займ срочно

Gunung emas ditemui di Congo, ini tindakan yang diambil kerajaan diorang

f1
Gunung emas ditemui di Congo, ini tindakan yang diambil kerajaan diorang

Emas selalu dikatakan sebagai antara instrumen pelaburan yang paling ampuh dan tak susut nilainya walaupun disimpan lama. Kalau pada zaman dulu, emas tetap melambangkan kemegahan dan kekayaan sesebuah empayar ataupun seseorang ketua kerajaan. Sehingga kini, emas masih lagi relevan dan tetap diperdagangkan walaupun kita dah tak guna emas sebagai transaksi utama seharian.

728 X 90

Sebab tu lah bila korang sendiri terdengar wujudnya gunung emas (bukan payung emas ye!) berdekatan rumah korang… tentulah korang pun ikut serta jugak berpusu-pusu nak korek sikit emas tu kan? Hah, tu lah apa yang berlaku kat Congo sekarang ni. Tetapi tak mudah kalau betul-betul nak korek emas tu, sebab kawasan tersebut pun sangatlah berbahaya…

congo gold rush
Via The Economist

Gunung emas buatkan ribuan berpusu-pusu nak kutip kepingan berharga, kerajaan tegas halang aktiviti tersebut

Khabar tersebut nampaknya begitu pantas tersebar di daerah Kivu Selatan, menarik perhatian ribuan penduduk untuk tengok penemuan baharu tu sejak akhir Februari lalu. Gunung emas tu pun baru je ditemui kat kampung Luhihi, hanya sejauh 50 km daripada bandar terdekatnya Bukavu. Untuk pengetahuan korang, bumi Republik Congo ni sememangnya kaya dengan sumber galian khususnya emas. Oleh sebab tu jugaklah, benua Afrika menjadi sasaran utama para penjajah dulu.

Tanah yang ada kat gunung tersebut didakwa mempunyai 60-90% kandungan emas, jadi korang pun dah boleh bayangkan betapa bertuahnya para penduduk kampung yang sempat korek sikit sumber emas tersebut. Rakaman video yang dikongsikan oleh wartawan Ahmad Algohbary membuktikan kesungguhan mereka nak cuba korek emas sedaya upaya dengan sepantas boleh, sebanyak boleh. Jelas sangat usaha mereka tu, sampaikan gunung tu tak nampak macam gunung dah… seolah tampak rata pun ada jugak.

Disebabkan peningkatan ribuan penduduk yang pandai gali emas ni dah mulai menekan sumber kehidupan para penduduk kampung di sana, ketua perlombongan daerahnya Burume Muhigirwa kata kerajaan dah letak larangan perlombongan untuk semua jenis mineral atau bahan yang ada di Luhihi. Maksudnya, semua aktiviti perlombongan terpaksa dihentikan buat masa ni termasuklah perlombongan emas kat gunung tu.

Sebenarnya ada sebab jugaklah kerajaan Congo putuskan sebegitu rupa. Antara masalah yang dihadapi oleh kerajaan negara tu adalah tersangatlah ramai penduduknya tu yang menggali sumber galian mereka secara haram dan tak berdaftar. Hasilnya, sumber galian mereka tu terus dijual secara haram jugaklah. Bila dijual secara haram, negara pun tak dapat untung lalu tak mampu meningkatkan sumber pendapatan negara.

Akan tetapi, rata-rata penggali yang ada kat sana pun bukanlah bekerja di bawah konglomerat antarabangsa. Ramai jugak yang menggali sumber dan jual untuk menyara keluarga mereka semata-mata. Bahkan cara mereka melombong pun masih lagi guna kaedah tradisi, iaitu dengan penyodok dan dulang. Dah dapat secebis tanah yang diharapkan ada kandungan emas, mereka bawaklah pulang ke rumah dan cuci kat rumah je. Kalau rezeki, tak ke mana jugak.

Di sebalik gunung emas yang menggiurkan nafsu manusia, ia jugak tanah yang ‘disumpah’ dengan konflik perebutan tanah dan sumber

Semestinya agak tak adil kalau kami nak kata Republik Congo ni sangat mundur; sama halnya apabila kita masih memegang persepsi bahawa keseluruhan benua Afrika tu pun mundur dan dipenuhi dengan mulut-mulut yang lapar. Walaupun demikian, masih banyak kawasan di sekitar benua tu yang menghadapi pelbagai konflik. Lebih teruk, konflik tu berterusan berpuluh-puluh tahun lamanya.

Di sekitar selatan Kivu, konflik berkaitan tanah sentiasa menjadi isu komuniti. Nak diceritakan A-Z mungkin tak cukup, namun kesimpulan ringkas yang dapat kami petik untuk terangkan punca konflik di sana adalah isu tanah yang seringkali tak jelas hak pemilikannya. Salah satu konflik lain yang menjadi kegusaran rakyat Congo adalah sisa Perang Congo pertama (Oktober 1996-1997) dan Perang Congo kedua (1998-2003).

un drc
Via Africa Times

Serpihan gerakan pemberontak dari Rwanda yang sedang bersembunyi di Republik Congo ni memunculkan konflik bersenjata yang lain pulak, iaitu dengan wujudnya Democratic Forces for the Liberation of Rwanda (FDLR). Tentera Republik Congo terpaksa mempertahankan negara mereka daripada pengaruh FDLR, seterusnya dibantu oleh PBB dengan operasi Kimia II.

Mengikut statistik Human Right Watch dari Jun 2017 hingga Jun 2019, seramai lebih 3,300 diculik manakala 1,900 orang awam dilaporkan meninggal dunia di tangan para pemberontak bersenjata. Meskipun statistik ni tertumpu kat sebelah Timur Congo, ia dah cukup menunjukkan betapa teruknya konflik dan keraguan orang awam tentang tahap keselamatan mereka.

congo forgotten
Korang boleh baca laporan HRW kat sini.. -Via HRW

Sorang wartawan Peace Insight bernama Floribert Kazingufu menuliskan pengalamannya turun melihat dan berbicara dengan rakyat tempatan Congo untuk faham nasib orang kat sana. Di daerah Luvungi, berdekatan dengan bandar Bukavu; rakyat Congo takut dan ragu-ragu mengenai keselamatan mereka kerana kawasan tersebut dikatakan menjadi tarikan utama para pelarian (mungkin termasuklah para pemberontak) bersembunyi. Sebab tulah, mereka semakin sukar nak mengusahakan tanah yang ada kerana tak rasa selamat nak keluar.

Boleh jadi, ‘keghairahan’ para penduduk yang berebut nak gali emas kat gunung tu sebenarnya hanya mengambil kesempatan yang ada untuk tambahkan rezeki untuk keluarga mereka. Memandangkan tak ramai yang berani mengusahakan tanaman, maka segala kemungkinan sumber yang boleh beli makanan untuk esok hari cuba dipenuhi. Dah ramai yang lari, dan ramai jugaklah yang dilaporkan hilang atau terkorban.

Situasi kat Republik Congo ni harus jugak kita perhatikan dan ambil pengajaran daripadanya. Selain dari fokus kita untuk menjaga keselamatan negara sehinggakan ada pahlawan kita gugur tahun lalu lepas bertempur di sempadan, kita jugak kena ambil peduli perihal tanah pemilikan dan sumber yang ada di sana. Kami teringat jugak kisah Kedah yang dikatakan patut tukar nama jadi ‘Wakedah’, tetapi kita pun harus ingat bahawa sumber galian perlu memacu lebih banyak peluang kerja untuk rakyat khususnya ketika tempoh pandemik ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top