Kenapa pemain tenis ‘mengeran’ semasa pukul bola? Dan 6 lagi persoalan lain

F1

Setiap individu yang ada kat dunia ni pasti mempunyai hobi atau sukan kegemaran masing-masing kan? Sukan merupakan salah satu medium untuk menyatukan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tapi, korang pernah tak terfikir tentang perkara yang diketahui oleh atlet dalam sukan tersebut tetapi sering jadi tanda tanya dalam diri masyarakat berkaitan dengan sukan tu?

1. Mengapa pemain tenis sering mengerang ketika perlawanan?

Korang mesti pernah lihat pemain tenis profesional bermain di gelanggang kan? Korang perasan tak mengapa setiap kali mereka bermain dalam sesuatu perlawanan korang akan dengar bunyi mereka mengerang apabila mereka memukul bola?

https://www.youtube.com/watch?v=2n2stuP1dtE

Untuk pengetahuan korang, perkara ni berlaku kerana mereka memukul bola semasa mereka tengah menghembuskan nafas. Apabila semakin kuat mereka memukul bola maka semakin kuatlah juga mereka akan menghembuskan nafas dan kadang-kala bunyi tersebut boleh kedengaran seakan-akan mereka sedang menjerit.

Dalam sukan tenis, Maria Sharapova adalah pemain yang paling bising di dunia dengan mengeluarkan bunyi 101 desibel yang mana adalah lebih kuat daripada kereta api bawah tanah yang hanya mengeluarkan bunyi 100 desibel sahaja.

2. Mengapa setiap padang bola mesti ada jalur?

Kalau korang seorang hantu bola, korang mesti selalu terfikir dan tertanya-tanya kan mengapa setiap padang bola mesti ada jalur dengan warna yang berbeza seperti kuda belang?

Thumb2 Stamford Bridge London Hdr Tribunes Soccer
Via: besthqwallpapers.com

Dalam sukan bola sepak, kalau korang nak potong rumput padang bola sepak sekalipun korang mestilah mempunyai pengetahuan serta kemahiran khas kerana setiap berapa kaki padang bola haruslah berbeza warna iaitu gelap dan terang. Kesan ini boleh diperolehi dengan cara pemotongan rumput dilakukan dengan arah yang berbeza.

Tujuan utama mengapa setiap padang bola ni mesti ada jalur sebenarnya untuk memudahkan kerja para pengadil untuk mengesan sama ada posisi seseorang pemain bola sepak itu berada dalam keadaan offside ataupun tidak.

3. Adakah para perenang berirama mendengar muzik ketika mereka membuat persembahan?

Kalau korang nak tahu, salah satu perkara utama yang ada dalam sukan renang berirama ni adalah pembesar suara bawah air. Perenang tak akan dapat beraksi sekiranya mereka tak dapat dengar lagu yang dimainkan kerana setiap pergerakan mereka adalah berunsurkan lagu yang telah mereka tentukan.

1498852321 33 0 3500 1966 600x0 80 0 0 9cefc9e7cabe989375983a34a6e365f9
Via: ria.ru

Namun, akibat daripada perbezaan yang ada pada rintangan air dan udara, ada kekacauan yang akan berlaku dalam muzik apabila dimainkan di bawah air. Itulah sebabnya mengapa di dalam kolam mereka akan menggunakan sistem audio khas yang mana boleh memainkan lagu sama seperti yang ia sepatutnya kedengaran walaupun sedang berada dalam air.

4. Mengapa meja snooker dibalut dengan warna hijau?

Asal usul sukan snooker ini dipercayai berasal daripada sukan kroket. Kebanyakan meja snooker dibaluti dengan kain berwarna hijau sebab diorang ingin tiru warna rumput seperti mana tempat sukan kroket itu dimainkan.

Namun, ada versi yang berbeza sebelum tahun 1871 yang mana pada ketika itu kebanyakan kain yang mereka gunakan adalah berwarna oren tetapi apabila cahaya tak mencukupi maka pergerakan bola di atas meja sangat sukar untuk dilihat dan hal ini sering menjadi punca pergaduhan yang berlaku di antara para pemain.

Oleh sebab itulah mereka menggunakan kain hijau kerana ianya dapat menyelesaikan permasalahan ini kerana warna bola merah dan putih sangat jelas kelihatan apabila berlatar belakangkan warna hijau ini.

5. Adakah ping-pong dan table tennis adalah sukan yang sama?

Bagi kebanyakan kita, kedua-dua sukan ini mungkin hanya berbeza daripada segi ejaan sahaja tetapi kalau korang nak tahu ianya sebenarnya lebih daripada itu. Menurut juara sukan ini iaitu David Zhuang, ping-pong adalah permainan yang sering korang mainkan di rumah manakala table tennis (tenis meja) pula adalah merupakan sebuah sukan.

Via Giphy

Pemain amatur menganggap ping-pong adalah sebagai sebuah hobi tetapi para pemain yang serius pasti akan memanggilnya sebagai ‘tenis meja’ secara ekslusif dan menganggapnya sebagai sebuah sukan. Untuk tempoh yang sangat lama, kedua-dua nama ini digunakan untuk sukan yang sama. Namun kini, table tenis merupakan sejenis sukan Olimpik yang mempunyai peraturan ketat yang sering diabaikan oleh pemain ping-pong seperti kelenturan permukaan raket.

6. Mengapa para atlet berlari melawan arah jam dalam stadium?

Kalau korang perasan, mesti korang tertanya-tanya kan mengapa para atlet berlari melawan arah jam jika mereka berada dalam stadium ataupun track larian? Kalau korang nak tahu, terdapat beberapa teori mengapa hal ini berlaku dan sesetengah orang percaya bahawa tradisi ini berasal dari Romani Purba yang mana orang pada ketika itu memilih arah untuk berlari berdasarkan keadaan infrastruktur.

D15dddd3e06125e89c791a3ddef43232
Via: malaysiakini.com

Manakala yang lain pula percaya bahawa kebanyakan atlet mempunyai kaki kanan yang lebih kuat dan apabila berlari melawan arah jam maka penggunaan kaki kanan adalah lebih berbanding dengan kaki kiri dan  untuk pengetahuan korang ini juga adalah merupakan salah satu sebab mengapa para komander lebih suka (jika boleh) untuk mengelilingi musuh mereka dengan arah lawan jam.

7. Mengapa pemain hoki ais tidak mendapatkan implan gigi?

Menurut para atlet, walaupun mereka menggunakan segala alat pelindung seperti pelindung mulut yang berfungsi untuk diletakkan pada gigi tetapi mereka mengakui bahawa tiada jaminan yang mereka akan mengakhiri permainan dengan mempunyai senyuman yang sama seperti sebelumnya.

734d2828ae64d11e28b4e2757cec0fa7
Via : pinterest.com

Kejadian seperti ini paling terkenal pernah belaku di Chicago, yang mana Duncan Keith pada tahun 2010 telah kehilangan 7 batang gigi sekaligus selepas dia dipukul dengan bola hoki dan insiden seperti ini kerap berlaku. Oleh sebab itu, sebelum akhir kerjaya mereka, beberapa pemain memutuskan untuk mendapatkan implan gigi namun jika rahang mereka tercedera, kerosakan ini akan menjadi lebih sukar untuk diperbaiki jika mempunyai implan.

Walau apa pun sukan yang korang ceburi, jadikanlah ianya sebagai alat perpaduan

Dalam sesebuah sukan, segala peraturan dan perincian yang mereka guna pakai bukanlah atas dasar suka-suka sahaja. Ianya mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Walau apa sukan pun yang korang ceburi, berhati-hatilah dalam melakukannya dan jadikanlah sukan sebagai salah satu alat untuk membentuk perpaduan dalam kalangan kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *