ADUN Dengkil ditahan kerana positif dadah dan terlibat dengan parti liar?!

F1

Ketika kita sedang tidur lena semalam, muncul satu cerita sensasi yang mengatakan seorang ADUN dari Selangor dikatakan ditahan polis akibat terlibat dengan parti liar. Bagi sesiapa yang mungkin tak biasa dengar parti liar ni; ia adalah pesta yang libatkan pergaulan lelaki dan perempuan secara berlebihan, dan selalunya akan libatkah dadah atau pil kuda.

Kami ringkaskan laporan PDRM tentang serbuan semalam, supaya korang senang faham…

Semalam, lebih kurang pukul 4:40 pagi, petugas (FRM) Ronda Motosikal kawasan pentadbiran Balai Polis Petaling terima arahan dari Balai Polis Petaling untuk pergi ke Kondominium Tiara Mutiara 2, Jalan Puchong, sebab ada bunyi bising. Apabila polis tu sampai kat tempat tu, dia dapati bunyi muzik kuat dari premis beralamat GK Sport & Recreation Sdn Bhd.

S1
Pasukan Ronda Polis (PRM). Via Pandu Laju

Anggota FRM tu pun maklumkan kepada pengadu berkenaan arahan tu, pengadu bersama sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Brickfields pergi ke dilokasi. Pengadu ni  ketuk pintu beberapa kali dan telah dibuka oleh seorang lelaki Melayu, pengadu perkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan tunjukkan kad kuasa dan tahan lelaki tu serta merta untuk kemukakan pengenalan diri. Butir-butir pengenalan diri diberi adalah seperti berikut:

Nama: MUHAMMAD FADZIL MOHD AHMAD (Lisan)
K/P: 810507-10-XXXX
Alamat: Shah Alam, SELANGOR
Pekerjaan: Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri

MAIGAD, ada kaitan dengan Perdana Menteri tu! Via Giphy

Seterusnya pegawai polis masuk ke dalam premis dan diorang dapati tempat tu dalam keadaan gelap dan muzik dipasang dengan kuat. Polis kemudiannya minta si Fadzil ni nyalakan lampu dan berhentikan muzik. Polis dapati beberapa lelaki dan perempuan sedang duduk di atas sofa dalam keadaan khayal di bahagian ruang tamu premis.

Pihak polis pun arahkan semua suspek untuk keluarkan apa-apa barang ‘salah’ yang ada dalam simpanan. Pemeriksaan kat dalam premis dengan disaksikan semua suspek dan saksi polis yang hadir. Diorang ada jumpa piring kaca yang berisi serbuk disyaki dadah jenis ketamin (AB: 0.3 GRAM) dan batang rokok berisi ceraian daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja (AB: 0.6 GRAM).

Polis menangkap kesemua suspek kerana terlibat dengan aktiviti dadah. Gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah di bawah peraturan 25(1)(N) peraturan peraturan pendaftaran negara dan dipercayai menganjurkan permainan judi di dalam premis.

Parti sampai pagi. Via Giphy

Tangkapan seramai 17 orang dan 16 daripadanya disyaki positif dadah jenis ketamin. Difahamkan premis tu dimiliki oleh penama Kau Git Kuar yang merupakan rakan kepada YB ADUN Dengkil yang dipercayai merupakan penganjur parti tu. Ia merupakan sebuah premis peralatan sukan, maklumat awal dapati pemilik tempat tu adalah rakan kepada YB Dengkil. Kesemua tangkapan direman selama 3 hari di Lokap Berpusat Jinjang.

ADUN Dengkil nafi ditahan polis, katanya dia duduk relaks je kat rumah sejak malam semalam

Adif Syan Abdullah, ADUN Dengkil pulak nafikan dakwaan tular bahawa dia ditangkap sekali dan disahkan positif dadah dalam serbuan yang kami cerita tadi. Katanya dia berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong, sejak malam semalam.

S1
Via Sinar Harian

Dia yang merupakan pengerusi Bersatu Selangor kata bertemu anggota parti kat Dengkil sebelum pulang ke rumah. Dia nafikan isu kontroversi di media sosial yang dakwa dia ditangkap dan diuji positif dadah di sebuah kelab malam sekitar Damansara awal pagi tadi.

“Saya elok saja di rumah. Masa, tarikh, lokasi, (dakwaan ditangkap) entah manalah mereka kutip,” – Dipetik dari laporan MalaysiaKini

Jadi, mana satu yang betul ni? Via Giphy

Sumber dari Bersatu pulak jelaskan diorang dimaklumkan mengenai serbuan dan penangkapan itu, dan difahamkan Adhif Syan telah dibebaskan dari reman. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Mohd Khalil Kader Mohd berkata, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dijangka akan memberi penjelasan lanjut pada sidang media petang ni.

Pastikan undang-undang berada di atas jawatan, salah tetap salah tanpa kira jawatan

Apa yang paling penting, kita perlu pastikan sesiapa yang bersalah perlu dihukum tanpa mengira jawatan yang dia pegang. Kami masih ingat lagi; pada zaman kerajaan sebelum ni, orang yang ada jawatan tinggi macam senang-senang je terlepas apabila dia buat jenayah. Apa-apa pun, tahniah kepada pihak polis kalau laporan ni betul.

Nampaknya ADUN Dengkil dah pun nafikan keterlibatannya dalam parti liar ni, kita tunggu sidang media polis petang ni ye.

Artikel ini merujuk laporan serbuan polis terbitan mykmu.net dan laporan MalaysiaKini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *