Rating Malaysia jatuh, Anwar kata respons Menteri Kewangan cukup membimbangkan

F1

Sejak kejatuhan Pakatan Harapan setelah Langkah Sheraton dilakukan pada awal tahun ini, pelbagai cerita dan masalah yang kita dengar sedang melanda negara. Terbaru agensi penarafan antarabangsa menurunkan ‘gred’ negara kita. Kemudian, semalam juga kami ada tulis pasal Menteri Besar Perak yang hilang sokongan majoriti ADUN. Ia adalah satu lagi episod kepada kerajaan yang berganti tanpa pilihan raya.

728 X 90

Rating Malaysia turun dari A- ke BBB+, Anwar kata Menteri Kewangan gagal membantu negara

Semalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dah laksanakan tugasannya dalam mempersiapkan negara dengan jalan keluar dengan merancang strategi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan akibat kesan pandemik Covid-19.

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486
Anwar. Via MalayMail

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan balas Tengku Zafrul berkaitan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada ‘BBB+’ daripada ‘A-‘ oleh Fitch Ratings untuk pertama kali sejak krisis kewangan 20 tahun cukup membimbangkan. Katanya, Menteri Kewangan gagal jawab persoalan dan kebimbangan yang dilaporkan Fitch iaitu kestabilan politik dan tatakelola.

“Langkah Sheraton pada Februari lalu tidak hanya menimbulkan kekacauan politik tetapi ia juga adalah permulaan usaha menginjak batu asas reformasi institusi yang telah digerakkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Kerajaan minoriti ini yang tidak punya keabsahan sama sekali daripada rakyat telah menyalahgunakan fungsi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mendapatkan dukungan,” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dua hari lepas, Tengku Zafrul kata dia kecewa dengan penarafan tersebut terutamanya ketika tempoh penularan pandemik itu masih lagi belum berakhir. Menurutnya, Malaysia dah mula melihat tanda-tanda pemulihan ekonomi hasil daripada pelbagai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac 2020.

Bagi Anwar, membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang prestasinya jauh lebih rendah adalah tak tepat. Kita sepatutnya lihat Malaysia hari ini dengan era lalu kerana Malaysia adalah antara kuasa ekonomi serantau. Takde perubahan yang ketara, dan negara-negara serantau seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam dah mula mendakap realiti dunia digital.

Anwar jugak sempat berkata – semakan turun penarafan tu mengukuhkan tanggapan selama ini bahawa Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang komited pada agenda reformasi serta telus, inklusif dan punya hala tuju yang jelas. Sebaliknya apa yang dihidangkan kepada kita hari ini adalah kekeliruan dan ketidakstabilan, yang pastinya akan merencatkan usaha untuk keluar daripada wabak ini dengan jayanya.

Dengan keadaan politik yang tak stabil, ada ahli Parlimen gesa diadakan undi percaya kepada perdana menteri

Hujah Anwar tentang kerajaan pada hari ni tak stabil dan berhadapan dengan banyak isu ada benarnya. Setelah Menteri Besar Perak ditolak ADUN-ADUN Perak, ada gesaan supaya usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentangkan di Dewan Rakyat untuk pastikan dia benar-benar ada sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim cadangkan usul tu dibentangkan minggu depan sebelum sidang Parlimen berakhir pada 17 Disember ni.

Katanya, masih sempat untuk bentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin, bukannya kita suruh bentang usul tidak percaya terhadapnya. Perdana Menteri dikatakan mesti berani, dan benda ni perlu dilakukan ‘once and for all’.

“Muhyiddin menerima hampir 20 usul undi tidak percaya terhadapnya daripada blok pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), manakala dua usul percaya daripada UMNO dan Pas. Jadi bila sudah dibentangkan usul undi percaya terhadapnya, orang lain tidak boleh pertikaikan legitimasi Perdana Menteri,” – Hassan Karim, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Usul percaya tu boleh dibentangkan dalam masa sejam sebelum undi belah bagi Belanjawan 2021 diteruskan dengan meletakkan masing-masing lima atau tiga wakil pembangkang dan kerajaan untuk membahasakannya.

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486
Hassan Karim. Via Astro Awani

Hassan kata, usul undi percaya wajar dibentangkan kerana ketika ini ada 220 ahli Parlimen dan bukan lagi berjumlah 222 kerusi, selepas Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah (pembangkang) dan Ahli Parlimen Gerik di Perak (kerajaan) meninggal dunia. Kedudukan terkini adalah 110 ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang, manakala 110 ahli Parlimen lagi berada dalam blok kerajaan.

Perkembangan tu menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri tak dapat sokongan majoriti kerana jumlahnya sama antara kedua-dua belah pihak. Sekurang-kurangnya Muhyiddin perlu dapatkan 111 undi daripada usul percaya yang dibentangkan terhadapnya, mungkin Muhyiddin akan mendapat undi yang lebih termasuk akan ada blok daripada pembangkang menyokongnya.

Pintu belakang memang akan membawa kepada keadaan politik yang tak stabil

Kalau kes Covid-19 di Malaysia ni tak teruk sangat, sudah tentu kami akan sarankan supaya pilihan raya diadakan – supaya takdelah benda-benda ‘pintu belakang’ akan berlaku lagi. Cuma, dalam keadaan Covid-19 yang menghantui kita, agak sukar pilihan raya untuk dilakukan. Selagi keadaan politik di Malaysia tak stabil, selagi itu sukar untuk kita lihat ada keputusan yang baik akan dikeluarkan oleh kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *