Sejak akhir-akhir ni nama Syed Saddiq makin naik, lebih-lebih lagi apabila dia nak perkenalkan Gojek. Menteri Belia dan Sukan tu katanya mahu pastikan mat motor di negara ni diberi peluang untuk dapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup. Dia kata menerusi perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek adalah langkah terbaik bagi mat motor jana pendapatan.
Model pekerjaan gig economy macam ni okay je. Cumanya ia sepatutnya tak dilihat sebagai penyelesaian masalah pengangguran yang ada kat Malaysia. Kami tengok, ramai orang yang fikir apabila lebih banyak pekerjaan model gig economy dimasukkan kat Malaysia, masalah pekerjaan dalam kalangan anak muda ni dah selesai. Tak eh, kerajaan kena lebih fokus untuk tambah pekerjaan yang lebih baik dan mempunyai sistem keselamatan sosial yang terjamin.
Kerajaan pada tahun 2017 tak benarkan operasi e-panggilan motosikal Dego Ride atas sebab keselamatan…
Pemilik syarikat perkhidmatan e-panggilan motosikal pertama Malaysia, Dego Ride, sambut baik kesungguhan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu utamakan industri tempatan. Pengasasnya, Nabil Feisal Bamadhaj kata walaupun Dego Ride masih kecil berbanding Gojek, ia akan menonjolkan keistimewaan sebagai pemain tempatan.
“Apa yang penting, dari segi pembangunan, peduli golongan B40 dan golongan muda harus dipuji. Saya harap boleh kerjasama dengan pihak kerajaan dan mendapat sokongan daripada mereka sebagai pemain tempatan untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya kepada FMT.
Beberapa hari yang lalu, Syed Saddiq kata pihaknya akan bantu Dego Ride, susulan lampu hijau Kabinet pada cadangan memperkenalkan semula e-panggilan motosikal. Syed Saddiq tahu Dego Ride pernah tawarkan khidmat tu pada 2016 sebelum dihentikan oleh kerajaan atas faktor keselamatan.
Nabil kata pihaknya sedia bekerjasama dengan semua pemain termasuk daripada luar negara seperti Gojek. Diorang kata, benda ni satu perkembangan yang sihat bagi pastikan ekosistem kat negara ni berdaya maju dan makin berkembang dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan bakat. Diorang sebagai pemain industri tempatan swasta nak lihat ada persaingan walaupun syarikat gergasi-gergasi besar di luar tu nak masuk ke pasaran tempatan.
Kerajaan pada tahun 2017 tak benarkan operasi e-panggilan motosikal Dego Ride berikutan kebimbangan mengenai keselamatan pemandu dan pemboncengnya. Kementerian Pengangkutan kata, analisis mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali berbanding kereta.
Sebenarnya tahun lepas Kementerian Pengangkutan pernah kata tak akan luluskan Dego Ride…
Tahun lepas, Kementerian Pengangkutan kata akan ambil tindakan terhadap mana-mana individu yang tawarkan perkhidmatan perkongsian motosikal, Dego Ride, kerana ia tak diluluskan untuk beroperasi. Kementerian Pengangkutan tak akan luluskan Dego Ride.
Kita tak setuju dengan perkongsian motosikal sebab terlalu banyak kemalangan yang melibatkan motosikal,” – Anthony Loke, seperti dilaporkan FMT
Sebenarnya dari tahun lepas lagi ada laporan perkhidmatan perkongsian motosikal pertama di Malaysia tu nak menyambung semula perkhidmatannya selepas diharamkan oleh kerajaan lepas. Pengasas Dego Ride Nabil Faisal Bamadhaj kata diorang kembali beroperasi secara kecil-kecilkan kat sekitar Lembah Klang.
Dego Ride tu kenakan tambang serendah RM2.50 untuk 3km pertama dan RM0.60 bagi setiap 1km berikutnya. Perkhidmatan perkongsian motosikal ni sebenarnya popular kat negara asing seperti di Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Menteri kena kerja ikut portfolio diorang, tak patut untuk sailang member sendiri…
Benda ni masalah kami tengok dalam Malaysia Baharu ni – apabila ada seorang menteri mendahului tugasan rakan menterinya. Setiap menteri ada tugasan diorang, jadi sebagai ahli Kabinet; seseorang tu kenalah bekerja mengikut portfolio masing-masing. Cuba bayangkan kalau korang di tempat Menteri Pengangkutan, tak ke korang akan stress kalau ada member dari kementerian lain nak jadi ‘hero’ untuk laksanakan sesuatu yang korang dah kata tak akan laksanakan?
Jadi kami nasihatkan kepada semua Menteri supaya sentiasa ikut kerja portfolio masing-masing, tak payahlah nak sailang kerja orang lain. Apa-apa pun, kami harap sangat kerajaan tak nampak benda-benda macam perkhidmatan teksi motorsikal ni sebagai penyelesaian kepada masalah pengangguran yang berlaku kat Malaysia.