займ срочно

Kita nak bukak Kedutaan Malaysia untuk Palestin, tapi di JORDAN?!

Tun Dr Mahathir Mohamad
Kita nak bukak Kedutaan Malaysia untuk Palestin, tapi di JORDAN?!

Politik di Malaysia memang penuh dengan simpang-siur, dan Dewan Parlimen tak sunyi daripada kebingitan ahli-ahlinya yang tak henti-henti bertikam lidah dalam banyak isu. Tapi bukan semua isu diorang ni bergaduh. Ada juga masa yang mereka bersetuju dan raikan: isu Palestin contohnya. Ketika membincangkan rancangan Kerajaan Persekutuan untuk membuka pejabat perwakilan diplomatik Malaysia ke Palestin, bukan saja menyokong, malah para wakil rakyat kerajaan dan pembangkang siap berdiri sebagai tanda sokongan terhadap keputusan tu!

Pengumuman Tun M kat Baku, Azerbaijan disambut baik oleh ramai pihak…

Pada 25 Oktober 2019 lepas, YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umumkan bahawa Malaysia nak bukak satu pejabat perwakilan diplomatik Malaysia ke Palestin, yang bermastautin di Amman, Jordan. Keputusan ni diumum masa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement – NAM) ke-18 di Baku, Azerbaijan baru-baru ini.

Langkah Malaysia untuk buka kedutaan tu antara lain jugak adalah untuk merangsang moral rakyat Palestin ke arah kemerdekaan. Tun M kata lagi, bila dah buka kedutaan tu nanti, akan lebih memudahkan negara kita untuk beri bantuan kepada rakyat Palestin.

Kementerian Luar maklumkan yang diorang sekarang ni tengah memulakan usaha mengumpul maklumat untuk melaksanakan keputusan kerajaan tu. Datuk Saifuddin kata Kementerian Luar Malaysia dan Kementerian Luar Jordan tengah berbincang untuk kenalpasti proses nak realisasikan hasrat kerajaan Malaysia tu.

Siapa je yang sokong langkah Tun M ni? Mesti ramaikan…

Benda baik, mestilah ramai yang lihat langkah ni sebagai satu pendekatan yang wajar dan selari dengan pendirian Malaysia berhubung Palestin. Masa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri kat Dewan Rakyat, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) minta kerajaan bagitau apa butir-butir perancangan kerajaan nak buka kedutaan Malaysia kat Amman, Jordan, dan tempoh masa kedutaan akan dibuka dan beroperasi kat sana.

504496
Tun Mahathir. Via Sinar Harian

Masa jawab soalan tu, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah siap setuju lagi dengan cadangan Reezal Merican supaya kerajaan melantik ‘honorary consul’ dalam kalangan rakyat Palestin sendiri, yang ada hubungan baik dengan pihak Hammas dan Fattah serta pihak berkuasa Palestin. Ini baru betul, benda yang bagi manfaat, kita setuju. Yang salah, kita lawan lah, kan.

Jadi, selain kedutaan kat Jordan tu, Malaysia jugak tengah pertimbang untuk buka konsulat dan lantik konsul kehormat kat Palestin. Kita jugak kena tunggu keputusan pilihan raya Palestin yang akan datang ni untuk tengok sejauh mana pilihan raya tu berjalan nanti.

51442235022
Saifuddin Abdullah. Via AWANI

Macam yang kita tahu, kat Palestin ni ada dua puak utama yang berkuasa: Hammas dan Fattah, yang dah bermusuh sejak sekian lama. Jadi, bila Malaysia nak buka kedutaan kat sana, kena ambil kira jugak lah benda-benda ni. Sat lagi, sokongan moral tak sampai, jadi tambah garam kat luka depa pulak. Bab politik dalaman negara diorang ni kita kenalah sensitif. Ni lah nama dia seni negosiasi dan diplomasi.

Power Malaysia. Via Giphy

Masa sesi tu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) siap ucap tahniah dan ajak anggota dewan daripada pihak pembangkang dan kerajaan berdiri, sebagai tanda sokongan kepada kerajaan. Benda ni disambut dengan majoriti anggota yang hadir kat dewan tu berdiri untuk tunjukkan sokongan diorang.

PAS pun siap puji tindakan Tun Mahathir, dan ada sebab Amman dipilih sebagai lokasi…

Sebelum tu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun puji pengumuman Tun M tu. Dia kata yang pembukaan kedutaan untuk Palestin akan bolehkan bantuan dan sokongan berterusan disalurkan kepada rakyat Palestin. PAS malah menyifatkan pengumuman Malaysia untuk buka kedutaan di Jordan tu adalah satu tindakan diplomatik dan langkah ke depan dalam hubungan Malaysia-Palestin.

Jordan Map
Kedudukan Amman kat Jordan. Via WorldMaps

Kementerian Luar Jordan, Fattah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) pun buat kenyataan sokong pengumuman Tun M tu. Lokasi kat Amman, Jordan tu dipilih sebab lebih praktikal. Almaklumlah, Malaysia mana ada hubungan diplomatik rasmi dengan rejim Zionis Israel tu. Sebab tu kita tak boleh nak suka-suka buka pejabat kedutaan kat Ramallah, Tebing Barat.

Lagipun, kalau pejabat perwakilan kita dibuka kat Ramallah, Malaysia kena berurusan dengan Israel secara rasmi untuk urusan logistik, pentadbiran dan urusan keluar-masuk. Dah satu hal nak menghadap diorang pulak, kan?

Sekarang ni, ada lebih 30 pejabat diplomat dan pertubuhan antarabangsa kat Ramallah serta Gaza. Palestin sekarang ni ada pejabat kedutaan kat Kuala Lumpur, manakala Duta Besar Malaysia ke Mesir pun ditauliahkan jugak ke Palestin.

Apa perkembangan terbaru kat Palestin sekarang ni?

Kata Saifuddin lagi, Kementerian Luar sekarang ni tengah kumpulkan maklumat-maklumat penting dan tengah dapatkan pandangan dan pengalaman daripada pihak-pihak yang ada pejabat atau wakil kat Palestin sana. Sekarang ni, rakyat Palestin tengah berada dalam keadaan tekanan hebat sebab Amerika Syarikat buat satu ‘pelan pendamaian yang baru’.

Realitinya, plan ni memang berat sebelah dan hanya menguntungkan rejim Zionis Israel. Presiden Amerika, Donald Trump siap umum ibu negara Israel pindah ke Baitulmaqdis lagi, apa cerita???

Man Palestine Flag Edited
Via ASFR

Jadi, pembukaan Kedutaan Malaysia kat Amman, Jordan tu adalah satu isyarat dan sImbol kita membantah langkah rejim Israel yang pindahkan ibu kota diorang ke Baitulmaqdis.  Tapi, meskipun terus dizalimi dan ditekan, rakyat Palestin tetap mampu bertahan sampai hari ni, walau terpaksa berdepan tekanan hebat dari Amerika Syarikat, Israel dan sekutu kuasa-kuasa besar tu.

Orang Palestin terus teguh menolak apa jugak penyelesaian yang tak adil terhadap perjuangan diorang. Inilah jiwa merdeka yang sebenar, walau terpasung di dunia nyata. Semangat ni mesti kita suburkan dalam jiwa sekalian rakyat Malaysia: semangat melawan dan teguh hati bila berdepan konflik dan cabaran. Solidariti buat Palestin; solidarity buat kemanusiaan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top