Kanak-kanak ni dihalau pergi saf belakang, apa HUKUMNYA?!

S1

Masjid dan kanak-kanak seperti dua benda yang saling bertentangan. Kalau korang perasan, setiap kali ada kanak-kanak yang datang nak solat berjemaah, mesti akan ada ‘orang tua’ yang tak senang. Kalau kanak-kanak tu datang bersama penjaga, mungkin ‘orang tua’ tadi tak berani nak halau. Tapi kalau budak tu datang seorang atau geng-geng dia, kebarangkalian besar dia akan kena halau.

Via Giphy

Benda-benda macam ni buatkan banyak kanak-kanak menyampah nak pergi masjid, sebab dapat layanan yang buruk daripada orang-orang tua. Sebabnya orang-orang tua selalu fikir kanak-kanak datang masjid nak main je, bukan nak solat pun…

Oleh sebab dihalau ke saf belakang, kanak-kanak ni tulis surat sebab tak puas hati…

Tak puas hati dihalau solat ke saf belakang, seorang kanak-kanak tulis surat kepada ahli jawatankuasa (AJK) sebuah masjid dan persoalkan haknya untuk tunaikan ibadat di barisan paling hadapan. Surat protes tu ditulis oleh “Nadzrul Zarfan bin Shahrul Azly bin Kasim bin Mat” menyatakan takde hukum dalam agama larang kanak-kanak tunaikan solat kat saf depan.

S2
Via MSN

“Saya ingin bertanya, adakah hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat? Mesti tak ada kan. Kenapa semalam tok pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk di saf nombor tiga?” – Nadzrul Zarfan, seperti yang dilaporkan Projek MM

Nadzrul juga persoalkan tindakan “tok pengerusi” surau yang sering menghalau kanak-kanak ke saf belakang tanpa bertanya sama ada diorang dah berkhatan atau belum. Sering bersolat tanpa bermain-main, dia sewaktu berada kat Mekah dan Madinah tak pernah dimarahi mahupun dihalau kerana duduk di depan Kaabah.

S1
Via Utusan

Dia menambah – saya tidak setuju budak kecil kena duduk belakang sewaktu solat. Budak kecil juga ada hak untuk duduk depan.

Kami rasa keberanian budak ni patut dipuji, sebab benda macam ni memang berlaku pun kat dalam masyarakat kita. Kanak-kanak selalu je dihalau, padahal diorang datang awal kot nak dapat saf pertama. Tiba-tiba datang orang-orang tua yang lambat sampai; ambik tempat diorang dengan alasan diorang ni masih kanak-kanak.

Mufti Wilayah sokong tindakan budak ni, siap nak bagi hadiah…

Mufti Wilayah Persekutuan puji tindakan yang dilakukan oleh adik Nadzrul ni. Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kata; tindakan kanak-kanak tu untuk solat di saf hadapan adalah sesuatu yang baik kerana dapat pelajari cara solat yang betul daripada jemaah dewasa.

Menurutnya, dakwaan mengatakan saf akan ‘terputus’ jika ada kanak-kanak antara jemaah dewasa juga tak tepat kerana ia tidak pernah diutarakan oleh ulama.

Kata Mufti Wilayah tu – Pakcik ada baca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau.

“Tak (tidak) salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama yang kata begitu,” Mufti Wilayah, katanya dalam hantaran di laman Facebook

Zulkifli turut berikan beberapa cadangan kepada mereka yang bawa anak kecil ke surau atau masjid supaya solat di hujung saf kat tepi dinding dengan kedudukan anak di hujung sekali. Cuma, bagi ibu bapa yang ada anak kecil yang susah dikawal sebaiknya tak dibawa ke masjid agar tak ganggu jemaah lain.

S1
Via BeautifulNara

Kalau kanak-kanak tu mampu berdikari, letakkan kat saf kanak-kanak. Tapi kanak-kanak dah berada di saf pertama sejak awal, tak perlu halau diorang ke belakang. Awasi dan bimbing kanak-kanak di dalam saf agar mereka dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin disamping menasihatkan mereka jangan membuat bising. Ajar adab dan meraikan kehormatan masjid.

Mufti Wilayah siap ucapkan tahniah dan mendoakan Nadzrul sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Dia akhiri tulisan itu dengan kata – kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

Masjid perlu progresif, perlu sediakan banyak aktiviti untuk kanak-kanak

Masjid perlu progresif dalam hal-hal melibatkan kanak-kanak ni. Kalau tengok rumah ibadat lain – diorang siap ada kelas tambahan percuma, kelas muzik dan program-program untuk beri pengisian kepada golongan anak muda diorang. Masjid tak boleh jadi tempat lepak orang tua je, ia kena cari jalan untuk tarik lebih banyak anak muda datang ke masjid.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *