Guru meninggal dalam keadaan masih bertelekung, ini punca sebenar kematian

Jj

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang guru wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan masih bertelekung. Benda ni dapat perhatian ramai sebabnya – satu meninggal secara tiba-tiba, dan kedua guru tu meninggal dalam keadaan bertelekung. Kami ikuti perkembangan kes ni secara rapat sebab nak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Kalau betul wanita tu dibunuh oleh perompak, memang kejam gilalah perompak tu. Akhirnya, kami dapat jawapan dari kes ni…

Pada awalnya guru wanita ni dipercayai dibunuh, namun setelah siasatan, hasilnya berbeza…

Awalnya guru wanita berusia 30-an yang ditemui meninggal dunia kat atas katil ni dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, pada tengah hari Selasa. Dalam kejadian kat Kampung Banggol, Jeneri, Sik yang berlaku antara jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang itu, mangsa tu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya.

1
Via The Reporter

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman, ketika ditemui media, kata mayat mangsa dalam keadaan tertiarap kat atas katil sebuah bilik dan masih pakai kain telekung. Mangsa, Fauziah Yup, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri dipercayai sedang bersembahyang sebelum dibunuh.

Kalau ikut cerita Abdul Razak, sebelum kejadian iaitu sekitar jam 12 tengah hari, suami dan anak mangsa keluar meninggalkan mangsa seorang diri di rumah. Jelasnya, kira-kira jam 1.30 petang, suami dan anak mangsa yang pulang ke rumah terkejut apabila dapati mangsa dalam keadaan macam tu.

2
Polis di hadapan rumah mangsa. Via Astro Awani

Pada awalnya, suami mangsa sangkakan isterinya tengah tidur. Tapi sebaik mengejutkan mangsa, suaminya dapati takde tindak balas dari isterinya lantas dia terkejut apabila dapati mangsa sudah tak bernyawa. Hasil siasatan awal terdapat kesan barangan berselerak dipercayai akibat digeledah. Awalnya, kes tu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tapi Polis Kedah dedahkan takde unsur jenayah dalam kematian guru wanita ditemui dalam keadaan tertiarap atas katil di rumahnya di Kampung Banggol. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, kata hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dedahkan punca kematian guru wanita tu disebabkan kegagalan arteri jantung.

Ohhh sebab tu rupanya. Via Giphy

“Tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” – Zainuddin Yaacob, dipetik dari Astro Awani

Ada pesakit tak sedar diorang ada sakit jantung sebab pesakit tak alami simptom awal…

Bila cakap pasal sakit jantung ni, membudayakan gaya hidup sihat dengan gemar melakukan aktiviti lasak atau bersukan bukanlah jaminan bahawa individu berkenaan bebas daripada terkena sebarang penyakit, khususnya serangan jantung.

Selalu je kita dengar individu yang kelihatan sihat dan cergas tiba-tiba rebah ketika bersukan dan meninggal dunia akibat serangan jantung dan lebih mengejutkan apabila kejadian itu menimpa mereka yang masih muda.

“Mengikut perunding kesihatan, individu berusia 40 tahun ke atas perlu melakukan saringan kesihatan bagi mengetahui sama ada mereka berhadapan dengan risiko penyakit jantung atau tidak. Jika seseorang itu mahu kekal aktif dan sihat, mereka perlu melakukan saringan kesihatan tidak kira berapa umur mereka kerana sakit jantung tidak mengenal usia… saya pernah jumpa pesakit yang baru berusia 15 tahun,” – kata Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr Abd Rahim Tahir, seperti yang dilaporkan BERNAMA

Dia kata ada yang tak menyedari bahawa individu yang ada sejarah ahli keluarga yang alami penyakit jantung, lebih berisiko tinggi mendapat penyakit sama. Dr Abd Rahim kata serangan jantung berlaku apabila saluran darah pada jantung sempit dan tersumbat sehingga menyebabkan organ paling penting itu berhenti berdenyut.

Via Giphy

“Sebolehnya mereka yang berisiko ini datanglah berjumpa dengan pakar jantung dan lakukan ‘stress test’ kerana pengesanan awal dan pencegahan itu sangat penting. Apabila seseorang itu sudah terkena serangan jantung, jantung mereka sudah ‘terluka’. Sudah makan ubat, bubuh ‘stent’, tapi akan tetap rasa tidak selesa sebab jantung dah luka,” – kata Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr Abd Rahim Tahir, seperti yang dilaporkan BERNAMA

Dia kata lebih berbahaya apabila pesakit tak sedar diorang terkena serangan serangan jantung kerana terdapat kes pesakit tak alami simptom biasa seperti sesak nafas, sakit dada atau berpeluh.

Ada yang cuma berasa penat atau letih je, namun bila menjalani pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) atau ujian tambahan seperti prosedur angiogram, pesakit sebenarnya terkena serangan jantung.

Serangan Jantung
Via Bernama

Amalkan hidup yang sihat dan cergas, selalu lakukan pemeriksaan kesihatan

Kesihatan ni selalunya hanya disyukuri apabila seseorang tu dalam keadaan sakit. Kalau korang nak hidup lama, semampunya amalkan gaya hidup sihat dan selalu bersenam. Satu lagi, korang kena jaga permakanan dan pastikan buat pemeriksaan kesihatan. Kalau korang rasa ada benda pelik jadi kat badan korang, cepat-cepat pergi jumpa doktor! Macam iklan selalu katalah; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah takde guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *