Malaysia negara tertinggi di Asia Tenggara muat turun video lucah kanak-kanak

Children Watch As Voters Cast Their Ballots At A Polling Station During General Elections In Taipei

Ingat lagi tak, minggu lepas netizen heboh dengan pendedahan pasal pelajar Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin yang pernah ditangkap di UK kerana memiliki lebih 30 ribu gambar dan video berunsur lucah melibatkan kanak-kanak? Rata-rata netizen risau sebab Nur Fitri kini sedang sambung belajar di sebuah universiti awam tempatan. Tapi ada juga warga netizen yang pelik kenapa kes Nur Fitri timbul balik, sedangkan dia pun dah jalani hukuman penjara di UK. 

Buat yang keliru dan tak faham kenapa kita perlu ambil berat berkenaan kes Nur Fitri ini, biar kami terangkan…

Lebih dari 600 gambar-gambar dan video lucah melibatkan kanak-kanak dalam kategori ekstrem…

Kes Nur Fitri ni amat ekstrem, sampaikan pihak polis UK pun terkejut dengan jumlah gambar-gambar dan video lucah yang ada dalam simpanan dia. Dan lebih dari 600 bahan-bahan lucah ini juga jatuh dalam Kategori A; iaitu kategori yang paling bahaya. Mengikut undang-undang di UK, bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak Kategori A adalah imej-imej yang melibatkan aktiviti seksual secara paksa, di mana kanak-kanak yang dimanipulasi dan dieksploit untuk terlibat dalam pembikinan bahan-bahan lucah didera secara seksual atau diperkosa.

Via AmazingNara

Kebiasaannya, kanak-kanak yang diperalatkan untuk bahan-bahan lucah sebegini adalah kanak-kanak yang merupakan mangsa culik atau penyeludupan manusia oleh kumpulan-kumpulan jenayah dari serata dunia. Bukan tu je, pihak berkuasa tempatan juga jumpa satu patung kanak-kanak di bilik dia sewaktu dia ditangkap! 

Yang pasti bukan patung ni. Via Giphy

Mungkin ada yang keliru berkenaan istilah ‘pornografi kanak-kanak’. Sebenarnya istilah ini tak tepat kerana ‘pornografi kanak-kanak’ adalah satu kesalahan jenayah dan tak seharusnya wujud. Malah, takde satu pun negara di dunia yang benarkan pornografi membabitkan kanak-kanak terutama di Malaysia. Dan disebabkan oleh kes Nur Fitri ni lah, pihak polis Malaysia mula fokus dalam usaha membendung kes-kes macam ni dalam kalangan masyarakat umum. 

Malaysia adalah negara nombor satu di Asia Tenggera dalam acara mendownload video lucah kanak-kanak…

Antara sebab lain kenapa masyarakat kita perlu ambil berat isu ni: negara kita ni mendahului negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam bab memuat turun dan sebar gambar-gambar serta video lucah yang libatkan kanak-kanak. Data ini telah dikongsi oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak PDRM, mereka temui hampir 20 ribu alamat IP di Malaysia telah dikesan terlibat dengan aktiviti haram memuat turun dan memuat naik bahan-bahan lucah dan tidak senonoh yang melibatkan kanak-kanak.

WHAT?! Via Giphy

Pihak berkuasa tempatan juga jangkakan angka ni akan meningkat menjelang tahun 2018 disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kesalahan menyimpan atau memiliki bahan-bahan lucah melibatkan kanak-kanak.

Disebabkan isu ini serius, akhirnya kerajaan Malaysia telah pun meluluskan  undang-undang baru pada tahun 2017 iaitu Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebagai salah satu usaha kerajaan untuk lindungi kanak-kanak dengan lebih cekap. 

https://www.youtube.com/watch?v=uRuzwktfzBY

Di bawah Akta ni, perbuatan memiliki atau menyebarkan gambar-gambar serta video lucah melibatkan kanak-kanak sudah dikelaskan sebagai satu kesalahan jenayah berat di sisi undang-undang, dan sesiapa pun yang ditangkap atas kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan juga sekurang-kurangnya 3 sebatan jika didapati bersalah.

