160 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim saman kerajaan, ada yang saman 5 juta

160 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim saman kerajaan, ada yang saman 5 juta

Sekitar Mac tahun ni, kita digemparkan dengan insiden pencemaran yang berlaku kat Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. Jarang sebenarnya kita dapat melihat pencemaran yang libatkan ramai orang terkesan dengan teruk. Kami masih ingat lagi – ada video yang memaparkan seorang mangsa yang ‘keracunan’ akibat pencemaran yang berlaku, seram kami tengok.

Via NST

Syukurlah masalah kat Sungai Kim Kim ni dah berjaya diselesaikan. Tapi, walaupun dah diselesaikan, ada kumpulan penduduk yang nak ambil tindakan nak saman pihak berkuasa disebabkan kes ni.

Seramai 160 mangsa ambik keputusan untuk saman pihak berkuasa pada 17 Julai ni…

Dilaporkan seramai 160 mangsa nak menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa kerana katanya gagal dalam mengawal pencemaran kat Sungai Kim Kim hari tu.  Tuntutan saman tu melibatkan dua kumpulan plaintif iaitu kumpulan pelajar dari SMK Pasir Putih dan SMK Tanjung Puteri Resort dengan 36 pelajar, 120 nelayan dan enam orang awam.

Sidang media diorang. Via Astro Awani

Peguam yang mewakili Jawatankuasa Bertindak mangsa dan keluarga gas toksik Sungai Kim Kim, Kamarudin Ahmad kata; ganti rugi tu melibatkan ganti rugi khas sebanyak RM4,000-RM5,000 seorang serta ganti rugi am yang bakal ditentukan oleh pihak mahkamah. Saman tu difailkan melalui Kamarudin & Partners akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 17 Julai ni.

Ada juga yang tanya, apasal diorang baru nak saman sedangkan benda ni terjadi bulan Mac hari tu. Ini jawapan yang lawyer tu bagi;

“Mengumpul dokumen dan laporan hospital serta mencari mangsa memakan masa. Mangsa tak datang beramai-ramai; pihak jawatankuasa bertindak perlu jumpa mereka di hospital atau di sekolah. Sebagai pihak peguam, kita mengambil masa untuk melihat legal approach. Ini bukan perkara yang mudah dan belum pernah berlaku di negara ini, jadi kita perlu ambil masa untuk melakukan kaedah yang terbaik,” – Peguam yang mewakili penduduk, dipetik dari Astro Awani

Menurut wakil peguam penduduk ni, seramai 11 defendan akan dipanggil dalam tuntutan saman ini termasuk Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri Johor, Exco Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPS) dan syarikat terlibat.

Bagi yang dah lupa, pencemaran kimia kat Sungai Kim Kim pada Mac lalu menjejaskan 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah dan menyebabkan 111 buah sekolah di kawasan Pasir Gudang diarahkan tutup buat sementara waktu. Keseluruhannya, 900 tan tanah tercemar bersama selut dan 1,500 tan air tercemar daripada dasar sungai itu dikumpul sebelum dilupuskan oleh kontraktor dilantik kerajaan.

Salah seorang mangsa yang ramai-ramai tu adalah seorang kanak-kanak yang nak saman 5 juta…

Dalam ramai-ramai orang yang nak saman tu, ada seorang mangsa yang menghidap myokymia dipercayai akibat pencemaran Sungai Kim Kim, dapat perhatian yang meluas daripada media.  Mangsa tu adalah Irfan Wafiy Idham Wazir, 12 tahun, yang didakwa tak pernah alami penyakit tu sebelum insiden pencemaran bahan kimia kat Sungai Kim Kim.

Irfan. Via Berita Harian

Kamarudin Ahmad, peguam yang jadi wakil budak tu kata, saman yang difailkan adalah melibatkan tuntutan ganti rugi atas keadaan kesihatan dialami murid darjah enam tu bernilai RM5 juta.

“Kita ada laporan pakar perubatan yang telah lakukan pemeriksaan electromyographic (EMG) ke atas Irfan. Keputusan ini juga menunjukkan Irfan menghidap myokymia. Pakar perubatan juga percaya keadaan myokymia Irfan ini adalah berpunca akibat terdedah kepada kimia toksik semasa insiden Sungai Kim Kim,” – Kamarudin, katanya pada sidang media di Kompleks Pasir Gudang, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Menarik. Via Giphy

Kamarudin turut menambah yang pihaknya juga ada laporan yang menyatakan ada kandungan toksik dikesan kat sungai berkenaan boleh menjadi pencetus kepada masalah kesihatan dialami Irfan. Antara kimia toksik terlibat dengan Sungai Kim Kim adalah akronitril, acrolein, sianida, methane, xlene, ethylbenzene dan hidogen klorida. Selain itu, terdapat juga kimia toulene yang mana ada kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyakit myokymia ini.

Benda ni rumit, nak salahkan kerajaan pun susah jugak, sebab…

Sebenarnya kes pencemaran kat Sungai Kim Kim ni agak rumit, sebab sampai hari ni syarikat-syarikat yang bertanggungjawab perdajjalkan sungai tu masih lagi tak dikenali ramai. Patutnya diorang ni lah yang kena disaman kaw-kaw, sebab asyik fikir nak untung sampai alam tercemar.

Lagi satu, tempat tu ada banyak kilang, dan untuk cari orang yang betul-betul bertanggungjawab memang susah gila. Kalau nak sembang bab kelulusan dari kerajaan pulak, mesti benda ni dah diluluskan dari kerajaan terdahulukan? Ahhh, peninglah. Apa-apa pun, kita mestilah selalu menjaga alam, jangan nanti alam mengamuk barulah kita terpinga-pinga mencari jawapan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print