PRK Tanjung Piai, PH dan BN dah umumkan calon, ini kedua-dua calon diorang

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tak lama lagi kita akan hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kat Tanjung Piai. Sejak PRU14 kita dah beberapa kali kena hadap PRK, dan setiap kali ada PRK berlaku – mesti ada banyak cerita menarik yang muncul. Walaupun ‘kepanasan’ PRK ni belum terlalu menonjol, tapi dah ada beberapa benda yang menarik kami tengok.

Asa
Via MalaysiaKini

Sebelum tu, mari kita tengok dulu calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan memandangkan dua koalisi politik ni bertanding pada PRK kali ni. Calon-calon dari parti ain atau bebas, nanti kita sembang hari lain…

Barisan Nasional letakkan Wee Jeck Seng, yang pernah jadi MP bagi kawasan tu…

BN kali ni akan diwakili oleh Wee Jeck Seng daripada MCA dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai. Keputusan tu dibuat walaupun Umno kuat melobi untuk bertanding kat kerusi campuran tu. Perkara ni disahkan oleh MCA Tanjung Piai, yang ajak penyokongnya berkumpul kat ibu pejabat MCA Pontian  untuk dengar pengumuman tu.

https://www.youtube.com/watch?v=uSUwu6Bb2Hw

Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad akan berikan taklimat khas berkaitan pencalonan Wee itu kepada Umno Tanjung Piai. Umno bahagian tu sebelum ni mahukan pemimpin diorang Jefridin Atan bertanding. Wee pernah menjadi anggota parlimen kawasan itu dua kali.

Asa
Via MalayMail

Dia gagal pertahankan kerusi tu tahun lepas dan tewas dengan majoriti tidak sampai seribu undi kepada calon Pakatan Harapan Mohd Farid Mohd Rafik. Wee akan berlawan dengan Pengerusi Bersatu Tanjung Piai Karmaine Sardini dan Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Wendy Subramaniam.

Pakatan Harapan pulak letakkan Karmaine Sardini, pernah kalah nipis dengan Ahmad Maslan…

Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, 16 November ini. Ia diumumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Karmaine, 66 tahun, adalah bekas guru kat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Tanjung Piai sebelum teruskan pelajaran dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dia yang merupakan anak kelahiran Peradin,Teluk Kerang, Tanjung Piai, kemudian berkhidmat sebagai pembantu teknik dan arkitek kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dari 1978 hingga 1990. Karmaine kini adalah seorang ahli perniagaan pernah dilantik Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebagai Imam Masjid Al-Mutaqqin, Taman Sutera, Johor Bahru.

Jb08 281019 Calon Ph

Dia pernah menerima Anugerah Ibu Bapa Mithali Peringkat Daerah Johor Bahru pada 2009.

Karmaine adalah bekas Bendahari UMNO Bahagian Tanjung Piai sebelum meninggalkan parti tu dan terbabit sebagai antara pengasas terawal BERSATU Tanjung Piai. Dia pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun tewas kepada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-UMNO).

Ahmad menang tipis dengan memperoleh 21,132 undi manakala Karmaine meraih 20,299 undi.

PRK kali ni adalah ujian getir oleh PH, PAS-UMNO pulak nak test power…

Bagi PH, PRK ni merupakan pilihan raya kelima tahun ini selepas Cameron Highlands, Sandakan, Semenyih dan Rantau. Pilihan raya kecil kedua bagi PPBM selepas Semenyih. Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke kata PH akan berusaha pertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Pakatan Harapan Tanjung Piai
Via FMT

“Kita akan menghadapi PRK Tanjung Piai dan ia menjadi ujian besar kepada kita dalam PH. Bagi mengenang jasa, budi dan sumbangan Md Farid, kita mesti mengembleng tenaga dan menggerakkan jentera untuk memastikan kerusi Tanjung Piai dipertahankan,” – Anthony Loke, seperti yang dilaporkan FMT

Kawasan parlimen tu terdiri daripada 53,528 pengundi dalam pilihan raya umum 2018. Daripada itu 56.8 peratus merupakan orang Melayu, Cina (41.64 peratus), India (1.01 peratus) dan baki adalah lain-lain.

Undi rosak sebanyak 841 dicatatkan lebih tinggi daripada majoriti calon memenangi kerusi itu. Kerusi Parlimen bernombor 165 terletak di penghujung Semenanjung, sebelah kiri negeri Johor. Satu lagi pilihan raya kecil yang menarik untuk disaksikan ketika suhu ketegangan dalam pelbagai sudut agak tinggi pada masa sekarang.

Cd
Via FMT

Negeri Johor merupakan tempat kelahiran Umno, yang menandatangani perjanjian kerjasama dengan PAS lebih seminggu yang lalu kat PWTC. Umno tak jangka ia akan kehilangan kubu kuat politik – Johor dalam pilihan raya umum lalu. Keadaan berubah. Mengejutkan banyak pihak.

Dalam beberapa minggu lagi akan ada pilihan raya kecil bagi pengundi Tanjong Piai untuk pilih wakil rakyat baru. Satu ujian besar kepada PH ketika masih ramai cuba memahami makna dan signifikan Piagama Muafakat Nasional yang ditandatangani Umno-PAS lebih seminggu yang lalu.

Menarik. Via Giphy

Umno-PAS akan teruskan kerjasama sebagaimana dilihat dalam tiga pilihan raya kecil lalu, elakkan pertindihan persaingan, sekali gus membawa kemenangan kepada Umno, parti dominan Barisan Nasional (BN).

Bagi PPBM ini ujian kedua bagi membuktikan populariti parti itu di tengah-tengah aliran sokongan kepada PH yang dikatakan mengalami penurunan disebabkan pelbagai isu keberkesanan pentadbiran, pergolakan politik dalaman dan sentimen perkauman dan agama yang semakin menebal.

Agak-agaknya siapa akan menang kerusi PRK Tanjung Piai kali ni?

Pilihan raya kecil Tanjong Piai diibaratkan ulangan pilihan raya kecil Johor Bahru yang mengisi lembaran sejarah politik negara akhir 1980-an semasa Umno berhadapan dengan krisis paling teruk dalam sejarah. Kedua-dua calon ada kekuatan masing-masing, agak-agaknya siapakah yang akan menang? Cuba korang beritahu kami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *