Menteri Besar Perak hilang jawatan, adakah undi percaya akan turut berlaku di Parlimen?

F1
Menteri Besar Perak hilang jawatan, adakah undi percaya akan turut berlaku di Parlimen?

Semalam pentadbiran Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau lebih popular dengan panggilan Lan Pet Pet Peja tumbang kerana gagal dapat sokongan majoriti ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak selepas apabila usul percaya terhadapnya diundi secara belah bahagi pagi tadi.

728 X 90

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN je sokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang menolak dan 1 undi rosak. Usul undi percaya ni dibawa ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim, dari DAP UMNO. DUN Perak terdiri daripada 24 ADUN Umno, empat PPBM, dan tiga PAS, dan pembangkang pulak 16 DAP, lima Amanah, dan tiga PKR.

Undi percaya yang diusulkan kepada MB Perak untuk hilangkan ‘gelaran’ kerajaan pintu belakang

Ketika membawakan usul percaya kepada MB Perak ni, katanya ia dibawa untuk tentukan keabsahan kerajaan negeri yang selama ini didakwa pembangkang sebagai “kerajaan pintu belakang”. Untuk menidakkan dakwaan tu, pembawal usul dari UMNO katakan pilihan raya perlu dilaksanakan, tapi dalam keadaan pandemik dan kewangan, penentuan sokongan secara belah bahagi di DUN Perak dikatakan langkah kedua paling baik.

“Mungkin orang akan berkata kenapa ahli politik perlu bermain politik dalam keadaan sekarang, kerana rakyat ditimpa masalah Covid. Jawapan saya: Kita perlukan satu kepimpinan yang komited, yang tidak diragui, kepimpinan yang boleh bawa Perak bukan sahaja untuk hadapi Covid-19 tetapi juga untuk hadapi cabaran mendatang,” – Abdul Manaf Hashim, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today

Tegasnya, Perak perlukan kerajaan yang tak lagi dikatakan “kerajaan pintu belakang”. Manaf menafikan UMNO bersekongkol dengan DAP menjatuhkan Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM. Macam biasalah, setiap kali ada masalah politik yang berlaku, DAP ni merupakan antara parti yang akan selalu dipersalahkan. Sebelum korang kata kami macai DAP pulak, memang ada keadaan tertentu DAP ni buat salah, tapi setiap masalah yang wujud kena dikaitkan dengan diorang.

Situasi seperti ini mungkin akan berlaku di beberapa negeri yang lain

Bagi kami, apa yang terjadi di Perak tu umpama pengkhianatan yang dibalas dengan pengkhianatan. Benda ni disedari oleh Naib Presiden PPBM, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang katanya bimbang kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional di Perak boleh berlaku di negeri lain, contohnya Johor kalau PPBM menarik balik sokongan kepada menteri besar dari UMNO. Sekarang ni Kerajaan Negeri Johor ada 16 kerusi BN, 13 PN, dan 27 Pakatan Harapan.

71520562455 Gangguanair 2
Drama yang berlaku semalam membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya hubungan PPBM dengan UMNO? Via Sosialis.net

“Kalau ini boleh berlaku di Perak, saya yakin perkara sama boleh berlaku di negeri lain. Contohnya, di Johor, kalau PPBM menarik balik sokongan kepada menteri besar, saya fikir senario sama boleh berlaku kerana kerajaan negeri itu juga ada majoriti kecil,” – Mohd Rafiq Naizamohideen, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today

Sebelum ini banyak laporkan yang mengatakan kerajaan Perak berhadapan risiko susulan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin Umno terhadap PPBM. Rafiq katanya kesal dengan perkembangan di Perak, dia kata semua ahli politik tak patut berbuat demikian semasa pandemik. Kami rasa dia lupa kot, kerajaan hari ni pun tertubuh ketika krisis Covid-19 berlaku. Biasalah ahli politik, senang lupa ingatan.

71520562455 Gangguanair 2
Dah lupa ke bro? Via MalaysiaDateLine

Dia beri amaran rakyat akan menghukum pihak yang mengutamakan kepentingan politik daripada nyawa dan keselamatan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun dah hilang jawatan MB, Peja jamin akan lakukan transisi yang berhemah

Ketika ribut politik ni tengah berlaku di Perak, Ahmad Faizal beri jaminan akan lakukan peralihan kerajaan negeri yang baru secara berhemah selepas dia gagal dapat sokongan majoriti. Kami tengok je semalam siaran langsung DUN Perak. Kasihan jugak kami tengok dia beri ucapan, sambil kata kadang-kadang rindu dengan kawan-kawan dia dekat PH dulu.

“Adalah satu kebanggaan buat saya untuk berkhidmat bagi negeri ini dan patik dengan izin menjunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan patik untuk menabur bakti pada Sultan. Terima kasih semua,” – Ahmad Faizal, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Ahmad Faizal turut berterima kasih kepada rakyat dan kesemua ADUN termasuk daripada bekas sekutu Pakatan Harapan (PH) dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dia jugak harap agar segala program bermanfaat yang diperkenalkan sebelum ini diteruskan. Timbalan Presiden Bersatu itu dilantik semula menjadi Menteri Besar Perak menerusi kerajaan Perikatan Nasional pada 13 Mac lalu selepas Bersatu keluar daripada PH. Ahmad Faizal sebelum tu menerajui kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Situasi seperti ini mungkin boleh berlaku di peringkat Persekutuan

Salah perkara yang kami nampak dari isu ini – UMNO nak hantar mesej yang jelas kepada PPBM supaya lebih menghargai UMNO sebagai sekutunya. Kalau undi percaya ni boleh dilakukan di peringkat negeri, ia tak mustahil dilakukan di peringkat Persekutuan. Kita dapat lihat dari pengundian kementerian-kementerian di bawah Belanjawan 2021 – kerajaan hari ni tak pernah dapat majoriti lebih dari 112 kerusi. Ia memperlihat kerajaan hari ni masih tak stabil.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top