Cuba menyeludup masuk ke Eropah, 39 warga asing mati kesejukan di dalam lori

Bapa Mangsa Essex

Siapa sangka, harapan nak cari rezeki untuk keluarga kat rumah berakhir dengan jasad terpaksa berhimpit dengan jasad lain kat dalam lori. Begitulah kisah di sebalik peristiwa penemuan 39 mayat dalam sebuah lori yang ditinggalkan di Essex, United Kingdom. Keluarga bertangisan kat negara asal kerana sedih, tu belum campur lagi nak fikir macam mana nak bawa pulang jenazah ahli keluarga tersayang.

Ibu bapa manalah yang tak hancur hati bila anaknya berhabis kumpul duit nak cari kehidupan kat Eropah, tapi mayat mereka je yang sampai. Hmm…

Essex Death Parents
Via The Guardian

Dijumpai mati dalam keadaan yang mencurigakan…

Pada 23 Oktober lalu, ada orang laporkan lori pelik kat paramedik sebelum pihak berkuasa datang nak jenguk kesahihan cerita paramedik. Ditemui di dalamnya, 39 orang warga asing mati kesejukan. Oleh sebab takde dokumen sah dijumpai kat badan mangsa-mangsa tersebut, mereka anggap bahawa ni warga dari China berdasarkan rupa wajah mereka je. Waktu tu, banyak media Barat laporkan khabar mengejutkan ni dan akhirnya dikutip oleh media Asia.

Skynews Truck Essex Death 4813725
Tangkap layar lori tersebut dari rakaman kamera litar pintas. Via Skynews

Pihak polis kemudiannya dihubungi oleh beberapa keluarga dari Vietnam yang kata tu adalah mangsa-mangsa tu adalah anggota keluarga mereka. Walaupun masih belum dapat disahkan lagi identiti mereka, berdasarkan cerita-cerita dari mereka macam kena sangat dengan situasi tersebut. Menurut laporan The Washington Post, salah seorang daripada mangsa tu dikatakan bernama Pham Thi Tra My sempat hantar mesej kat ibunya pada jam 10.28 malam, masa London.

Pihak polis berpendapat waktu tu, mereka sepatutnya dalam perjalanan dari Belgium ke Britain di sebuah kontena atas sebuah kapal.

“Saya minta maaf, Mak. Perjalanan saya ke luar negara tidak berjaya… Mak, saya sayang mak sangat! Saya akan mati sebab saya tidak dapat bernafas.”- Pesanan mesej yang dikirim oleh mangsa kepada keluarga Tra My.

Beberapa lagi keluarga turut hubungi Kedutaan dan kini sedang tunggu kebenaran supaya wakil keluarga dapat sahkan identiti mangsa tersebut.

Bayar hampir 40 ribu dollar hanya untuk mati dalam kontena

Lebih mengecewakan lagi, abang Tra My bernama Pham Ngoc Tuan bayar $39,000 untuk diseludup masuk ke Eropah. Ni juga bukanlah kes terbaharu mahupun terpencil. Tahun lalu, 21 warga Vietnam termasuk 11 kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah di Newhaven, Britain. Modus operandi juga sama, iaitu dijumpai dalam sebuah lori sejuk beku. Pada tahun 2000, 58 warga China ditemui mati dalam lori, juga dalam perjalanan dari Belgium ke Britain.

Essex Lori Peta Perjalanan
Via The Sun

Menurut dapatan polis juga, mangsa-mangsa yang terdiri daripada 31 lelaki dan 8 wanita mungkin berasal dari kampung yang sama. Malah salah seorang daripada mangsa wanita tu pula adalah seorang remaja baru berusia 19 tahun. Orang kampung kata remaja tersebut, Anna Bui Thi Nhung bayar $8000 untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Tra My bayar lebih sebab nak tempat yang lebih selesa ke Eropah. Duit tu pun hasil wang simpanan sekeluarga agar Tra My boleh sampai dengan selamat dan bawa pulang pendapatan yang lumayan untuk mereka sekeluarga.

Seluruh daerah kecil Yen Thanh berduka, dan turut mengadakan upacara menyalakan lilin demi menghormati pemergian mangsa-mangsa tersebut. Lori tersebut dikatakan merupakan 1 daripada 3 lori yang bawa warga Vietnam untuk diseludup ke Eropah. 2 daripadanya tak diketahui khabarnya, namun lori ketiga dipercayai alami masalah sampai terpaksa lambat berlepas. Lori ketiga tersebut adalah lori yang dinaiki oleh mangsa-mangsa ni.

Siasatan Lori Essex
Via The Sun

Berjaya tahan anak ular, polis kena fokus basmi lubuk ular ni…

Sepertimana yang kami dah cakap tadi, benda begini perlu dioperasikan secara terancang. Sudahlah kes ni dapat perhatian dunia termasuklah para aktivis hak asasi manusia dan anti-penyeludupan manusia, pihak polis kena cepat selesaikan kerana ia juga libatkan hubungan dengan negara lain iaitu Vietnam.

Setakat ni, polis dah tahan reman empat suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran ke negara tersebut.

Hanya tiga daripadanya dilepaskan dengan ikat jamin, manakala pemandu lori berusia 25 tahun bernama Maurice “Mo” Robinson masih lagi ditahan. The Sun melaporkan bahawa dia adalah orang pertama yang menjumpai mayat tersebut ketika dia buka lori tu untuk urus beberapa kertas kerja. Selain tu, dia juga dikatakan orang pertama yang panggil ambulans seterusnya dilaporkan oleh paramedik kepada pihak polis. N

ampaknya masa dia pandu lori tu dari Purfleet ke Essex tanpa ketahui pun kandungan kontena yang dibawanya tu.

Pemandu Lori
Mo Robinson antara suspek utama. Via Southend Echo

Ni tak mengejutkan sebab ikut laporan Mail Online, rupanya suhu dalam unit barangan tu memang sejuk gila. -25 Celcius ye! Kami tak boleh bayangkan macam manalah detik akhir mereka di bawah suhu yang amat sejuk tanpa peralatan ataupun pakaian yang sesuai. Dahlah dikunci dari luar, nak teriak buat bunyi bising pun takde orang dengar… sangat menyayat hati. Tu pun tak tahu lagi sama ada semua tu hidup ketika dah sampai Essex. Boleh jadi ada yang dah meninggal dunia dalam perjalanan, dan yang selamat tu pula meninggal dunia akibat terlalu sejuk.

Dalam Lori Kematian
Pandangan dalam lori tersebut dari jauh. Via Dailymail

Kini kes ni masih lagi dalam siasatan polis dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah detektif dari Ireland dan Vietnam sendiri. Salah satu suspek utama mereka adalah kes penyeludupan ni adalah angkara sebuah geng yang memang terkenal dengan jenayah penyeludupan manusia – geng Snakehead. Mike Gladwell, seorang bekas detektif kata geng Snakehead ni macam “ejen pelancongan penjenayah” sebab ejen-ejen mereka akan kerja sambil cari orang yang nak diseludup masuk.

Kalau betul lah geng Snakehead, sebuah organisasi jenayah terancang yang nak seludup orang-orang Asia dengan janji mereka dapat kerja kat Eropah ni terlibat, kami berharap mereka akan dikenakan hukuman setimpal dengan apa yang mereka lakukan kat para pencari kerja yang penuh harapan dapatkan hidup yang lebih baik. Ada yang hilang nyawa walhal dah bayar puluh ribu untuk perjalanan yang lebih selesa dan selamat macam kes di Essex ni; tu tak adil.

Kena tahu beza dua-dua jenayah berkaitan penyeludupan manusia ni

Tempat kita pun tak terkecuali juga. Negara kita terpaksa adakan bermacam-macam inisiatif dan hubungan tenaga kerja dengan negara jiran khususnya Indonesia supaya dapat kurangkan jenayah penyeludupan manusia ni. Sudah pasti, kita nak elak peristiwa macam di Essex ni berlaku kat negara kita dan begitu juga kes Wang Kelian yang patut kita anggap sebagai petanda bahawa jenayah sebegini berlangsung juga saat kita lihat kes penyeludupan manusia ni berlaku kat negara lain pula.

Kubur Wang Kelian
Kes Wang Kelian yang sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Via Free Malaysia Today

Namun begitu, kita juga perlu faham pasal dua jenis penyeludupan manusia yang selalu berlaku. Menurut The Cornerstone Report (2017), human trafficking dan human smuggling ni tak sama sebenarnya.

Human trafficking involves exploiting men, women, or children for the purpose of forced labour or commercial sexual exploitation. Human smuggling involves the provision of a service- typically transportation or fraudulent documents- to an individual who voluntarily seeks to gain illegal entry into a foreign country”

Human trafficking ni ada unsur nak pergunakan seseorang sama ada nak jadi tenaga buruh secara paksa ataupun sebagai pekerja seks. Manakala human smuggling pula ada unsur ‘orang tengah’ atau ejen yang tawarkan perkhidmatan perjalanan ataupun dokumen. Biasanya human smuggling ni sasarkan orang yang sukarela nak masuk ke sesebuah negara walaupun secara haram.

Via Giphy

Kita boleh nilai kes ni lebih kepada human smuggling sebab memang pun mereka nak masuk ke Eropah secara haram. Tapi daripada human smuggling ni lah, boleh juga terjadinya human trafficking, khususnya bila ejen perkhidmatan perjalanan tu bersekongkol pula dengan ejen ‘pencari kerja’ kat negara yang bakal dituju oleh mangsa-mangsa.

Nak cari kerja kat negara orang tu biarlah ‘ketuk pintu’ dulu

Haa… betul lah kan? Akibat perangai segelintir orang kita yang nak sangat kerja petik epal kat Australia, mereka pun dah ketatkan kawalan sempadan mereka. Ingat tak lagi pasal kisah 6 gadis yang dihalang masuk ke Australia? Kalau dengar dari sisi perkongsian salah seorang gadis ni, sebab pegawai tu dihalang masuk adalah kerana tak bawa duit yang cukup dan ‘penampilan’ yang tak macam orang nak bercuti.

Via Giphy

Banyak pengajaran boleh kita peroleh kat insiden ni. Selain dari kena siap sediakan diri nak ambil tahu butiran perjalanan serta penginapan, kita nampak sendiri layanan negara lain lepas dibuktikan bahawa immigran haram nombor satu adalah dari Malaysia. Kalau nak cari kerja kat luar, kami sarankan agar korang gunalah jalan yang sah ye dan pastikan dokumen kerja korang diperbaharui ikut undang-undang. Bak kata peribahasa Melayu, “dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *