Selain daripada pedofilia, ada kecenderungan seksual yang lain yang perlu diketahui

S1
Selain daripada pedofilia, ada kecenderungan seksual yang lain yang perlu diketahui

Sepatutnya bila dunia ni dah makin canggih dan dah maju, keadaan sosial kita pun dah lebih baik. Sebaliknya, semakin ramai gunakan teknologi yang ada sekarang untuk kepuasan hati dan nafsu sendiri je. Kami nak bangkitkan antara isu paling hangat pada tahun ni – kes pedofilia yang semakin mendapat perhatian ramai.

Kanak Jenayah Seksual
Via Pakistan Today

Waspada dengan pelaku pedofilia, anak kecil boleh dimangsakan…

Mungkin dah semakin ramai yang kenal apa tu pedofilia sebab dah banyak kali ‘up’ kat berita-berita sejak dua menjak ni. Sebaris dengan label ni adalah infantophilia, hebephiles dan ephebophiles. Namun kami nak juga perincikan lagi apa tu pedofilia agar takde lagi kekaburan pasal tu lepas ni. Sambung baca…

Culik Kanak Pedofil
Via Gaijinpot Blog

Kalau nak ikut definisi yang diberi oleh Dr. Ray Blanchard yang merupakan seorang pakar seksologi kat University Toronto, pedofilia ni satu orientasi seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Manakala Persatuan Psikiatri Amerika (APA) pulak kata ni sejenis penyakit mental yang memang dah wujud kat manual diagnostik mereka dari 1968 lagi.

Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, biasanya pelaku pedofilia ni akan rasa ghairah bila tengok gambar anak-anak kecil walaupun ketika tu tengah berpakaian sempurna. Selain tu, mereka juga tak akan teragak-agak nak dekati anak-anak kecil khususnya kat media sosial macam Facebook.

“Ada pedofilia hanya menyimpan gambar bagi memenuhi keperluan nafsu, pada masa sama mempunyai kecenderungan melakukan jenayah seksual,”- Siti Fatimah Abdul Ghani, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 6 September 2019.

Kanak Imej Simpan Pedofil
Via Foreign Policy

Namun jangan silap ye; tak semua pedofilia tu orang jahat yang suka cabul kanak-kanak. Ni pun dipersetujui oleh Siti Fatimah, sebab ada yang masih boleh kawal lagi keinginan mereka kerana sedar betapa bahayanya kecenderungan nafsu tersebut terhadap perkembangan anak-anak.

Selain pedofilia, ada lagi kecenderungan nafsu lain dengan budak bawah 18 tahun…

Kami dah sebut pasal pedofilia, sekarang ni kami nak cerita sikit pasal kecenderungan nafsu kat budak-budak. Ramai orang silap takrif bahawa golongan pedofil je suka anak-anak kecil. Sebenarnya ada tiga istilah kami dah sebut awal tadi, iaitu infantophilia, hebephiles dan ephebophiles.

Via Giphy

Dr. Jesse Bering, seorang Profesor Madya di Universiti Otago, New Zealand cuba pisahkan istilah-istilah ni supaya masyarakat awam faham. Katanya, hebephile ni adalah istilah untuk orang yang suka remaja yang dah nak baligh iaitu sekitar 11-14 tahun. Ephebophile pula untuk orang yang suka remaja yang dahpun cecah umur baligh iaitu 15-16 tahun manakala infantophilia ni sub-kategori untuk sesiapa yang rasa ghairah tengok bayi.

Fuh banyak betul istilah baharu diperkenalkan masa ni… tapi yang orang kenal adalah pedofilia je. Kini korang pun dah tau yang kecenderungan nafsu kat bayi hinggalah remaja ni tak boleh ditunding kepada kelompok pedofil semata-mata. Mungkin kita pun kena bina satu lagi senarai rekod untuk pesalah-pesalah seksual selain dari pedofil.

Tarik perhatian remaja yang masih nakal cuba benda baharu…

Dalam zaman media sosial ni, platform media sosial gergasi macam Facebook dan Instagram pun dah cuba ketatkan syarat agar anak-anak di bawah 18 tahun. Umur minimum untuk daftar akaun media sosial biasanya adalah 13 tahun, dan usaha ni disokong seluruh dunia termasuklah kami. Namun tanpa usaha dari pihak pengguna tu sendiri, macam mana nak lindungi anak-anak kecil ni kan?

Via Giphy

Golongan pedofil biasanya ‘pancing’ anak-anak kecil gunakan media sosial termasuklah platform komunikasi sosial seperti WeChat. Taktik child grooming ni memang meluas digunakan seluruh dunia, dan lebih bahaya kerana secara tak langsung, unsur-unsur pujukan halus ni seolah buatkan si mangsa tak rasa pelik bila berhubungan intim dengan golongan yang lebih tua dari mereka.

Proses child grooming para pelaku pedofil ni berlaku senyap dan rahsia sangat, jadi kami rasa agak penting untuk para ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga perhatikan betul-betul kalau ada perubahan sikap kat anak-anak korang. Kat Malaysia ni, kita tak boleh lagi kata ni isu terpencil.

Kanak Pedofil Gula Culik
Via iTechScript

Kami pendekkan kepada empat fasa dari Psychology Today.com:

  1. Pencarian mangsa :- para pelaku akan rajinkan diri cari mangsa menerusi pelbagai cara, tapi yang paling mudah mestilah dari media sosial. Mereka akan pilih kriteria luaran macam penampilan wajah dan badan mereka manakala untuk kriteria dalaman, mereka nakkan remaja yang laparkan perhatian dan kurang keyakinan diri.
  2. Pisahkan mangsa dari keluarga terdekat :- para pelaku akan perlahan-lahan pisahkan mangsa tu dengan ibu bapa dan ahli keluarga terdekat supaya mangsa tu mulai percayakan si pelaku pedofil berbanding ibu bapanya sendiri.
  3. Dapatkan kepercayaan sepenuhnya :- selesai buat mangsa tu bencikan ibu bapanya, para pelaku ni akan cuba yakinkan mangsa tersebut bahawa hubungan mereka amat istimewa dan rahsia. Jadi apa-apa yang berlaku, tak boleh dibocorkan dengan sesiapapun.
  4. Mangsa dah terbiasa :- tanpa pengetahuan sesiapa pun, pelaku tu ambil kesempatan kat mangsa. Kerana mangsa pun dah terbiasa dan pelaku tersebut tak takut lagi nak buat apa-apa kat mangsa, apatah lagi nak takut mangsa tu laporkan pelaku tersebut kat sesiapa.

Tak senang nak sabit hal jenayah seksual kanak-kanak…

Kita kena lebih bersungguh dalam usaha nak kekang isu ni hingga ke peringkat tertinggi iaitu dalam sudut perundangan. Baru-baru ni, Datuk Liew Vui Keong jawab soalan Dato’ Sri Azalina Othman Said pasal cabaran pihak pendakwa raya dan hakim nak kendalikan kes sebegini.

Selain memerlukan kesabaran dan kepakaran yang tinggi untuk kendalikan kes jenayah seksual dengan saksi kanak-kanak, kadangkala penceritaan mereka pun boleh berubah-ubah dan tak jelas keterangan mereka. Daya ingatan mereka pun terbatas pada keupayaan usia mereka, khususnya yang belum pun cecah umur belasan tahun.

Kita pun ada beri ruang untuk rakaman video keterangan kanak-kanak, namun peralatan pula bermasalah. Dalam beberapa kes, penemubualnya lebih fokus nak bagi soalan memimpin (leading question). Hal ni buatkan video tersebut ditolak oleh mahkamah.

Via Giphy

Belum masuk lagi bab keluarga sendiri tak nak bagi kerjasama, lantaran pelakunya tu seseorang yang dikenali ataupun rapat secara pertalian darah dengan mangsa. Tambah lagi, wujud gangguan dan tekanan dari pihak keluarga yang lain untuk tarik balik kes itu serta berlakunya penyelesaian luar mahkamah seperti pembayaran pampasan dan perkhawinan dengan pelaku tersebut.

Kena usaha berterusan untuk banteras isu tersebut…

Dahlah nak buktikan pun kena telus dan perlukan bukti kukuh, ia disukarkan lagi dengan mentaliti masyarakat kita yang lebih peduli ‘maruah keluarga’ berbanding laksanakan keadilan untuk para pelaku jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Via Giphy

Kerjasama seluruh peringkat masyarakat bermula dari ibu bapa yang sedar hinggalah kepada kepala kerajaan yang perlu ambil serius perihal isu ni. Anak-anak kecil ni akan jadi generasi pemimpin kita nanti, dan harus kita persiapkan mereka dengan perkembangan minda yang lebih baik serta selamat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top