Skandal tipu kemasukan ke kolej akhirnya terbongkar, ini kisahnya

skandal ricksinger1

Kalau kat Malaysia, jalan utama nak masuk ke kolej atau universiti biasanya ada dua iaitu melalui sistem UPU ataupun kena daftar terus ke kolej atau universiti yang dinakkan. Berbeza di Amerika Syarikat pulak, diorang biasanya perlu melalui beberapa siri ujian bagi melayakkan diorang masuk ke dalam kolej atau universiti ternama. Jalan paling mudah, bila korang direkomenkan atau korang ‘kenal’ orang-orang dalam bagi memudahkan seseorang pelajar tu terus diterima tanpa banyak soal.

Kali ni, kami nak kongsikan dengan korang mengenai kes skandal yang pernah hangat diperkatakan di Amerika Syarikat atas dua sebab. Pertama, ia terang-terangan ada unsur rasuah dalam semua peringkat. Kedua, kerana ada selebriti ternama terlibat sama.

ricksinger
Inilah Rick Singer… -Via Refinery29

Terbinanya syarikat ‘The Key’, jalankan skandal penipuan dengan dua cara

Keseluruhannya, 50 orang – 33 orang kaya dan ibu bapa yang ternama, dua pentadbir SAT dan ACT, sorang pemeriksa peperiksaan, 9 jurulatih sukan kolej dan sorang pentadbir kolej – dicekup dalam Operasi Varsity Blues pada 2019. Skandal ni boleh dikatakan satu ‘rantaian’ jugak untuk sebuah syarikat yang diasaskan oleh William ‘Rick’ Singer sejak 2011.

Rick Singer pada 2011 memulakan syarikatnya bernama ‘The Key’. Model perniagaaannya ni bermatlamatkan nak tolong orang masuk ke kolej elit. Secara luarannya, model macam ni dah biasa didengari dan masih lagi boleh dianggap sah kerana biasanya syarikat yang bantu ni menawarkan perkhidmatan untuk ajar mana-mana pelajar ni tentang bagaimana nak lulus ujian kemasukan kolej. Namun berbeza pulak dengan pendekatan ‘The Key’ ni. Diorang ni cuba ‘mudahkan’ para pelajar ni masuk dengan penipuan.

keyfoundationlogojpg
Logo The Key Foundation.. -Via Futureedu

Pertama sekali, diorang sengaja ajar para pelajar untuk menipu sehingga perlukan masa lebih dan ruang khusus bagi membolehkan pemeriksa yang diorang dah rasuah awal-awal dalam ujian kemasukan ACT dan SAT. Pemeriksa yang diorang dah bayar tu akan betulkan jawapan pelajar tersebut tanpa pengetahuan pelajar tu lepas diorang dah siap menjawab supaya markah tu dapat disesuaikan ikut keperluan nak lepas syarat kemasukan ke peringkat seterusnya.

Seterusnya, dalam langkah kedua pulak tu, Rick Singer ni merasuah pulak pengarah dan jurulatih sukan di kolej dengan ‘derma’ dan bayaran peribadi supaya pelajar yang diuruskan tu boleh masuk atas kapasiti sorang atlet. Oleh demikian, pengarah dan jurulatih sukan tu hanya perlu tulis surat rekomendasi je supaya pelajar tersebut boleh diterima atas kuota atlet. Tak datang latihan pun takpe, janji boleh lepas masuk ke dalam kolej ternama.

penipuan rick singer
Via Palo Alto Online

Ramai pelajar sebenarnya tak tau ibu bapa diorang yang bayar, ingatkan diorang memang layak

Kami jangkakan skandal ni dibiayai oleh pelajar tu sendiri, sebab ye lah, yang masuk tu pun para pelajar ni jugak. Rupanya, ibu bapa diorang yang sanggup bayar demi melayakkan anak diorang tu masuk ke kolej dan universiti ternama seperti Harvard. Ibu bapa diorang bayar daripada $200,000 hingga $6.5 juta untuk menjamin kemasukan ke dalam kolej dan universiti elit ni melalui bayaran ‘derma’ kepada tabung kebajikan Singer bernama Key Worldwide Foundation, yang akhirnya akan didermakan kepada program sukan atau ‘bank-in’ je kat jurulatih-jurulatih kolej ni.

skandal ricksinger
Via LA TImes

Hasilnya, Singer sendiri pun dapat sekurangnya 25 juta dolar melalui syarikatnya tu dari 2011 hingga 2019. Malah, ibu bapa Jared Kushner, bekas penasihat kanan Donald Trump Jr. pun ‘menderma’ ke dalam tabung kebajikan Singer bagi menjamin kemasukan anak diorang tu ke Harvard. Namun begitu, skim penipuan ni tak kekal lama hanya kerana ada sorang eksekutif kewangan bernama Morrie Tobin yang bocorkan rahsia Singer ni.

Morrie Tobin ni awalnya disiasat atas dakwaan kewangan lain, tetapi dia tawarkan maklumat skim penipuan ni supaya dia dapat pengurangan hukuman dari FBI. Maklumat tu akhirnya membawa diorang kepada skim penipuan Rick SInger, yang seterusnya dicekup pada September 2018. Rick Singer ni tak fikir banyak, dia tolong je FBI bongkarkan dan kumpul bukti mengenai sesiapa yang terlibat dalam skim tersebut agar hukumannya dapat dikurangkan.

Rick Singer mengaku bersalah, ramai selebriti dikenal pasti terlibat dalam skandal tersebut

Pendakwa raya berjaya membuktikan dia bersalah dengan beberapa rakaman yang berjaya dilakukan ketika Singer diarahkan untuk pakai alat perakam semasa mesyuarat atau pertemuan dengan para ‘penderma’ ni. Rick Singer turut mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan atas semua dakwaan. Kerjasama dan rayuan pengurangan hukuman akan dipertimbangkan apabila tarikh hukumannya dah berjalan nanti. Menurut CNN, dia berhadapan dengan hukuman maksimum penjara 65 tahun, 3 tahun pemantaun dan denda sebanyak $1.25 juta.

felicitylori
Dari kiri: Felicity Huffman dan Lori Loughlin

FBI mula menahan selebriti dan pelakon, Felicity Huffman, Lori Loughlin dan ramai lagi. Felicity mengaku bersalah, dan turut mengakui bahawa dia memang ada gunakan ‘perkhidmatan’ Rick Singer bagi memastikan anaknya dapat masuk ke kolej elit. Dia membayar $15,000 untuk ‘uruskan’ pendaftaran anaknya.

Anak kepada Lori Loughlin, Olivia Jade yang merupakan pempengaruh Youtube tampil menjelaskan hal sebenar. Rata-rata perkongsiannya, memang dia tak tau lah perkara tu berlaku.

Yang pasti, pembongkaran ni sedikit sebanyak memperlihatkan pada kita bahawa sistem kemasukan kat Amerika Syarikat ni banyak memihak kepada keluarga-keluarga kaya dan ternama. Meritokrasi yang sebelum ni dicanangkan sebenarnya hanya kepada sebahagian kecil je; itupun haruslah sorang yang memang mempunyai kapasiti intelek yang tinggi bagi membolehkan diorang masuk ke dalam kolej dan universiti elit ni.

Kami terfikir jugak, mungkin pada suatu masa dahulu.. universiti elit ni dikatakan melahirkan ramai intelektual dan tokoh ternama. Namun adakah pada masa kini, tekanan nak lahirkan lebih ramai tokoh ternama ni ada pada keupayaan dan keterampilan diri, ataupun sekadar bergantung kepada kemampuan keluarganya je?

Leave a Reply

Your email address will not be published.