Macam mana sebenarnya Israel ni boleh kawal Amerika Syarikat? Kami bincangkan…

F1

Pernah tak korang terfikir, bagaimanalah Israel boleh kawal Amerika Syarikat untuk terus ikut telunjuk diorang ye? Baru-baru ni, kami dah ulas pasal Deal of the Century (DOTC) dan kenapa kita kena tolak DOTC tu. Nama je gah, tapi sebenarnya, ia tetap menangkan Israel jugak. Kami pun ada tulis pasal kes Israel pun pernah tolak atlet sukan kita, dan pasal PM Perancis naik angin dengan Israel. Kali ni, kami nak cerita sikit pasal bagaimana Amerika boleh sayang sangat dengan Israel ni…

America Love Israel
Via Ynetnews

Israel terbina untuk jaga dasar kepentingan Amerika dan British je…

Kita kena imbau semula apa yang jadi ketika Deklarasi Balfour pada 1917 tu berlangsung. Sebelum tu, memang wujud dah gerakan Zionis yang nakkan kawasan dan negara sendiri lepas beratus tahun lamanya kena halau dari negara orang. Bila orang British ni mulai berkawan dengan orang-orang Zionis ni, mereka pun dah terpujuk nak beri je kawasan Palestin tu kat orang Yahudi Zionis.

Deklarasi Balfour
Nak jugak tunjuk hero…Via Forward

Antara pemimpin yang disegani dalam gerakan tersebut adalah Lionel Rothschild. Dia ni boleh dikatakan sebagai tokoh intelektual berketurunan Yahudi di Britain dan merupakan orang yang berpengaruh jugak masa tu. Sebab tulah, pujukannya kepada pemimpin politik Britain untuk memberikan mereka tanah sendiri turut digunakan sebagai salah satu cara nak kekalkan kepentingan British di Asia Barat.

Perdana Menteri David Lloyd George jugak menyokong kuat gerakan Zionisme, dan ni dipersetujui oleh Sir Ronald Graham, ketua Jabatan Hal Ehwal Luar ketika tu untuk memberikan kawasan Palestin tu kepada gerakan Zionis tersebut. Ye lah, Yahudi Zionis ni tak rasa pun diri mereka sebahagian dari British, buat apa nak simpan kat negara sendiri? Dah macam kes Brexit lah ni.

David Lloyd
David L. George. PM British (1916-1922). Via The Conversation

Masa tu pun, Amerika Syarikat sokong jugak sebab mereka pun tau jugak bahawa gerakan Zionis ni dianggotai oleh orang-orang kaya dan berkepentingan dalam industri. Pada pandangan mereka, kalau tuntutan nak tanah untuk dijadikan ‘rumah’ kepada gerakan Zionis ni berhasil, maka Amerika dan British boleh jaga kepentingan mereka di Asia Barat.

Lagipun, para anggota gerakan Zionis jugak orang-orang pintar dan dilihat bertamadun. Tak macam orang Arab; bagi British dulu, orang Arab khususnya di Palestin ni tak bertamadun, tak bijak sebab mereka kan hanya terdiri dari kaum penternak dan petani je. Sebab tu British tak pedulikan sangat apa komen orang Arab, walaupun jelas wujud penentangan orang tempatan di sana.

Boikot Israel
Boikot Israel! Via Wall Street Journal

Amerika jadi rumah kedua pro-Israel, sistem demokrasi Amerika diganggu…

Ironi jugaklah bila kita fikir balik, Amerika selalu kata merekalah negara yang paling baik untuk dicontohi dalam soal demokrasi. Rupa-rupanya, gerakan pro-Zionis pun selalu jugak campur tangan dalam pembuatan keputusan dan polisi negaranya. Kata je demokrasi, tapi takdelah ikut kepentingan rakyat sangat…

Sejak peristiwa Holocaust, ramai yang mulai simpati dengan gerakan pro-Zionis dan mereka dah mula sokong pembinaan negara Israel. Sebab tulah, antara alasan yang dihujahkan untuk mereka yang menentang Israel adalah mereka yang bencikan Yahudi pulak lantaran Yahudi ni ada kaitan dengan Zionisme dan Israel.

Schindler's List
Holocaust, peristiwa gelap manusia. Via Time

Untuk pengetahuan korang, Zionisme ni wujud sebagai ideologi je. Kemudian bila dah sampai masuk proses pembinaan bangsanya sendiri, ia boleh disifatkan sebagai ideologi politik dah. Sebab tulah pemimpin Amerika tak berapa nak kisah sangat, kerana kepelbagaian ideologi politik ni normal. Tengok nama parti-parti politik kat sana: liberal demokrat, republik, demokrat… ni semua memang istilah berkaitan dengan ideologi politik.

Dalam usaha kempen presiden Harry Truman (1945-1953) dulu, gerakan pelobi pro-Israel banyak tolong dari segi nak kumpul sokongan pengundi warga pro-Zionis dan kewangan. Harry Truman pun tak boleh buat apa sangat dah sebab dah banyak terhutang budi dengan para pengundi pro-Zionis, tapi memilih untuk tinggal di Amerika berbanding di Israel. Zaman ni, masih lagi zaman American Dreams gitu… tak banyak halangan untuk mereka yang nak berhijrah ke Amerika Syarikat.

Deklarasi Truman Pro Israel
Satu lagi kesilapan besar Amerika dulu…Via firstonethrough.wordpress.com

Antara tokoh pro-Zionis yang terkenal dalam usaha mengumpul dan menyebarkan fahaman Zionisme ni adalah I.L Kenen. Lepas kemenangan Harry Truman, gerakan pro-Zionis ni lebih rancak melobi dan memujuk para wakil rakyat untuk mengundi serta membuat polisi dan dasar luar yang cenderung kepada Israel. Masa tu, Israel amat kuat kerana dibelakangi oleh Amerika Syarikat dari segi bantuan kewangan dan ketenteraan.

Trump Aipac 2020
Trump dan Truman ni lebih kurang je lah…Via NBC News

Pembentukan lebih banyak gerakan pro-Israel wujud jugak, dan salah satu organisasi tertua adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC ni bertanggungjawab ‘mengesyorkan’ dasar dan polisi yang patut pihak Amerika sokong agar Israel menjadi lebih kukuh sebagai ‘rakan sekutu’ di Asia Barat. Kalau diikutkan, tak ramai orang Arab sokong Amerika ni sebenarnya. Namun dengan adanya Israel, Amerika masih berkuasa ke atas geopolitik rantau tersebut.

Malaysia dikritik kerana konsisten tolak Israel, dikatakan takde asas…

Ketika kita kritik Israel, ada pulak kata kita ni tolak Israel sebab kita ni anti-Yahudi. Misalnya, dalam satu artikel yang ditulis oleh Shira Loewenberg, dia hairan kenapalah kita begitu obses nak tolak Israel dan kaitkan penolakan kita tu berakar dari sentimen anti-Yahudi. Hujahnya memetik sebuah hantaran blog dari Dr. Mahathir pada 2012 (tapi dah dipadam oleh pihak Dr. Mahathir) bahawa ‘Yahudi ni kuasai dunia dengan gunakan proksi’.

Kami pula konsisten menegaskan bahawa tak semua Yahudi tu pro-Zionis, jadi penolakan kita terhadap Israel tak bermakna kita tolak Yahudi; kita hanya menolak polisi-polisi Israel yang menafikan hak rakyat Palestin untuk hidup dengan selamat. Mereka pun gagal menjamin kesejahteraan dan kestabilan hidup wilayah Palestin, jadi buat apa kita nak sokong pulak macam apa yang Amerika buat, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *