займ срочно

Pelbagai isu penduduk Ampang, nampaknya ramai dah ‘redha’ dengan dugaan…

F1
Pelbagai isu penduduk Ampang, nampaknya ramai dah ‘redha’ dengan dugaan…

Sejak akhir-akhir ini, masalah di Ampang semakin menonjol. Masalah kesesakan lalu lintas, jalan berlubang, pembangunan berbahaya dan masalah air. Bandar Ampang ada beberapa benda unik – ia dekat dengan alam semula jadi, walaupun keindahan alam tu semakin rakus dirompak. Ia juga sebuah bandar besar berhampiran dengan ‘Golden Triangle’ dan ada makanan yang sedap-sedap. Korang pernah tak lepak Ampang?

Penduduk dekat Ampang dah sampai level ‘redha’ dengan semua dugaan ini…

Bandar ni ada sejarah yang menarik, ada banyak sejarah semasa era perlombongan bijih timah pada tahun 1900-an diikuti oleh industri getah. Bandar ni tempat untuk beberapa kedutaan negara-negara luar. Barisan rumah kedai di Pekan Ampang kekal bertahan, tak luput ditelan masa. Kalaulah dinding tu boleh bercakap, mesti dia boleh dapat kongsi kisah-kisah masa lalu.

Apabila masuk ke tahun 2020, penduduk Ampang kata diorang dah bosan dengan pelbagai masalah yang berterusan, macam takde usaha nak selesaikan. Oleh sebab dah rasa bosan dan muak, diorang pun redha dah hidup dalam keadaan ‘dunia ketiga’ tu. Penduduk Ampang dah bosan dengan masalah air yang menimpa. Air ni benda basic, kalau takde air – memang rasa hidup ni rimas dan sukar.

Beberapa hari lepas keadaan jadi lebih teruk apabila Air Selangor beritahu ada paip-paip yang pecah menyebabkan masalah bekalan air berlaku – dari Taman Sri Ukay ke Kampung Tasik Permai.

S1
Paip pecah akibat pembinaan. Via Berita Harian

Air Selangor, yang sebelum ini dikenali sebagai Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), telah habiskan banyak tenaga untuk baiki paip lama selama bertahun-tahun. Malangnya, disebabkan kerja-kerja pembinaan ada paip-paip ini yang pecah. Akhirnya siapa yang merana? Rakyat jugak.

Ramai yang persoalkan, mana perginya suara yang sepatutnya mewakili mereka?

Air Selangor dikritik sebab tak bertanggungjawab dan respons yang perlahan dalam memenuhi tuntutan penduduk, seperti yang ditunjukkan dalam siri tweet @1Ampang. Pengguna di kawasan tertentu kata belum ada tangki air yang kelihatan. Air ni selain nak minum, kita nak gunakan untuk bersihkan diri – kalau air takde, memang ‘mandi peluh’ kita dibuatnya.

Potongan air juga menyebabkan perniagaan dan gerai makan ditutup. Benda ni lebih buruk apabila ia berlaku pada musim perayaan, baru-baru ni masyarakat Cina merayakan Chap Goh Mei. Rugilah peniaga-peniaga ni apabila terpaksa tutup kedai.

Penduduk harus dimaklumkan dengan baik dan terutamanya mereka yang memuat turun aplikasi mudah alih. Walaupun ada segelintir orang di Ampang hanya gunakan telefon untuk buat panggilan, hantar SMS, ia tak boleh dijadikan alasan untuk tak salurkan maklumat kepada orang-orang yang ada aplikasi ni.

S2
Via Astro Awani

Elina A, dari Ampang Jaya, dalam artikelnya yang diterbitkan di New Straits Times bulan lepas, menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan jalan raya yang buruk, banyak jalan berlubang dan lampu jalan dan lampu isyarat yang tak berfungsi.

Elina bertanya: “Apakah yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya? Di manakah wang cukai kita akan pergi? Di manakah wakil rakyat? Adakah Ahli Parlimen kami bercakap mengenai kebimbangan orang ramai?”

Marah ni! Via Giphy

Sampah sering dilihat di kawasan seperti Taman Watan, Bandar Baru Ampang, Pandan Indah, Taman Kosas dan Lembah Jaya. Pembangunan yang terlalu pesat tu membimbangkan. Kaedah beberapa projek lebuh raya diuruskan menyebabkan ramai penduduk tertanya-tanya; adakah keselamatan mereka telah dipertimbangkan?

Masalahnya, pihak berkuasa selalunya hanya akan ambil tindakan kalau benda tu dah tular

Dengan hanya berjalan di sepanjang pembinaan besar-besaran kat sekitar Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lembah Klang Timur (EKVE) – kita dapat tengok takde laluan pejalan kaki yang disediakan dan jalan-jalan yang rosak teruk.

Seolah-olah takde usaha untuk kurangkan bilangan kenderaan dan tingkatkan rangkaian pengangkutan awam. Membina lebih 10 lebuh raya tak akan bantu menyelesaikan masalah lalu lintas sebab jalan raya ni seolah-olah jadi penyelesaian jangka pendek je.

Menerusi Twitter @1Ampang, ia menonjolkan banyak masalah disebabkan kerja-kerja pembinaan tu. Dan lebih menghairankan tindakan nampaknya hanya diambil apabila sesuatu perkara tular di media sosial. Majlis Perbandaran Ampang Jaya – nampaknya tak proaktif dalam menangani kebimbangan tu. Semakin ramai yang ragu dengan keupayaan diorang.

Ironinya, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang jadi Ahli Parlimen Ampang dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, kata Ampang boleh diisytiharkan sebuah bandar raya tahun ni. Pemotongan air di Ampang kini menimbulkan masalah untuk Zuraida, walaupun untuk berlaku adil, benda ni di luar kawalan Zuraida.

Ipoh
Zuraida. Via NST

Cuma selaku ahli Parlimen, dia boleh bantu mengawal jalan-jalan yang rosak dan pembinaan yang keterlaluan sehingga menyusahkan rakyat. Kebajikan mereka yang memilihnya harus jadi keutamaan Zuraida sebab diorang akan tentukan sampai bila dia akan jadi ahli Parlimen.

Inilah masanya untuk Zuraida bertindak, buktikan dia boleh jadi ahli Parlimen yang baik

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk Zuraida bertindak, sebab dengan pelbagai isu politik yang melanda dirinya – dia kena buktikan dia bukan setakat tahu main politik, tapi mampu melakukan kerja dengan baik sebagai ahli Parlimen. Dia harus ingat, rakyat pada hari ini tidak lagi segan dan silu untuk menukar kerajaan – apalah sangat nak tukar ahli Parlimen?

Artikel ini diterjemahkan dan disunting dari artikel AMPANG ‘CITY’ IN A MESS BUT NO ONE’S BOTHERED terbitan TwentyTwo13.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top