Nurul Izzah usulkan pemakaian Batik Malaysia di Parlimen, pembangkang turut sokong

Ni
Nurul Izzah usulkan pemakaian Batik Malaysia di Parlimen, pembangkang turut sokong

Baru-baru ni cadangan pemakaian batik Malaysia kat Dewan Rakyat ‘menceriakan’ suasana persidangan pada sebelah pagi apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, masing-masing bersetuju dengannya.

Q1
Nurul Izzah. Via Berita Harian

Perkara tu dibangkitkan oleh Nurul Izzah Anwar semasa sesi jawab lisan dengan bertanya kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik tentang usaha meningkatkan pemakaian batik di Malaysia terutama di Parlimen, termasuk di Dewan Rakyat pada setiap Khamis.

Cadangan Nurul Izzah ni dapat sokongan daripada ahli Parlimen pembangkang…

Menjawab persoalan yang dilontarkan Nurul Izzah, Muhammad Bakhtiar kata kementeriannya belum terima jawapan positif daripada pihak dewan walaupun telah diajukan untuk pertimbangan. Bagaimanapun, ahli parlimen boleh memakai tali leher batik walaupun tak memakai baju batik.

“Kementerian ini menyambut baik pemakaian batik Malaysia di kalangan rakyat Malaysia terutama di Parlimen termasuk di Dewan Rakyat pada hari Khamis. Ia umpama orang mengantuk disorongkan bantal khususnya kepada pengusaha batik tempatan, kementerian mengharapkan pemakaian batik di Parlimen akan dapat menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” – Muhammad Bakhtiar Wan Chik, dipetik dari Astro Awani

Cadangan pemakaian batik tu turut disokong ahli Parlimen lain termasuk Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang rata-rata sifatkannya sebagai cadangan yang baik.

Sementara tu, menjawab soalan tambahan Mastura, Muhammad Bakhtiar kata Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) sedang bekerjasama dengan beberapa agensi untuk pemeliharaan paten batik.

“Ada usaha daripada pihak Kraftangan untuk menentukan standard ISO bagi pengusaha batik. Mereka juga bekerjasama dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan ISO untuk mempatenkan batik yang dihasilkan,” – Muhammad Bakhtiar Wan Chik, dipetik dari Astro Awani

Sebelum ni Rais Yatim pun pernah kata benda yang sama, dia kata dia gagal semasa pegang kementerian…

Lagi satu, awal tahun ni Rais Yatim ada jugak kata benda yang sama, dia kata batik merupakan satu warisan negara yang harus kita banggakan. Kalau kat Indonesia, diorang pandang batik sebagai satu industri yang sangat serius kerana batik dapat tonjolkan budaya dan warisan Indonesia.

Majlis Pelancaran Buku Autobiografi Seorang Pemberontak
Rais Yatim. Via Berita Harian

Pengerusi Yayasan Budi yang juga Budayawan Nasional, Tan Sri Dr Rais Yatim akui semasa tompok pemerintahan kerajaan dahulu, diorang tak berjaya bawa pemakaian batik ke dalam Parlimen.

”Semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan tempoh hari dan tempoh kami di Kekwa (Kementerian Kebudayaan dan Warisan) belum berjaya lagi memakai batik di Parlimen,” – Rais Yatim, dipetik dari Astro Awani

Tapi baginya, pemakaian batik di Parlimen adalah sesuatu yang baik dan perlu difikirkan. Sementara tu, dia juga berpendapat, dalam memperkasakan batik, ia perlukan satu gerak kerja baru dan dasar-dasar lama seperti pemakaian batik pada hari Khamis di pejabat dan juga di tempat-tempat lain perlu di galakkan.

12nori2 1552362287
Batik Malaysia. Via Berita Harian

Dia jugak kata batik yang datang dari Kelantan, Terengganu dan Pahang ni ada penonjolannya tapi kurang diberi perhatian oleh kerajaan. Dia berpandangan kalau ada program atau rekaan baharu buat batik Malaysia dengan bimbingan kepakaran kerajaan, perkembangan tu mungkin akan beri cetusan baru untuk industri tekstil tanah air.

Allahyarhamah Datin Seri Endon, nama yang tak boleh dilupakan kalau kita sembang tentang batik…

Satu lagi kami teringat Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) yang dirasmikan pada 2000 oleh Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan pengasas dan pengerusinya ialah  Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.

Lima teras utama Penyayang merangkumi sukarela dan khidmat masyarakat, budaya dan warisan, kesihatan, membangun kemahiran dan pendidikan.

“Allahyarhamah Datin Seri Endon (ketika Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri) aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan termasuklah dalam bidang pakaian dan fesyen. Beliau seperti yang diketahui umum giat mempromosi seni warisan negara seperti batik, songket dan kebaya nyonya,” – Leela, Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, dipetik dari BERNAMA

Endon Original
Allahyarhamah Datin Seri Endon. Via Geni.com

Endon dah lancarkan pertandingan rekaan batik Piala Seri Endon anjuran Penyayang yang sehingga kini menjadi acara tahunan bagi tujuan memberi galakan kepada pembatik tempatan ketengahkan bakat dan produk diorang.

Leela jugak kata banyak perubahan dan penambaikan dalam rekaan batik dapat diketengahkan melalui acara tu sejak ia diperkenalkan pada 2003. Pembatik semakin bijak gunakan motif campuran dan tak lagi terhad kepada corak berasaskan flora dan fauna. Sambutan jugak amat menggalakkan terutama daripada pereka muda dengan pelbagai idea baru dan segar.

“Batik boleh jadi simbol patriostisme tapi yang penting kita mesti kenal batik Malaysia, mesti tahu beza antara batik kita dan batik luar. Batik kita sekarang pun dah cantik-cantik dengan pelbagai rekaan dan corak menarik. Sekarang hanya perkhidmatan awam yang diwajibkan memakai batik pada hari Khamis. Jika kita boleh galakkan sektor swasta pun pakai batik, adalah lebih elok,” – Leela, Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang, dipetik dari BERNAMA

Kita patut berbangga kerana mewarisi pakaian batik ni…

Pakaian batik adalah sesuatu yang kita warisi dari generasi terdahulu, batik Malaysia ada keunikkannya yang tersendiri. Kalau negara seperti Indonesia amat berbangga dengan batik kepunyaan diorang, mengapat tidak kita? Atas sebab ni kami beri sokongan penuh kepada YB Nurul Izzah yang beri cadangan ni…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top