiah Nobel Perubatan
Via NY Times

2. Penemuan lohong hitam buktikan teori Einstein, bina kefahaman baharu tentang dunia semesta

Sebelum gambar sebenar lohong hitam berjaya ditangkap, kita seringkali membayangkan lohong hitam dan objek-objek semesta lain dengan begitu kreatif sekali. Kami dah tulis beberapa filem yang cuba menggambarkan lohong hitam tu, namun sekarang ni, penerima Hadiah Nobel Roger Penrose diberi pengiktirafan dalam kejayaan membuktikan lohong hitam tu sememangnya ada kaitan dengan teori relativiti Einstein.

Dua lagi penerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik bersama Roger Penrose adalah Reinhard Genzel dan Andrea Ghez. Mereka berjaya buktikan bahawa dalam sistem solar kita iaitu dalam Milky Way, ada suatu objek ‘berat’ yang berada di pusat galaksi kita. Ikut teori graviti yang telah diformulasikan berdekad lamanya, objek tersebut mungkin sebuah lohong hitam yang sangat besar saiznya.

Hadiah Nobel Fizik
Via NY Times

3. Dah boleh ‘potong’ dan tentukan semula genetik molekul DNA, dua saintis wanita hebat berganding

Selain dari Andrea Ghez, dua orang lagi saintis wanita yang hebat pun turut memberikan sumbangan besar pada dunia khususnya dalam bidang kimia. Emmanuelle Charpentier dan Jennifer A. Doudna bergandingan untuk menghasilkan cara baharu untuk mengedit DNA dengan lebih mudah dan lebih baik.

Dapatan ni memang dah lama diterbitkan iaitu pada 2011, namun dalam tahun ni, idea dan kaedah mereka lebih kemas dan jelas. Dinamakan sebagai CRISPR/Cas9, ia bertindak sebagai ‘gunting’ genetik dan amat penting untuk penyelidikan rentas bidang sains. Ia membolehkan sesuatu molekul DNA tu dipotong dan diubah mengikut keperluan seseorang penyelidik. Potensi kaedah ni jugak amat besar, misalnya dalam rawatan kanser.

Penerima Nobel Kimia
Dari kiri: dan Jennifer A. Doudna.. -Via NY Times

4. Penyajak menang anugerah Hadiah Nobel 2020, wanita pertama dari Amerika pegang pengiktirafan berprestij sejak 1993

Mungkin di Malaysia, ramai masih pandang rendah mengenai peranan dan kepentingan golongan budayawan termasuklah penyajak ni. Tahun ni, sorang lagi tokoh wanita diberi anugerah besar dalam arena sastera iaitu Louise Gluck. Dia memang dah banyak menang anugerah lain termasuklah Pulitzer, jadi tak hairanlah kali ni, bakat dan sumbangannya turut dijulang.

Karya-karyanya banyak menyentuh perihal kehilangan, kehidupan dengan sedikit campur-aduk mitos Greek dan Rom. Beberapa karyanya yang hangat dibincangkan sehingga kini adalah The Triumph of Achilles (1985) dan The Wild Iris (1992). Karya-karyanya yang lain kerapkali dijadikan bahan analisis untuk para pelajar sastera.

Louise Gluck
Ni lah Louise Gluck.. -Via The Guardian

5. Akhirnya Hadiah Nobel untuk Keamanan tak jatuh di telapak orang politik, diberi pada organisasi fokus pada bekalan makanan

Jika korang perasan, ramai jugak penerima Hadiah Nobel untuk Keamanan ni diberi kepada individu termasuklah Aung San Suu Kyi yang tengah dikecam dunia lepas dia pilih untuk senyap dalam isu Rohingnya. Bahkan ada jugak ura-ura bahawa Donald Trump Jr. akan menang Hadiah Nobel untuk Keamanan. Jacinda Ardern jugak turut disebut-sebut bakal menang Hadiah Nobel.

Namun tahun ni, Hadiah Nobel diberikan kepada World Food Program (WFP). WFP memang banyak berjasa dalam memberikan bantuan makanan kepada kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat bencana alam, krisis perang dan politik seperti di Yaman, Republik Congo, Nigeria, South Sudan dan Burkina Faso.

Wfp Peace Prize
Via FMT

6. Kaji bagaimana tentukan nilai barang yang dibida, berpotensi digunakan dalam pelbagai bidang

Untuk bidang terakhir dalam anugerah Hadiah Nobel, iaitu dalam Sains Ekonomi… penerima anugerahnya jugak ada dua orang; Paul R. Milgrom dan Robert B. Wilson. Kedua-dua ni dah memang banyak kaji pasal teori permainan (bukan setakat permainan video ye), jadi antara teori yang dirasakan amat menarik untuk dijulang adalah teori nilai bidaan.

Hadiah Nobel Ekonomi
Via The Bangkok Post

Biasanya kalau orang nak bida sesuatu barangan, mereka akan sasarkan harga tu dengan teliti dan ada strategi sendiri. Namun pada akhirnya, setiap objek yang dibida tu mesti ada nilainya yang tersendiri kan? Kegunaan teori yang dirangka oleh Milgrom dan Wilson ni secara umumnya nak selesaikan persoalan nilai sebenar tu supaya pembida tak rugi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *