Walaupun petugas barisan hadapan adalah hero negara, mereka semakin ditakuti

F1

Sejak penularan wabak COVID-19 ni, masyarakat kita dah bertambah prihatin mengenai tahap kebersihan diri, keselamatan dan kesihatan di sesebuah kawasan tu. Dulu kita takdelah nak tunggu dan lihat warna zon kawasan rumah kita. Namun tahun ni, boleh dikatakan hampir setiap hari kita dah jadi amat peduli dengan tahap kesihatan keluarga dan jiran-jiran kat sebelah kita.

728 X 90

Sudah pastilah dengan wujudnya kesedaran ‘Kita Jaga Kita’, ia boleh jadi suatu tanda kebersamaan dan kesatuan hati untuk melawan pandemik. Akan tetapi, kesedaran ni jugak akhirnya mencetuskan suatu bentuk kepanikan diri sehinggakan ramai antara kita secara tak langsung ‘memfitnah’ barisan hadapan sampai ada yang tak nak tegur dah jiran mereka yang bekerja sebagai petugas kesihatan. Kenapa hal ni berlaku?

New York Coronavirus Deaths Hit 1,941 As State Struggles
Via Sciencemag

Barisan hadapan mulanya disanjung dan dipuji, kini disisihkan dan dijauhi

Jika korang masih ingat lagi, pada awal tahun ni melambung tinggi barisan hadapan khususnya petugas kesihatan ni dipuji seikhlas hati. Ramai menyifatkan tugas barisan depan ni sebagai suatu jihad untuk masyarakat dan negara. Bantuan makanan dan keperluan lain disalurkan begitu banyak kepada para petugas kesihatan ni.

Walaupun begitu, lama-kelamaan kita dah mulai perasan bahawa dah semakin ramai yang sangat berani sehingga mendakwa COVID-19 tu tak wujud. Ada jugak yang mulai menyisihkan keluarga dan jiran mereka yang bekerja sebagai barisan hadapan disebabkan khuatir bahawa mereka ni amat berisiko tinggi membawa jangkitan tersebut kat rumah mereka.

Danger Frontliner
Via Health Affairs.org

Hal ni tak dinafikan sebenarnya berlaku lebih awal lagi, seperti apa yang dilaporkan oleh Benarnews.org. Artikel tersebut disiarkan pada April tahun ni, dan banyak memuatkan perkongsian daripada beberapa orang yang telah ditemubual. Berdasarkan petikan-petikan ni, ternyatalah bahawa ketakutan dan rasa panik yang tercetus tu jugak membawa keburukan kepada kelompok yang jauh lebih kecil seperti bekas pesakit COVID-19 dan barisan hadapan.

Kongsi sorang doktor yang bertugas di Hospital Sungai Buloh:

“Rakan sekerja saya memberitahu bahawa jirannya tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di halaman rumah kerana takut dan berjiran dengan doktor dari Hospital Sungai Buloh. Ia sesuatu yang agak menyedihkan dan semua petugas kesihatan sebelum pulang ke rumah, diwajibkan mandi dan membersihkan diri dengan teliti,”- Seperti yang dipetik daripada BenarNews

Bapa Anak Frontliner
Via Verywell Family

Ni suatu perkara yang boleh membuatkan barisan hadapan terkilan. Dahlah penat membanting tulang dan lelah dari tempat kerja, lepas tu dah pulang, disisih masyarakat kerana rasa takut tak bertempat. Sebenarnya istilah terbaik untuk menggambarkan situasi ni adalah ‘stigma’. Stigma ni sememangnya sebuah fenomena sosial yang terjadi dalam banyak situasi sosial. Tapi ia tak bermakna ia baik untuk diamalkan dalam sesebuah masyarakat.

Stigma ke atas barisan hadapan dan bekas pesakit, burukkan keadaan mental dalam sesebuah masyarakat

Apabila kita gagal membendung penyebaran stigma ni, ia akhirnya membuatkan ramai rasa tindakan mendiskriminasikan para barisan hadapan dan bekas pesakit ni suatu tindakan yang paling betul. Walhal secara realitinya, ia hanya memburukkan keadaan khususnya untuk mereka yang turut alami tekanan daripada pelbagai arah.

Via Giphy

Mereka ni masih lagi manusia, dan masih lagi sebahagian daripada masyarakat. Mereka tetap mempunyai hidup dan tekanan masing-masing, apatah lagi kepada bekas pesakit yang mungkin turut kehilangan kerja dan punca rezeki. Tetapi disebabkan stigma inilah, sikap buruk prejudisme dan buruk sangka tu hidup subur di minda orang ramai.

“Bapa terdedah kepada tabligh Thailand yang bersembahyang di surau kampung, dan berita bapa positif COVID-19 tersebar luas pada 17 Mac dan kami sekeluarga diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan. Namun, semasa kami sekeluarga sedang menunggu giliran untuk ujian saringan, sudah rasa tertekan dengan orang kampung seolah-olah memandang hina dan jijik kepada kami sekeluarga. Sedangkan apa yang terjadi bukannya kami yang cari,”- Seperti yang dipetik Benarnews.org

Tabligh Thai
Via New Straits Time

Korang boleh lihat sendiri betapa mudahnya segelintir masyarakat memandang buruk ke atas seseorang tu, kadangkala tanpa usul periksa dan takde rasa bersalah pun sekiranya tanggapan mereka tu meleset sama sekali. Yang penting di fikiran mereka adalah bukan mereka yang merasakan perasaan negatif tersebut pada waktu tu.

Dalam fikiran segelintir masyarakat jugak, yang jelas adalah ‘pembawa COVID-19’ dimana ia wujud dalam bentuk manusia yang boleh mereka sentuh dan pegang. Mereka jarang melihat COVID-19 sebagai ‘jangkitan virus’, sebaliknya melihat COVID-19 sebagai seseorang manusia pulak. Sebab tu amatlah mudah untuk segelintir ni ‘memutuskan’ silaturahim dengan sesiapa je yang dirasakan ‘membawa COVID-19’.

Kalau tak jaga diri sendiri, sesiapa je boleh terjangkit. Tak perlu tunggu kontak dengan petugas kesihatan pun… Via Giphy

Graf kerisauan kita dahlah semakin tinggi sehingga sudah banyak dilaporkan mengenai kes orang bunuh diri. Rata-rata faktor yang menyumbang kepada kes tersebut adalah beban kewangan dan hutang. Ditambah lagi dengan bayangan bakal ditohmah oleh masyarakat termasuklah anggota keluarga yang serumah dengannya; ni tentunya akan buatkan seseorang tu rasa tak berguna dan mungkin mendorong kepada perbuatan lain seperti mencederakan diri sendiri serta membunuh diri.

Ramai tak nak mengaku wujud stigma dan diskriminasi, minta mangsa stigma agar ‘prihatin’ dan faham jika dijauhi ramai

Diskriminasi halus jugak wujud dalam SOP sesetengah premis, khususnya jika ia mempunyai komuniti pengguna premis yang rapat seperti gimnasium. Mengikut apa yang telah dikongsikan kepada kami, sesetengah pemilik premis sukan melarang peserta yang bekerja sebagai kakitangan kesihatan dan polis agar turut serta dalam aktiviti komuniti mereka atas alasan ‘risiko’ yang tinggi.

Kita semua berlawan musuh yang sama. Bukan petugas kesihatan je ada risiko yang ‘lebih tinggi’… Via Giphy

Sumber kami turut berkongsi rasa sedih bagaimana dia disindir, dihalang dan dijauhi daripada rakan-rakan sukannya sendiri hanya kerana dia adalah kakitangan kesihatan. Sebagai kakitangan kesihatan, dia menjelaskan bahawa kesihatan mereka sentiasa dipantau oleh pihak KKM selain dari melakukan pemantauan kendiri sebagaimana orang awam seharusnya lakukan.

Tambah lagi, tugasnya tak melibatkan penjagaan kesihatan pesakit COVID-19 pun. Dalam hospital pun ada je bahagian-bahagian yang masih lagi berfungsi selain dari wad penjagaan COVID-19. Masing-masing terpisah antara satu sama lain, lagi-lagi dengan pemantauan rapi dari pihak penguatkuasa yang ditugaskan di sana.

Memanggil Semula Doktor Bersara
Via Malay Mail

Namun ramai menyangka bahawa semua hospital ni penuh dengan pesakit COVID-19, sedangkan ia tak benar. KKM jauh lebih teratur daripada yang digembar-gemburkan oleh media. Pemantauan dan proses kawal selia tahap kesihatan kakitangan sentiasa dititikberatkan, sehingga kita boleh katakan bahawa hospital merupakan kawasan pertama dipastikan bebas COVID-19.

Salah satu kenyataan yang dilemparkan kepadanya adalah ada di antara rakannya meminta agar sumber kami faham dan ‘prihatin’ dengan masyarakat, dengan maksud tersirat bahawa rakan tersebut taknak sumber tersebut terlibat dalam aktiviti komuniti tu. Rakan tu jugak taknak mengakui adanya stigma dan diskriminasi, sebaliknya hanya ‘menegur’ dengan niat yang baik.

Via Giphy

Keprihatinan ni memanglah suatu yang amat diperlukan sekarang ni. Tetapi kita jugak kenalah meletak nilai prihatin kat tempat yang betul. Ia suatu yang berat sebelah apabila tindakan atas dasar ‘prihatin’ mulai membuatkan ramai pandang serong dan memperlekeh sekelompok yang lain. Tu bukan prihatin dah, tu ‘gaslighting’ namanya.

Ia lebih teruk sehinggakan ada yang cuba membuat spekulasi bahawa baru-baru ni, insiden petugas kesihatan yang meninggal dikatakan terjangkit COVID-19.. sedangkan pemergiannya tu kerana terlalu penat. Lihat betapa pantasnya stigma tu jugak menjadi asas kepada spekulasi oleh segelintir masyarakat.

Begitu jugak dengan bekas pesakit yang terus dijauhi meskipun telah disahkan sembuh dari COVID-19. Mereka terpaksa hidup ‘bersembunyi’, sehinggakan mereka sendiri tak lagi dijemput atau ditandangi mana-mana jiran atau ahli keluarga lain sebagaimana sebelumnya.

Via Giphy

Bagi kami, ni suatu yang amat mendukacitakan dan meruntun hati. Sokongan sosial amat penting untuk hidup lagi-lagi lepas diduga dengan bermacam cabaran hidup. Lebih penting lagi, semua kena main peranan dalam mengatasi stigma sosial seperti ni. Kerajaan dan pihak media kena rancakkan lagi kempen melawan stigma, di samping konsisten memutuskan rantaian pandemik. Tu barulah ‘Kita Jaga Kita’…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *