Isu sindiket seludup dadah di sempadan Thailand-Malaysia, rupa-rupanya polis terkorban ‘undercover’

F1

Kami rasa hampir setiap hari, ada je percubaan-percubaan anasir luar yang nak ceroboh sempadan dan mencabar keselamatan kita sebagai sebuah negara berdaulat. Anasir-anasir luar ni termasuklah para pelaku aktiviti haram rentas sempadan seperti para penyeludup dadah. Baru-baru ni jugak, kita dikejutkan dengan berita anggota PGA diserang sehingga Malaysia terpaksa kerahkan 500 kekuatan terdiri daripada pelbagai unit.

728 X 90

Peristiwa di Padang Besar tak seharusnya tenggelam gitu je sebagai suatu berita yang lalu kat media sosial, bahkan seharusnya terus diingati sebagai bukti patriotik yang menyatukan semangat seluruh rakyat Malaysia.

Pga Tentera
Via Khalifah Media Networks

Sempadan Thailand-Malaysia dibolosi anggota sindiket penyeludupan dadah, anggota PGA Malaysia gugur menggalas tugas

Sejak Mac tahun ni khususnya lepas PKP dilaksanakan, pencerobohan sempadan semakin sukar dijalankan kerana tindakan Malaysia mengetatkan sempadan berhampiran Malaysia-Thailand. Tindakan pencerobohan tambah aktif pada awal November, ada beberapa insiden kita bertembung dengan anggota sindiket penyeludupan dadah di Kedah dan Perlis. Disebabkan laporan insiden tersebut, kita terus mengetatkan lagi pemantauan sempadan.

Kemudian pada akhir November lalu, kita dikejutkan dengan berita gugurnya anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditugaskan menjaga dan memantau pos Malaysia-Thailand. Dalam kejadian serangan yang berlaku pada 3.10 pagi, sorang anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban terkena tembakan, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, mengalami kecederaan parah dan dilaporkan kritikal.

Koperal Baharuddin Ramli Pga
Via Berita Harian

Ikut sumber, serangan tersebut dipercayai datang daripada arah negara jiran dan kemudiannya berjaya melepaskan diri. Anggota PGA yang gugur, iaitu arwah Koperal Baharuddin Ramli ni dilaporkan terlibat dalam aktiviti risikan dan sedang berada dalam status ‘undercover’. Oleh sebab tu, mereka hanya pakai pakaian biasa dan tak pakai baju kalis peluru. Bersamanya ketika tu dalam misi risikan adalah Koperal Norihan.

Memandangkan mereka dalam misi risikan, mereka hanya dibekalkan dengan senjata Walter P99. Kalau korang tak tau, senjata Walter P99 ni  sebenarnya pistol yang popular digunakan dalam unit polis di seluruh dunia kerana ia agak ringan. Ada jugak yang anggap Walter P99 adalah sepucuk pistol yang sesuai kat tangan orang awam. Ni bermaksud gugurnya Koperal Baharuddin bukan kerana tak cekap, sebaliknya disebabkan ia kurang sesuai untuk digunakan bila nak ‘berperang’ senjata di tengah hutan.

Unit khas PGA termasuk VAT69 dan Tiger Platoon diturunkan untuk ‘bersihkan’ kawasan

Susulan dari tragedi gugurnya wira negara di sempadan Thailand-Malaysia, PGA telah kerahkan kira-kira 500 kekuatan daripada pelbagai unit untuk mengekang pencerobohan sempadan terus berlaku. Beberapa unit elit turut diturunkan seperti VAT69 dan Tiger Platoon, selain dari unit berkuda, unit berkuda, unit udara dan unit kereta perisai. Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, Komander Briged Utara PGA kata:

“Tiger Platoon ini akan memulakan tugas mereka hari ini untuk membuat pembersihan di kawasan kejadian sehingga esok. Di samping itu, satu lagi pasukan persenjataan juga akan akan tiba hari ini untuk mengesan senjata di kawasan terbabit.

Kawasan liputan kawalan kami meliputi keluasan kira-kira 106 kilometer iaitu sepanjang Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Bukit Batu Putih, Kuala Perlis. Saya juga telah mengarahkan anggota yang membuat pemeriksaan untuk tidak berseorangan dan sentiasa bersama rakan seperjuang mereka.”- Seperti yang dilaporkan Utusan

Pada 27 November, polis Kedah melaporkan mereka dah berjaya menumpaskan sebahagian daripada sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ni, dengan penahanan 7 lelaki dengan penemuan pelbagai jenis dadah. Daripada jumlah 7 orang tu, 2 daripadanya rakyat Malaysia manakala selebihnya warga Thailand. Suspek tangkapan ni dipercayai ada kaitan dengan anggota penyeludup dan insiden yang mengorbankan nyawa wira kita dulu.

Walau bagaimanapun, pihak keselamatan akan terus menjalankan operasi bagi memburu anggota penyeludup dadah ni. Mereka takkan berhenti dari sekadar beberapa anggota mereka dicekup, begitu jugaklah dengan pasukan kita yang takkan berundur diri selagi mereka terus cuba menceroboh sempadan negara dan membawa najis dadah ke tanah Malaysia.

Sekatan Anggota Pga
Via Astro Awani

Perkara ni turut disukarkan dengan beberapa penduduk tempatan yang mahir dengan selok-belok lorong tikus tu membantu para penyeludup ni untuk memasuki negara serta melepaskan diri dengan selamat. Kadangkala mereka ni jugaklah dibayar untuk membawa barangan seperti ketum dadah sebelum ia diletakkan di suatu lokasi berdekatan tembok sempadan. Penyeludup warga asing pulak akan ambil dari barangan tersebut dan dibawa menyeberang sempadan.

“Berikutan itu, kita sudah mengarahkan setiap ketua pos kawalan supaya mengenal pasti lorong tikus supaya kawalan serta rondaan dapat dipertingkatkan. Kita turut mendapati penyeludup mengambil kesempatan waktu antara tengah malam hingga awal pagi untuk melakukan kegiatan mereka,”- Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Bukan tu je, kegiatan penyeludupan aktif turut dikesan di sempadan laut terutamanya di perairan Batu Putih dan Pulau Ketam di Perlis. Ni suatu perkara yang dipandang serius, dan merasionalkan jugaklah kenapa kita bersetuju mengerahkan aset negara untuk mengawal, memantau dan menangkap kegiatan penyeludupan rentas sempadan. Keselamatan negara wajib dipelihara dan terus dikekalkan oleh semua orang di setiap lapisan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *