Grandpa Kitchen meninggal dunia, ini antara masakan dia yang power

Grandpa Kitchen Youtube
Grandpa Kitchen meninggal dunia, ini antara masakan dia yang power

Pernah tak anda nampak video seorang atuk memasak guna dapur kayu di media sosial? Lebih menariknya, dia masak macam alah-alah kenduri! Kalau anda buka YouTube, boleh taip ‘Grandpa Kitchen’ dan akan muncullah beberapa video atuk dari India ini memasak.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, masak banyak-banyak ini nak buat kenduri ke catering? Gigih pulak tu, pakai dapur kayu je… Haa, kalau nak tahu, atuk dari Grandpa Kitchen sebenarnya memasak untuk anak-anak yatim.

Grandpa Kicthen Last Dish
Menu terakhir dari Grandpa Kitchen, Crispy Potato Fingers via Times of India

Sayangnya, dalam kemeriahan sambutan musim Deepavali tahun ini, netizen dikejutkan dengan pemergian Grandpa Kitchen ini. Tak ada sesiapa pun yang sangka beliau akan pergi meninggalkan kita semua. Pengikut setia saluran Grandpa Kitchen tentunya masih ingat video masakannya yang terkini pada tarikh 20 September 2019. Bagi memperingati hero ini, kami nak cerita serba sedikitlah tentang atuk legend ini.

Atuk Chef yang menggegarkan warga Internet…

Ramai panggil atuk ini dengan nama ‘Grandpa Kitchen’ tapi tak ramai yang tahu nama sebenarnya, kan? Haa, nama sebenarnya Narayana Reddy, berusia 73 tahun. Wuish, umur dah lebih 70 pun masih kuat untuk memasak. Kita yang muda-muda ini pun masak megi goreng pun dah rasa penat. Haha.

Sememangnya video masakan akan mudah tular dan tukang masak dalam video itu pun akan dikenali ramai. Kalau di Malaysia ini, kita boleh katakan macam Khairulaming lah. Walaupun dah ada ramai chef-chef online yang terkenal, tapi masih tak boleh lawan Grandpa Kitchen!

Grandpa Kitchen bukan saja terkenal di negara India, malah seluruh dunia! Mula tular dengan video donut yang dibakar dengan dapur kayu, Grandpa Kitchen mulai menjadi perhatian netizen di seluruh dunia. Video ini juga telah mendapat tontonan sebanyak 17 juta! Orang putih cakap ‘The Grandpa Kitchen Hits Internet by Storm’ !

Apakah motif di sebalik saluran Grandpa Kitchen di YouTube?

Macam yang kami terangkan tadi, Grandpa Kitchen memasak untuk anak-anak yatim. Tapi pernah tak kita terfikir kenapa team video ini gigih merakam proses memasak sebegini? Bukan mudah ya nak rakam proses atuk ini memasak.

Video-video Grandpa Kitchen ini diterbitkan di YouTube bukan semata-mata nak tunjuk kepakaran memasak guna dapur kayu dari atuk chef ini, tapi ia adalah sebuah kempen untuk membantu anak-anak yatim ini. Seperti yang tertera dalam channel Grandpa Kitchen;

‘We entertain people by cooking food and donate the proceeds to charities. Our goal is to provide basic necessities like food, clothing, school supplies and birthday gifts to the orphans’

Kempen sebegini sebenarnya lebih efektif kerana ia sangat dekat dengan kebanyakan orang yang melayari media sosial. Siapakah yang tak terliur dna kagum melihat Grandpa Kitchen memasak? Dan siapakah yang tak terharu melihat betapa seronoknya dan berseleranya anak-anak yatim menikmati hidangan mereka yang dimasak oleh Grandpa Kitchen?

Senarai video Grandpa Kitchen yang mendapat tontonan tertinggi di YouTube

Bagi yang tidak mengikuti vide Grandpa Kitchen, di sini kami tayangkan gambar-gambar makanan yang beliau pernah masak. Yummy!

  1. Pizza Pepperoni Terbesar di Dunia (4.3 juta tontonan)1
  2. Kentang Goreng Rangup (5 juta tontonan)2
  3. Double Cheese Burger (5.8 juta tontonan)3
  4. Lasagna (6.8 juta tontonan)                           4
  5. Kek Coklat Oreo Terbesar di Dunia (11 juta tontonan) 5
  6. Donut, video terawal (17 juta tontonan)6

-semua gambar di atas dari sumber:  YouTube Grandpa Kitchen

Perginya seorang hero, mesti susah nak cari pengganti…

Sebagai netizen yang mengikuti saluran Grandpa Kitchen, tentunya akan merindui video-video masakan dapur kayu dari Grandpa Kitchen. Apatah lagi, anak-anak yatim yang disantuni oleh mendiang, pastinya mereka lebih terasa kehilangan ini.

Rest in Peace, Grandpa.

Semoga segala jasa baiknya akan terus dikenang dan diingati oleh setiap orang yang pernah menonton videonya. Moga anak-anak yatim yang pernah merasai air tangannya juga membesar menjadi manusia yang baik di sisi masyarakat. Kelak apabila mereka dewasa, mereka juga akan menyumbang kembali kepada masyarakat seperti Grandpa Kitchen.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top