Hebatnya Jepun bina rumah tahan banjir, guna empat prinsip mudah

rumah anti banjir
Hebatnya Jepun bina rumah tahan banjir, guna empat prinsip mudah

Susulan banjir yang dah saban tahun berlaku (dan ni semua ‘angkara hujan’, ehem), ramai yang memetik Jepun sebagai negara yang harus kita pelajari bagaimana diorang bina struktur tahan bencana alam. Jepun ni macam-macam dah kena, daripada gempa bumi… banjir dan ribut taufan… namun kecekapan dan keberkesanan diorang selalu jadi bahan cemburu warga seluruh dunia apabila diorang terus dapat pulih semula selepas dibadai bencana alam. Oleh tu, kami nak kongsikan dengan korang tentang salah satu idea inovatif Jepun dalam membina rumah yang tahan banjir. Manalah tau, ada pihak pemaju yang sudi membina dan laksanakan empat prinsip bina rumah tu kat rumah-rumah yang cenderung dilanda banjir.

Sebuah syarikat yang kedepankan idea rumah tahan banjir, dinamakan ICHIJO Homes ni diasaskan awalnya di Jepun pada 1978. Diorang dah berkembang maju dan akhirnya membina pusat operasinya di New South Wales pada 2010 sehingga kini. Diorang cadangkan bina rumah tahan banjir, berpandukan empat prinsip ni.

idea konsep ichijo
Rekaan konsep rumah dari Ichijo.. -Via Ichijo

1. Nyahkan semua lokasi dimana air boleh masuk

Diringkaskan konsep ni sebagai inundation, diorang cadangkan mana-mana lubang atau lokasi lohong udara tu dipasangkan dengan injap terapung. Apabila banjir, lohong udara ni direka untuk ditutup dengan ketat bagi mengelakkan air masuk ke celah-celah rumah. Lepas air banjir dah mulai surut, lohong tu akan terbuka sebagaimana asalnya. Tambahan lagi, sebuah skrin besi tahan karat dimasukkan bagi mengelak sebarang kemasukan sisa yang mampu menghalang injap terapung tu daripada menutup mana-mana lohong udara yang air boleh masuk.

vent ichijo masuk air
Sesuai kot untuk pejabat atau kediaman yang biasanya ada benda ni.. -Via Ichijo

Satu cara lagi adalah ‘exterior wall sealing’, dimana ia boleh mengelakkan air menyusup masuk sementara wap air tu masih dapat dilepaskan ke luar. Perekay khusus jugak boleh digunakan untuk memastikan ruangan rumah tertutup daripada dimasuki air. Selain penggunaan perekat dinding, pintu jugak penting dalam cadangan mekanisme anti-banjir diorang.

Pintu patio di tingkat bawah direka supaya air tak masuk. Pintu tu, kalau ikut rekaan Ichijo Homes ni, diletakkan sekali bersama dinding. Pintu kaca dalam pelan rekaan diorang jugak ditebalkan 5 mm agar dapat menahan tekanan air setinggi 1 ton per kiub meter, dengan kedalaman air 1 meter. Dengan mengutamakan prinsip nyahkan semua lubang yang mungkin boleh dimasuki air, pintu rumah dapat menahan air banjir daripada memasuki rumah.

kaca pintu
Via Ichijo

2.  Aliran balik saluran kumbahan yang dapat elakkan sisa masuk semula ke rumah apabila banjir

Apabila ketinggian air semakin meningkat kerana banjir, sisa kumbahan boleh je masuk semula dari saluran tandas tu. Oleh demikian, syarikat Ichijo membangunkan sebuah injap penahan aliran balik (backflow prevention valve) supaya saluran kumbahan tu tertutup dengan sendirinya semasa banjir.

injap backflow
Rekaan diorang.. -Via Ichijo

Injap tu jugak mudah untuk diselenggarakan, jadi sesiapa pun termasuklah penghuni boleh buat sendiri tanpa perlu tunggu sebarang pihak nak datang tolong. Di Jepun, masalah kumbahan masuk semula ke dalam rumah kerapkali berlaku dan tentunya menyukarkan lagi tuan rumah nak bersihkan rumah sekiranya rumah diorang kena banjir.

3. Tinggikan beberapa mesin penting untuk kelangsungan hidup mangsa banjir

Pam dan injap yang dioperasikan menggunakan elektrik akan direka supaya ia lebih tinggi, dan boleh berfungsi walaupun dah separuh tenggelam. Selain tu, tangki air jugak dipasangkan sebagai bekalan air bersih ketika kecemasan. Pemasangan unit sistem Ichijo seperti unit pemanasan dan penyejukan jugak akan ditinggikan, termasuklah saluran bekalan kuasa agar tak terjejas semasa banjr.

ichijo aircon tinggi
Via Ichijo

Beberapa tambahan lain adalah seperti bateri bekalan kuasa jugak turut dipasang lebih tinggi. Bekalan kuasa, bekalan air serta tambahan unit penyejuk atau pemanas ni penting jugak. Mengingatkan kami pulak dengan perkongsian warganet baru-baru ni; ramai penduduk kat Taman Sri Muda terpaksa menahan sejuk akibat basah terkena air hujan dan banjir semasa berlindung di atas bumbung rumah. Kalau dewasa, mungkin tahan lah sikit… bagaimana dengan kanak-kanak dan bayi?

4. Unit rumah dibina supaya tak hanyut

Macam kes banjir baru-baru ni, banyak rumah hanyut dibawa air. Ni berlaku apabila pada ketinggian air tertentu, rumah dah mulai terapung dan akhirnya terpisah dari asas dasar rumah tersebut. Untuk mengelakkan hal demikian, Ichijo mereka unit rumah diorang agar tahan daya apungan dengan meletakkan berat pada strukturnya. Apabila paras air banjir dah sampai ke paras tertentu, air akan dibenarkan mengalir ke dalam lantai bawah, yang akhirnya berfungsi seperti  tangki balast Рmacam kapal selam.

tangki balast ichijo contoh
Konsep idea diorang.. -Via Ichijo

Kalau dah habis banjir… dah boleh keluarkan sisa air tu menerusi lubang kecil nanti. Namun begitu, ada jugak satu teknik lain yang dicadangkan Ichijo, iaitu rekaan sauhkan rumah tu macam kapal yang berlabuh. Idea ni sesuai untuk mana-mana kawasan rumah dimana impak banjir tu dijangkakan lebih besar.

Diorang pasangkan rantai yang bertindak seperti sauh agar bila rumah tu dah terapung, ia takkan hanyut. Manakala bila banjir tu dah surut, ia akan kembali ke tapak asalnya.

sauh ichijo
Via Ichijo

Dengan keempat-empat prinsip ni, Ichijo fokuskan pada keselamatan rumah dan kelangsungan penghuni di dalamnya semasa banjir. Diorang masih lagi tengah menguji keberkesanan rekaan-rekaan ni, tetapi cadangan ni benar-benar menarik hati kami untuk berkongsikannya. Ada jugak sesetengah cadangan ni sememangnya sesuai untuk keadaan rumah di Malaysia, namun terpulanglah kepada pihak pemaju, kerajaan dan penghuni rumah tu sendiri nak tambah sedikit rekaan tu pada rumah diorang.

Mungkin suatu hari nanti, rekaan ni dapat diimplementasikan sebagai salah satu cara nak cegah air banjir daripada memasuki rumah sekaligus mengurangkan kadar kerosakan pada rumah-rumah di Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top