Sejarah lima jenama terkenal kat dunia bermula, semuanya perlu bersusah dahulu

Q1

Dalam dunia perniagaan, berdaya saing antara satu sama lain adalah komponen yang paling utama. Dalam kehidupan korang, mesti korang mempunyai satu atau dua jenama terkenal dunia yang korang sangat gemari kan? Tapi, korang pernah tak terfikir bagaimana sebenarnya asal usul jenama tersebut boleh terhasil dan bertahan sehinggalah ke hari ini?

1. Coca-Cola, Dr Pemberton laburkan semua wangnya untuk R&D minuman tonik…

Korang mesti dah tak asing dengan jenama Coca-Cola kan? Coca-Cola merupakan produk yang telah jaya berikan rasa yang terkenal kepada dunia. Coca-Cola telah dihasilkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Georgia. Minuman ini telah dihasilkan oleh Dr John Stith Pemberton. Selepas pengalaman dan kecederaan yang dia alami di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr Pemberton telah bertekad untuk mengaplikasikan segala pengetahuannya dalam bidang farmasi dan telah melaburkan semua wang miliknya untuk tujuan penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik.

Cola
via : tumblr.com

Pada masa tu, permintaan terhadap ubatan dan minuman tonik sedang meningkat naik kat seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat kental, dia telah memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama sebagai Coca-Cola kat kaunter sebuah farmasi. Tema yang digunakan oleh Dr Pemberton juga sangat sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” sehingga berjaya tarik perhatian ramai orang untuk membelinya.

Vco
Sampai hari ni masih laku. Via NAR

Lebih-lebih lagi pada masa tu segelas Coca-Cola hanya dijual pada harga lima sen je. Dr Pemberton telah menyatakan bahawa dia sama sekali tak pernah menyangka bahawa minuman hasil ciptaannya ini berpotensi untuk berjaya dan terkenal sehinggalah ke hari ini.

2. Microsoft, dua sahabat pernah dipecat kerana godam komputer pejabat…

Untuk pengetahuan korang, Microsoft telah menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa pada tahun 2010. Bill Gates dan sahabatnya iaitu Paul Allen telah berjaya menghasilkan dan memperkenalkan Microsoft pada tahun 1975. Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen telah diberhentikan setelah mereka menggodam komputer syarikat tempat mereka bekerja namun mereka telah dipanggil semula untuk berkhidmat menyelesaikan masalah virus komputer.

Billgatespaulallen12 620x310
Dua orang member yang baik. Via FB

Pada masa tu, mereka tak dibayar dengan wang akan tetapi mereka diberi kebenaran untuk mengakses komputer tanpa ada had masa sebagai pampasan.

Microsoft
Via: navirimagazine

Bill Gates telah berjaya lanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tersohor yang terdapat di Amerika Syarikat iaitu Havard University. Pada tahun 1974, Paul Allen telah berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan mengajaknya memulakan perniagaan perisian komputer bersama-sama dengannya.

Bill Gates dan Paul Allen terpaksa harungi dan menghadapi pelbagai rintangan untuk majukan perniagaan diorang. Akhirnya, diorang dah beri lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM yang mana bertitik tolak daripada tu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 billion pada hari ini. Gempak tak?

3. Google, bermula dengan sesi suai kenal sampailah kena sewa garaj rumah orang…

Korang semua mesti dah sangat kenal dengan nama Google kan? Stanford University telah jadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu yang mana pada asalnya hanyalah untuk sesi suai kenal sahaja dan berlanjutan sehingga tertubuhnya perniagaan yang mencecah nilai sehinga AS43.6 billion.

Via: Giphy

Untuk pengetahuan korang, kedua-dua sahabat ini adalah merupakan pelajar jurusan sains komputer dan telah berkolaborasi untuk cipta sebuah sistem enjin carian yang mereka gelarkan BackRub. Kemudian, nama tersebut telah ditukar kepada Google iaitu nama yang mereka adaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti dengan 100 kali nombor kosong pada bahagian belakangnya.

Google

Via: kilasdaerah.kompas.com

Pada awalnya, Google hanya beroperasi menggunakan kemudahan universiti je. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha untuk majukan Google walaupun pada masa tu diorang banyak hadapi tekanan dan mengganggu pelajaran serta pencapaian diorang kat universiti. Pada tahun 1998, mereka telah mendapat bayaran untuk berkerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah salah seorang rakan mereka.

104355301 Gettyimages 524130748
Sekali lagi, dua member yang baik. Via Bees

Bagi mendapatkan dana, mereka telah membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada masa tersebut dan akhirnya pada sekitar tahun 1999, Google telah dapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

4. McDonald, ini sebab restoran diorang takde kat taman tema Disney…

Pada tahun 1940, dua orang adik beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald telah mulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan sebuah kafe pandu lalu. Pada masa tu, kafe mereka menyediakan terlalu banyak menu. Selepas lapan tahun beroperasi, mereka telah mengurangkan menu kepada hanya sembilan sahaja iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberikan servis yang lebih cepat kepada para pelanggan mereka.

Mcd
Via: liputan6.com

Dalam tahun 1954, diorang bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe mereka untuk jual mesin campuran. Setahun selepas itu, Kroc telah beli keseluruhan McDonald kafe dan telah mengembangkan perniagaan tersebut secara agresif dengan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Pada hari ini, McDonald mempunyai 32,000 rangkaian restoran di seluruh dunia.

Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an ialah Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt telah mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% daripada harga biasa untuk diberikan kepadanya sebagai balasan.

Via Giphy

Kroc merupakan seorang yang mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh sebab tu, sehingga ke hari ini restoran McDonald tak dibuka di dalam taman tema Disney walaupun pada hakikatnya mereka berdua adalah kawan.

5. Nike, perniagaan yang bermula hanya dari kereta je…

Amat mustahil jika korang tak pernah dengar salah satu jenama terkenal dunia iaitu jenama Nike. Selepas tamat pengajian di Universiti, Philip Knight telah ambil keputusan untuk menjelajah di sekitar negara Jepun. Di Jepun, Knight telah bertemu dengan pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai seorang ahli olahraga di universiti, Knight telah bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat.

Untuk penuhi syarat syarikat Jepun tu, Knight telah mendaftarkan sebuah syarikat yang diberi nama sebagai Blue Ribbon Sports (BRS).

Nike
Via: iessedi.com

Pada akhir tahun 1963, pesanan kasut yang mereka terima telah mencecah sehingga 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal, Knight telah mulakan perniagannya dengan melakukan jualan kasut tersebut daripada kereta je. Segala stok kasut tu pulak akan disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan yang Knight lakukan terus berkembang maju apabila Knight telah jalinkan kerjasama bersama rakan kongsinya iaitu Bill Bowerman bermula pada tahun 1964.

Via Giphy

Diorang mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang bolehkan para pekerja mereka jual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger telah berakhir sekitar tahun 1971 yang mana pada ketika itu Knight dan Bowerman telah menghasilkan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike bersempena dengan dewi kemenangan Greek.

Sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya…

Korang semua rasa macam mana? Bukan mudah sebenarnya untuk mereka semua ni sampai ke tahap seperti hari ni. Banyak masa dan tenaga yang telah mereka pertaruhkan dan perjuangkan. Dalam hidup ni, kita harus belajar untuk tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita semua impikan dan kena yakin bahawa sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *