Ini detik Lao Wu, anjing pengesan polis mengejar penjenayah sehingga tertangkap

F1
Ini detik Lao Wu, anjing pengesan polis mengejar penjenayah sehingga tertangkap

Oi, anjing! Membesar sebagai rakyat Malaysia perkataan ‘menganjingkan’ orang ni mesti kita pernah  dengar. Biasalah, selalunya kalau lepak – lepas tu ada yang marah, dia akan samakan member dia tu dengan binatang. Selalunya kalau bukan haiwan warna pink, anjinglah yang kena. Kalau anjing ni boleh cakap, mesti dia dah kata – jangan samakan aku dengan manusia!

Anjing ada kelebihannya yang tersendiri, salah satunya anjing ada deria bau yang tajam. Atas sebab tu anjing boleh digunakan untuk bantu polis kesan penjenayah.

Ada yang masih fikir anjing-anjing yang digunakan polis ni bertujuan untuk takutkan orang…

Apabila kami sebut anjing polis, ada yang akan terbayang anjing yang bertubuh besar yang digunakan untuk takutkan orang. Sebab selalunya anjing ni akan digunakan untuk takutkan orang, sebab tu diorang selalu dibiarkan lepak di dalam pagar rumah. Anjing-anjing polis ni dah dilatih untuk menggunakan deria bau bagi tujuan mengesan penjenayah.

Bagi mereka yang tak tahu, unit polis yang kendalikan anjing pengesan ni dinamakan Unit K9 Polis Diraja Malaysia.

Ada macam-macam baka anjing yang digunakan dalam unit ni, termasuklah; German Shepherd, Belgium Shepherd, Labrador, Border Collie dan Weimaraner yang ditempatkan di seluruh negara bagi membantu polis menangkap penjenayah. Sebenarnya, sumbangan anjing-anjing ni banyak, cuma kita je yang mungkin tak berapa nak tahu.

Contohnya, pada tahun 2016; seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia dapat pingat ‘Jasamu Dikenang’ susulan kejayaan menangkap ahli kumpulan Geng Kapak pada 16 November tahun 2015.

S1
Murat. Via Berita Harian

Anjing bernama Murat dari K9 Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat tu diberikan pingat dari Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Anjing dari unit K9 di Pahang jadi anjing pertama terima anugerah ‘Jasamu Dikenang’

Hari ni pulak, tular cerita seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) cipta sejarah sebagai anjing pertama menerima pingat ‘Jasamu Dikenang’ bagi Kontinjen Polis Pahang.

Anjing bernama Lao Wu, terima pingat tu dari Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan, yang disampaikan oleh Timbalannya, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, ketika Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pahang, semalam.

S1
Dah macam pingat Olimpik. Via Bernama

Mohd Yusri Hassan sampaikan pingat tu kepada pengendali Lao Wu, Sarjan S Sanmugam, yang kemudian mengalungkan pingat itu pada leher Lao Wu.

Sanmugam kata, Lao Wu yang berusia lima tahun lapan bulan, terima penghargaan tu atas kejayaannya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut, pada 14 November tahun lepas.

Sebenarnya polis dah tembak suspek di bahagian kaki ketika dia cuba melarikan diri semasa operasi Lejang di kawasan itu.

Diorang mulakan operasi mengesan suspek yang cedera tu mulai jam 1.45 pagi dan 50 meter dari tempat bermula, Lao Wu menemui baju-T berlumuran darah yang dipercayai ditinggalkan suspek selepas mengelap darah pada kakinya.

“Lao Wu begitu bersemangat mengesan suspek sehinggakan saya di belakangnya terjatuh dua kali akibat tersandung ekoran persekitaran yang gelap dan tanah tidak rata sebelum kami sampai di sebuah rumah dalam ladang. Pemilik rumah mengatakan ada seorang lelaki datang meminta bantuan kerana ditembak, namun telah melarikan diri apabila dia mahu menghubungi polis,” – Sarjan S Sanmugam, seperti yang dilaporkan BERNAMA

Sanmugam kata, Lao Wu kemudiannya bawak diorang kembali ke ladang kelapa sawit sehingga jumpa sungai sekitar jam 4 pagi dan tindakan Lao Wu nak meredah sungai tu sebabkan diorang percaya suspek dah berada di seberang sungai.

Via Giphy

Apabila operasi bersambung pada jam 6 pagi di seberang sungai, polis menemukan tompokan darah berhampiran sungai tu, selain anjing tu beberapa kali keluar dari ladang untuk ke jalan berhampiran sebelum kembali semula ke ladang.

Lao Wu terus memandu arah polis ke sebuah rumah dan akhirnya suspek berjaya ditemui di belakang rumah sekitar jam 10.45 pagi dalam keadaan lemah dan merayu supaya saya tidak melepaskan anjing sebaik sahaja melihat kelibat Lao Wu. Suspek mengakui ada beberapa kali ke jalan raya kerana menunggu rakannya datang menjemput namun terpaksa masuk semula ke ladang kerana rakannya belum tiba.

Anjing ni simple, kalau suka dia sayang, kalau tak suka dia macam nak makan…

Kadang-kadang kita lupa jasa-jasa ‘anjing’ dalam membantu pihak polis mencari penjenayah. Haiwan ni – apabila ia dah beri kepercayaan kepada manusia, mereka sanggup untuk korbankan nyawa weh. Kami teringat satu kata-kata tu; semakin aku mengenali manusia, semakin aku menyukai anjing. Sebabnya anjing ni tak munafik – kalau dia suka orang tu memang diorang akan bermanja, tapi kalau dia tak suka – memang macam nak makan orang…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top