Tak terkecuali jugak, mana-mana pihak yang terlibat dalam pembikinan bahan-bahan lucah yang libatkan kanak-kanak pun boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sekurang-kurangnya 5 sebatan jika didapati bersalah.  

Apa langkah berjaga-jaga selepas pesalahlaku seksual pedofilia dibebaskan?

Memang betul Nur Fitri ni dah pun habis jalani hukuman penjara setelah dia ditangkap di UK. Tapi setelah dia dibebaskan dan kembali ke Malaysia, takde prosedur rasmi yang boleh digunapakai untuk pastikan pesalah-pesalah jenayah seksual yang dah dibebaskan tak lagi buat kesalahan jenayah yang sama. Dalam masa yang sama, netizen rasa tak adil kalau pesalah-pesalah jenayah seksual seperti Nur Fitri tak dibenarkan langsung untuk kembali bercampur dengan masyarakat. 

Via Sinar Harian

Jadi macam mana masyarakat umum terutamanya golongan ibu bapa nak pastikan keselamatan anak-anak mereka dari pesalah-pesalahlaku pedofilia, dan macam mana pihak berkuasa tempatan nak pastikan supaya kes-kes macam ni boleh dibendung? 

Jadi, kami cuba syorkan beberapa langkah berjaga-jaga yang boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan untuk tangani isu ni.

  1. Kurangkan dan pantau akses ke internet dan peralatan canggih – Pihak berkuasa harus kurangkan dan pantau akses pesalah-pesalahlaku pedofilia untuk layari internet dan daftarkan peralatan canggih mereka yang boleh disalahgunakan untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk tujuan semakan berkala.

    Internet dah makin laju, tak macam dulu. Via Giphy
  2. Semakan diri di balai polis berdekatan – Pihak berkuasa juga boleh wajibkan pesalah-pesalahlaku pedofilia untuk hadir ke mana-mana balai polis berdekatan secara mingguan atau bulanan.
  3. Sesi wajib kaunseling dengan ahli psikologi yang terlatih – Pihak berkuasa perlu wajibkan pesalah-pesalahlaku pedofilia untuk jalani sesi kaunseling dengan ahli psikologi supaya mereka sendiri peka dengan kebarangkalian untuk terlibat dalam aktiviti haram pedofilia. Pesalah-pesalahlaku pedofilia juga harus diwajibkan untuk jalani penilaian psikiatri secara teliti setiap 6 bulan untuk sahkan tahap kesihatan mental mereka.
    https://www.youtube.com/watch?v=JkyqpJQLy9c
  4. Permohonan untuk keluar negeri atau negara – Sekiranya pesalahlaku pedofilia ingin keluar negeri atau negara, mereka harus maklumkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh keluar kepada pihak berkuasa.
  5. Sekatan tempat tinggal dan tempat bekerja – Pihak berkuasa juga boleh adakan sekatan dari segi tempat tinggal dan tempat bekerja terhadap pesalahlaku pedofilia. Contohnya, pesalahlaku pedofilia dilarang bekerja di mana-mana institusi yang berurusan secara terus dengan kanak-kanak.

    Pantau. Via Giphy
  6. Alat pengawasan elektronik 24 jam Pihak berkuasa boleh wajibkan pesalahlaku pedofilia untuk memakai alat pengawasan elektronik untuk tujuan pemantauan selama 24 jam.
  7. Tempoh percubaan atau tempoh berkelakuan baik minimum 10 tahun – Sekiranya pesalahlaku pedofilia disahkan telah berkelakuan baik tanpa melanggar mana-mana undang-undang dalam tak kurang dari 10 tahun, pihak berkuasa boleh secara perlahan-lahan kurangkan tahap pengawasan terhadap mereka.

Langkah-langkah yang disyorkan ni mungkin agak drastik tapi kita kena ingat, keutamaan kita seharusnya adalah pada keselamatan kanak-kanak. Kalau pesalahlaku pedofilia ingin dibenarkan untuk bercampur kembali dengan masyarakat, jadi mereka pun kenalah tunjuk kesungguhan untuk insaf dan berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *