Kes pembunuhan Hwaseong, pembunuh misteri yang sukar untuk ditangkap…

F1
Kes pembunuhan Hwaseong, pembunuh misteri yang sukar untuk ditangkap…

Kalau korang peminat jenayah bersiri, korang mungkin pernah dengar apa yang terjadi dalam kes pembunuhan bersiri Hwaseong. Hwaseong ni bukan nama orang ye, sebaliknya nama sebuah tempat kat Korea Selatan. Kes ni pulak merupakan kes jenayah bersiri yang pertama berlaku di negara tersebut, bermula pada 1986 sehinggalah insiden pembunuhan terakhir pada 1991.

728 X 90

Namun apa yang membuatkan kes ni begitu menarik adalah pembunuh tu sendiri pun hairan bagaimana pihak polis tak dapat tangkap dia lebih awal, siap menangkap dan memenjarakan orang yang salah selama lebih dari 19 tahun. Sungguh menghairankan…

Hwaseong Kes
Via AsiaOne

Mangsa dalam lingkungan umur 14-71 tahun, kebanyakan daripadanya diserang secara seksual sebelum dibunuh

Sebelum kami lanjutkan artikel ni, buat sesiapa yang ada trauma seksual… sebaiknya korang baca artikel kami yang lain. Kes pembunuhan bersiri Hwaseong ni memang sebuah rantaian kes jenayah seksual dan bunuh, sehinggakan ada antara mangsa ni ditemukan dengan objek asing kat tempat sulit mereka.

Pada September 1986, seorang wanita berumur 71 tahun ditemui mati akibat dibunuh ketika dalam perjalanan pulang dari rumah anaknya pada waktu malam. Wanita tersebut dicekik sehingga mati, dan hanya ditemukan beberapa hari lepas dia meninggal dunia. Dalam Oktober pada tahun yang sama, sorang mangsa berumur 25 tahun dibunuh lepas turun dari bas dan dipercayai mangsa pertama yang dirogol.

Hwaseong Case
Antara gambar fail laporan media mengenai kes tersebut di Hwaseong… Via CNN

Pada Disember tahun yang sama jugak, sorang suri rumah dibunuh di hadapan rumahnya sendiri dan turut dirogol. Namun mayat mangsa berumur 25 tahun ni tak ditemui sehinggalah pada April 1987. Dalam bulan yang sama, sorang lagi mangsa berumur 23 tahun dibunuh lepas turun dari bas dan dalam perjalanan ke rumahnya. Mangsa keempat ni sedikit ngeri kerana selain dari turut dirogol sama seperti mangsa suri rumah tu, tangan mangsa turut diikat dan ditemukan payung kat alat sulit mereka.

Kemudian pada Januari 1987, sorang pelajar sekolah berumur 19 tahun dirogol dan dibunuh lepas turun dari bas untuk berjalan kaki menuju ke rumahnya. Pembunuhan berhenti seketika untuk beberapa bulan, sebelum bersambung lagi pada Mei 1987, dimana sorang suri rumah yang nak ke pejabat suaminya dibunuh dan dirogol. Pada September 1987, sorang lagi suri rumah berumur 54 tahun dibunuh lepas turun dari bas.

Pembunuhan ke-8 ni yang ‘lari’ dari modus operandi pembunuh tersebut, sebab kali ni, ia membabitkan pecah rumah dan membunuh sorang pelajar perempuan berumur 14 tahun yang sedang tidur di rumah. Kejadian ni berlaku pada 1988, sorang suspek bernama Yoon Sung-yeo ditahan dan didakwa atas pembunuhan tersebut. Pihak polis percaya Yoon ni cuma pembunuh yang ‘ikut trend’ beberapa pembunuhan yang lalu.

Kisah pembunuhan terhenti lepas Yoon Sung-Yeo dijatuhkan hukuman penjara. Namun lepas 2 tahun menyepi, berlaku lagi insiden pembunuhan iaitu pada November 1990. Sorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirogol dan dibunuh, malah mulutnya turut disumbatkan beberapa objek asing seperti kain, pisau pencukur, pen, garfu dan sudu. Pada April 1991, sorang warga emas dibunuh lepas turun dari bas.

Hwaseong Case Paddy
Ilustrasi tapak kejadian.. Via CNN

Ada empat lagi insiden pembunuhan yang lain, tetapi maklumat mengenainya tak disebarkan kepada umum pada ketika tu dan semuanya terjadi di Hwaseong. Walau bagaimanapun, pembunuhan terakhir ni yang berjaya ‘memerangkap’ pembunuh sebenar yang bertanggungjawab ke atas semua pembunuhan lalu iaitu lepas sorang mangsa wanita berumur 18 tahun dibunuh oleh abang iparnya sendiri, Lee Choon-je.

Jumlah mangsa sebenarnya jauh daripada yang diketahui ramai, pengakuan pembunuh sebenar melayakkan Yoon Sung-yeo mohon bicara semula

Setakat yang kami dapati ni, jumlahnya adalah sebanyak 14 pembunuhan. Namun lepas Lee Choon-je ditahan atas dakwaan membunuh adik iparnya lepas ditinggalkan isterinya, pihak polis mempunyai lebih banyak sebab untuk mengesyaki bahawa Lee Choon-je ni ada rahsia tersendiri. Lepas Lee Choon-je ni berpura-pura nak ikut bapa iparnya mencari mangsa, dia terus mencadangkan bahawa mangsa ni kena culik sebagai cara nak kaburkan mata ramai.

Lee Chunjae
Wajah suspek sama seperti gambaran saksi dalam bas sebelum mangsa dibunuh… Via CNN

Tetapi menerusi siasatan polis sendiri, Lee Choon-je ditahan dan dibicarakan. Pada mulanya, kesnya ditolak sebab Lee Chon-je tak mengaku seterusnya diputuskan bahawa pengakuan Lee tak boleh pakai kerana dikatakan elemen ugutan dari polis untuk mengaku. Namun ia dibawa kepada peringkat mahkamah yang lebih tinggi, dan dah dijatuhkan hukuman mati pada Mei 1994. Mahkamah Agung Korea Selatan setahun kemudian ubah semula dan meringankan hukumannya kepada penjara seumur hidup, dengan peluang dapat parol lepas 20 tahun.

Sepanjang tempoh tu, Lee Choon-je tak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan yang lain kecuali apa yang berlaku pada 1994. Namun apa yang berlaku pada 2019 mengejutkan ramai. Lee Choon-je akhirnya mengaku bertanggungjawab atas semua insiden pembunuhan yang berlaku sejak 1986, termasuklah lebih dari 30 percubaan rogol dan bunuh yang lain. Dia dapat cerita semuanya, daripada bagaimana dia lakukan setiap pembunuhan tu dan di mana dia tinggalkan mayat tersebut.

Pengakuan tersebut dikukuhkan dengan dapatan polis daripada laporan sampel air mani dan darah yang ditemui dalam beberapa mangsa pembunuhan lalu. Susulan pengakuan tersebut, Yoon Sung-yeo terus memohon perbicaraan semula lepas permohonannya ditolak pada 1989 serta dikuatkan dengan pengakuan Lee sendiri sebagai saksi yang menceritakan semula bagaimana jenayah tu dilakukan.

Pemenjaraan Yoon tu jugak mendapat perhatian umum sebab dikatakan bahawa pasukan penyiasat yang ditugaskan untuk urus kes tersebut bukan saja mengugut Yoon untuk buat pengakuan palsu, mereka jugak memalsukan laporan forensik agar mengaitkan Yoon dengan kes pembunuhan pada 1989. Lee jugak didakwa semula atas pengakuan pembunuhan yang telah dilakukannya, termasuk 30 jenayah seksual yang lain.

Hwaseong Yoon
Gambaran semula ketika Yoon dibawa untuk disoal siasat… Via CNN

Pembunuh yang bernasib baik, atau pihak penyiasat yang kurang cekap?

Lee Choon-je sempat menyuarakan rasa hairan kenapa lambat sangat polis nak tangkap dan selesaikan pembunuhan lalu. Dipetik dari CNN:

“Saya masih tidak faham (kenapa saya bukan suspek). Jenayah berlaku di sekeliling saya dan saya tidak cuba sangat pun untuk menyembunyikan perkara jadi saya ingat saya akan ditangkap dengan begitu mudah. Terdapat beratus-ratus pegawai polis (yang ada). Saya selalu terserempak dengan para detektif tapi mereka selalu tanya saya tentang orang di sekeliling saya”

Walaupun begitu, Lee Choon-je dikatakan tak dapat didakwa atas semua pembunuhan yang dia akui tahun lalu disebabkan wujudnya ‘statute of limitation’, bermaksud setiap jenayah tu ada tempoh masa tersendiri untuk dibicarakan termasuklah jenayah bunuh di Korea Selatan. Memandangkan jenayah ni berlaku sebelum ‘statute of limitation’ tu dimansuhkan pada 2015, Lee masih lagi menerima hukumannya sebelum ni.

Pengarah filem Parasite, Boon Joon Ho pernah membikin filem berdasarkan kisah pembunuhan Hwaseong ni bertajuk Memories of Murder. Kalau korang nak tau lebih lanjut bagaimana pengalaman sorang penyiasat berhadapan dengan kes ni, korang boleh tonton filem ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top