Kami cipta 3 situasi untuk perlihatkan perbelanjaan rakyat berkeluarga di Malaysia

12121

Berulang kali kita dengar keluhan rakyat tentang kos sara hidup dan kesusahan untuk memenuhi keperluan hidup di Malaysia.Tapi apa dasar keluhan mereka ni? Betul ke gaji memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumah?

Khazanah Research Institute (KRI) melaporkan dalam terbitan The State of Households 2018: Different Realities bahawa pada tahun 2016, isi rumah bergaji RM2,000 ke bawah belanja 94.8% gaji mereka tu untuk membeli barang penggunaan. Selepas inflasi diambil kira, gaji RM2,000 tu tinggal RM76 je.

Via SlideShare

Akhbar The Edge telah mengilustrasikan beberapa senario berdasarkan contoh sebenar untuk menunjukkan perbelanjaan keluarga rakyat Malaysia yang menetap di bandar.

Senario A – Pasangan suami isteri dengan dua anak kecil

Pasangan suami isteri dengan dua anak kecil, menyara hidup dengan gaji kasar RM5,000 sebulan. Diorang berada dalam lingkungan umur 30-an dan tahap pelajaran tertinggi mereka adalah SPM. Si suami dapat RM3,000 sebulan sebagai seorang jurulatih kat gym, manakala si isteri dapat RM2,000 sebulan sebagai seorang setiausaha. Rumah dan kereta biasa-biasa je, rumah flat dan kereta Proton Saga untuk perbelanjaan yang minimum.

Rumah flat. Via Iproperty

Tapi memandangkan diorang tak mempunyai ahli keluarga terdekat, terpaksalah keluarkan duit, sebanyak RM1,800 untuk perbelanjaan anak-anak seperti upah pengasuh. Lepas tolak semua perbelanjaan, tinggallah RM90 je daripada gaji RM5000 tadi tu.

PENDAPATAN BULANAN5,000
(-)KWSP550
Potongan cukai
Gaji bersih4,450
(-)Sewa rumah bulanan650
Bayaran pinjaman kereta364
Bayaran pinjaman pelajaran/PTPTN
Pendapatan boleh guna3,436
(-)Barang runcit/Makanan1,120
Perbelanjaan anak-anak (Barangan keperluan dan pengasuh)1,800
Bil: Telefon, elektrik, air126
Isi minyak kereta200
Tempat letak kereta100
Simpanan90

Senario B – Pasangan suami isteri yang juga mempunyai dua orang anak

Pasangan suami isteri juga mempunyai dua orang anak, tapi merupakan pemegang diploma yang bekerja dalam bidang sumber manusia dan memperoleh pendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 sebulan. Pasangan ini nak hidup selesa sikit jadi mereka menyewa apartmen yang ada 3 bilik dan beli kereta Myvi. Pelajaran anak dijadikan keutamaan iaitu sebanyak RM2,200, jadi ada lah peruntukkan untuk pergi kelas tuisyen. Tapi bila kira-kira, tinggal hanya RM256 untuk dijadikan duit simpanan.

Beza flat dan apartmen, kot-kot ada yang tak tahu. Via Pediaa
PENDAPATAN BULANAN8,000
(-)KWSP880
Potongan cukai130
Gaji bersih6,990
(-)Sewa rumah bulanan1,000
Bayaran pinjaman kereta581
Bayaran pinjaman pelajaran/PTPN513
Pendapatan boleh guna4,896
(-)Barang runcit/Makanan1,800
Perbelanjaan anak-anak (Barangan keperluan dan pengasuh)2,200
Bil: Telefon, elektrik, air280
Isi minyak kereta260
Tempat letak kereta100
Simpanan256

Senario C – Pasangan suami isteri ini merupakan pemegang ijazah

Pasangan suami isteri ini merupakan pemegang ijazah dengan jumlah pendapatan isi rumah sebanyak RM12,000 sebulan. Demi pelaburan masa depan diorang dan anak-anak, pasangan ini telah membuat keputusan untuk beli rumah terus. Kereta pun pakai Honda City. Dulu pinjam PTPTN, jadi sekarang tengah bayar baliklah kerjanya. Disebabkan mereka bekerja hingga lewat malam, takda lah nak memasak kat rumah.

Macam ni kot rumah diorang. Via Giphy

Hari kerja makan kat luar, hari minggu pun makan kat luar jawabnya. Jadi ada lah RM40 boleh nak buat simpanan dalam bank.

PENDAPATAN BULANAN12,000
(-)KWSP1,320
Potongan cukai630
Gaji bersih10,050
(-)Bayaran balik rumah bulanan2,800
Bayaran pinjaman kereta850
Bayaran pinjaman pelajaran/PTPN820
Pendapatan boleh guna5,580
(-)Barang runcit/Makanan2,300
Perbelanjaan anak-anak (Barangan keperluan dan pengasuh)2,400
Bil: Telefon, elektrik, air420
Isi minyak kereta320
Tempat letak kereta100
Simpanan40

Ini kira okaylah, sebab ada lagi simpanan, ramai yang cukup-cukup makan je…

Situasi yang diberikan oleh Akhbar The Edge ni kita okaylah lagi, sebab diorang ambik contoh dekat bandar. Kalau difikirkan secara logik – mana weh gaji SPM nak dapat RM3,000? Apa-apa pun situasi yang cuba digambarkan oleh Akhbar The Edge ni nak tunjukkan kita; kos sara hidup memang semakin meningkat, masalahnya gaji pada peringkat nasional macam tak naik-naik. 

Via Bank Negara

Masalahnya, apabila ada orang luar kritik keadaan kemiskinan atau kadar gaji pekerja di Malaysia, ada pulak Menteri yang marah dengan orang yang sampaikan kritikan tu. Sampai bila weh nak berbangga dengan data yang kita ada, tapi dalam masa yang sama rakyat tengah sengsara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *