Jika 266 warga Malaysia bunuh diri semenjak PKP, ini jumlah kes warga asing

F1
Jika 266 warga Malaysia bunuh diri semenjak PKP, ini jumlah kes warga asing

Pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi tekanan kepada kesihatan fizikal, ia juga sedikit sebanyak memberi kesan yang besar kepada emosi dan kesihatan mental orang ramai. Hidup dalam keadaan tertekan kerana terputus pendapatan merupakan antara punca tekanan-tekanan ini boleh berlaku. Ia lebih teruk lagi kalau anda tergolong dalam golongan rentan. Golongan rentan adalah kelompok yang paling berisiko dalam masyarakat kita.

728 X 90

Mereka adalah orang-orang yang miskin yang selalunya takde perlindungan sosial seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosisal (PERKESO) atau Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP). Cuma ada jugak kelompok yang kita selalu terlepas pandang; mereka adalah pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Sebahagian besar daripada 46 kes itu berlaku di asrama pekerja atau rumah kongsi

Disebakan menghadapi tekanan kewangan, emosi, dan mental ketika pandemik Covid-19, lebih daripada 40 pekerja migran telah membunuh diri sejak perintah kawalan pergerakan (MCO) dilaksanakan pada 18 Mac, menurut laporan MalaysiaKini.  Sekurang-kurangnya 49 imigran membunuh diri dari bulan Mac hingga Oktober, 46 mangsa bunuh diri ini dari negara yang mengeksport buruh.

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486
Via Free Malaysia Today

Sebahagian besar daripada 46 kes itu berlaku di asrama pekerja atau rumah kongsi, ia menyebabkan polis percaya bahawa kebanyakannya adalah pekerja imigran. Statistik yang diberikan oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman kepada MalaysiaKini menunjukkan statistik; 14 orang yang membunuh diri datang dari Myanmar, ini adalah jumlah yang tertinggi dari satu-satu negara. Jumlah kes-kes yang lain adalah; Bangladesh (9), Nepal (9), Indonesia (6), India (5), Pakistan (2) dan Vietnam (1). Ada juga seorang warga Britain, Australia dan seorang lagi yang tak diketahui kewarganegaraannya.

Tekanan perasaan tak mampu dilihat. Via Giphy

Daripada 49 yang meninggal dunia, 46 ada dokumen yang sah, sementara tiga lagi takde dokumen. Sumber tu mengatakan polis juga mendapati salah seorang yang meninggal ada masalah kesihatan mental, sementara 48 yang lain mengalami masalah kewangan atau keluarga. Daripada semua kes ini, 33 daripadanya berusia di antara 26 dan 45 tahun, sementara tujuh yang lain berusia 19 hingga 25 tahun.

Pekerja di kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak, mungkin menghadapi situasi yang lebih teruk

Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara Selatan, Adrian Pereira berpendapat pekerja imigran yang muda mungkin berada di bawah tekanan tambahan jika mereka baru berkahwin, dan berisiko menghadapi tekanan masalah kewangan yang ditimbulkan akibat kesan dari pandemik Covid-19. Pereira beritahu Malaysiakini, jumlah sebenar warga asing yang bunuh diri semasa PKP mungkin lebih tinggi daripada kes yang direkodkan oleh polis.

71520562455 Gangguanair 2
Adrian Pereira. Via Free Malaysia Today

“Apabila pekerja yang memiliki dokumen mengetahui insiden bunuh diri, biasanya mereka tidak akan melaporkannya. Sekiranya mereka melaporkannya, mereka akan dikenakan denda (oleh pihak berkuasa),” – Adrian Pereira, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Pereira menambah bahawa mereka yang bekerja di kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak, mungkin menghadapi situasi yang lebih teruk. Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Pengarah eksekutif Tenaganita Glorene Das . Angka yang ditunjukkan oleh polis membimbangkan, mungkin ada kes yang tak dilaporkan, kerana mungkin tidak berdokumen, tambahnya.

Haz12 O Bhfield Image Listing Featured.var 1594548486
Pekerja asing di Malaysia. Via MauKerja

Pandemik Covid-19 telah menimbulkan sentimen anti-migran di Malaysia, terutama setelah dokumentari Al-Jazeera yang mendapat kecaman pelbagai pihak. Namun, Glorene mengatakan masyarakat harus belajar dari pandemik HIV dan wabak SARS. Kita boleh pastikan semua persiapan, tindak balas dan usaha pemulihan didasarkan pada hak asasi manusia. Dia mengatakan perancangan kewangan dan kesihatan sebagai tindak balas terhadap wabak itu harus komprehensif, inklusif dan mempertimbangkan semua orang, termasuk pendatang dan pelarian.

Jangan malu sekiranya anda menghadapi masalah mental, segera dapatkan bantuan

Isu mental harus mendapat perhatian yang lebih daripada masyarakat. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada imgiran, tetapi dah ada laporan yang mengatakan 266 warga Malaysia telah membunuh diri sejak PKP dilaksanakan. Faktor masalah kewangan merupakan di antara sebab utama kejadian bunuh diri ini berlaku. Masalah kesihatan mental cukup merisaukan, kerana ia tak boleh dilihat melalui mata kasar. Kami juga pernah tulis yang masalah kesihatan mental ni bukan bermaksud mereka lemah iman.

Sekiranya anda memiliki tanda-tanda masalah kesihatan mental, anda harus segera mendapatkan rawatan. Berikut adalah pertolongan-pertolongan yang anda boleh dapatkan;

Agape Counselling Center Malaysia:
Hotline: 03-7785 5955 atau 03-7781 0800

The Befrienders:
Hotline: 03-7956 8144 atau 03-7956 8145

Life Line Association Malaysia:
Hotline: 03-4265 7995

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top