Siapalah yang tak kenal isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor. Tambah pula baru-baru ini Rosmah jadi bualan ramai semula sebab rakaman perbualan telefon antara dia dengan suaminya, “Can I advise you something?” . Walaupun dah lama rakyat Malaysia tahu Rosmah ni terkenal sebab boros dan queen control, tapi makin menjadi-jadi orang troll dia lepas Latheefa Koya dedahkan rakaman telefon itu.
Rilek dulu. Bukan Rosmah saja yang selalu kacau kerja dan reputasi suami dalam dunia ini. Kali ini kami nak kongsi pasal individu-individu macam Rosmah, tapi versi zaman dan negara lain. Kita mula dengan zaman dulu-dulu lah.
1. Marie Antoinette, ratu yang jadi punca musnahnya monarki Perancis
Bagi peminat sejarah Eropah, pastinya pernah dengar nama Marie Antoinette. Ratu Perancis terakhir ini sering dikaitkan dengan Revolusi Perancis. Seperti kerajaan monarki yang lain, perkahwinan antara putera dan puteri raja dari negara berbeza adalah biasa. Marie bukanlah berketuranan kerabat monarki Perancis, sebaliknya dia merupakan puteri bongsu Raja Austria.
Bila dia dah berkahwin dengan Putera Perancis, secara tak langsung dia dah jadi sebahagian dari kerajaan monarki Perancis pada waktu itu.
Kisah kontroversi Marie Antoinette ini bermula bila dia dah naik takhta jadi Ratu Perancis. Jadi orang biasa pun stress, apatah lagi jadi Ratu, weh. Oleh sebab itulah, dia selalu luangkan masa dengan hobi-hobi mahal. Tak cukup dengan guna duit kerajaan untuk berjoli, dia juga terpalit dengan kontroversi hubungan seks dengan ramai lelaki. Amboi!
Kisah Marie Antoinette juga diadaptasikan dalam filem – via YouTube
Kerabat raja bermewah-mewah itu boleh dikatakan perkara biasa. Tapi rakyat tak ada pula nak persoalkan kemewahan mereka seperti Marie ini. Ada pendapat yang cakap keborosan Marie itu bukan punca utama dia dibenci. Semuanya menjadi lebih buruk bila Perancis mula masuk campur dengan Revolusi Amerika sekitar tahun 1770-an. Marie Antoinotte-lah yang arahkan Perancis tolong halau British dari Amerika.
Hasilnya, Perancis tanggung hutang yang tinggi. Yelah, duit habis guna untuk tentera Perancis tolong Amerika. Sebab itulah, Marie Antoinette makin dibenci sampai dikeji dengan gelaran ‘Pelacur Austria’.
Bila hutang dah tinggi, apa lagi, kerajaan Perancis naikkan cukailah. Yang sengsaranya rakyat. Kemuncaknya bila harga roti dan barang naik, rakyat marah gila! Wanita-wanita Perancis pun buatlah demonstrasi pada 5 Oktober 1789 sampai kerabat diraja terpaksa dipenjarakan di Istana Tuileries. Ini baru betul ‘kuasa wanita’!
2. Imelda Marcos, 20 tahun bermewah dengan duit rakyat Filipina
Ini Rosmah Mansor versi Filipina. Cumanya, dia lagi hardcore daripada Rosmah! Sebabnya, Najib Razak jadi PM tak lama macam suami Imelda Marcos, Ferdinand Marcos. Selama 20 tahun, dari 1965 sampailah 1986, selama itulah juga Imelda Marcos bermewah dan boros dengan guna duit rakyat.
Boleh bayang tak berapa banyak duit yang dah terbakar macam itu saja sebab ada isteri PM macam ini?
Lagi dahsyat, Imelda ini kalau bershopping tak macam manusia biasa. Kalau kita masuk kedai kasut, kita mungkin nak beli sepasang saja. jaranglah nampak ada orang beli 2-3 pasang melainkan ada offer buy one free one atau beli untuk orang lain. Tapi, hal ini tidak berlaku kalau Imelda Marcos yang masuk kedai kasut. Yang ada depan mata dia, kalau ada 100 pasang kasut yang dia nak, 100 itulah yang di borong! Itulah perumpamaannya.
Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, antara barang yang dimiliki oleh Imelda ialah;
- 3,000 pasang kasut berjenama seperti Ferragamo, Givenchy, Chanel dan Christian Dior
- Berlian merah jambu RM21.16 juta
- Lukisan Michelangelo RM13.9 juta
- 1,500 beg tangan, 1,200 gaun pereka fesyen dan 35 buah almari yang mengisi kot berbulu.
Gila, kan? Seperti juga kisah Marie Antoinette, kisah First Lady Filipina ini juga bakal difilemkan dengan tajuk ‘The Kingmaker’.
Mujurlah pemerintahan suaminya tak berpanjangan. Dikatakan, sepanjang pemerintahan Ferdinand, hampir 10 billion USD lesap! Kalau lagi lama, lagi banyaklah duit negara diselewengkan! Akhirnya rakyat telah menolak regim ini dan Ferdinand Marcos digulingkan. Apa pula nasib Imelda? Pada 2018, dia dah dijatuhkan hukuman penjara antara 6 hingga 11 tahun bagi setiap kesalahan melakukan tujuh pemindahan wang haram.
3. Asma Al-Assad, hidup mewah ketika Syria masih dalam konflik peperangan
Hari ini Syria masih lagi berdarah. Perang tak pernah berhenti sejak kebangkitan rakyat Timur Tengah mula merebak sampai ke Syria. Nama Bashar Al-Assad tidak lagi asing dari berita dunia kerana pemerintah Syria ini sanggup menyembelih rakyatnya sendiri!
Regim ini bukan saja masih berkuasa dan terus menindas rakyatnya, malah ‘first lady’nya juga sama! Keborosan isteri Bashar Al-Assad (Asma) yang melampau telah menyebabkan dia disekat daripada membeli-belah secara online. Bukan itu saja, Kesatuan Eropah(EU) juga telah mengharamkan Asma Al-Assad menjejakkan kaki ke mana-mana negara dalam EU.
Macam mana boleh kena ‘banned’? Sebab akhbar Guardian telah dedahkan emel peribadi Al-Assad dan isterinya yang membuktikan mereka dah shopping sakan. Masa negara tengah hadapi konflik, rileks saja Asma ni shopping online. Nak tahu apa yang dia beli?
- Perabot dari sebuah butik di Chelsea yang jumlahnya berpuluh-puluh ribu USD.
- 4 jenis rantai emas berlian edisi terhad (untuk dihadiahkan kepada sepupunya).
- Pasu bernilai 2,660 Euro.
- Kasut Tinggi 16cm dengan kristal bernilai 3,795 Euro.
https://www.youtube.com/watch?v=GwA7hKTJYXg
Dan ada beberapa lagi maklumat yang dibocorkan oleh Guardian pasal keborosan Asma Al-Assad ini. Boleh bayang tak, ini baru pembelian online, belum lagi benda-benda lain yang dia beli. Sekali shopping dah beribu-ribu euro. Ibaratnya, setakat 3-4 ribu Euro itu celah gigi saja!
Bukan Najib je yang terpalit dengan masalah isterinya, oleh itu pilihlah pasangan baik-baik
Bukan Najib Razak saja yang ada isteri macam Rosmah. Kita pun tak faham kenapa orang-orang macam mereka ini tak pernah puas dengan apa yang ada. Rakyat nak dapat makan yang cukup pun susah, kena buat dua tiga kerja sampai mampus. Tapi mereka tabur duit macam tu je.