Harga barang dijangka akan naik sehingga 10%, ini punca sebenarnya

harganaik1

Kenaikan harga barang dahpun kita rasai sejak tempoh awal penularan pandemik tahun lalu. Macam-macam harga naik, daripada harga makanan hinggalah ke harga bahan binaan. Gaji pulak tak naik-naik, malah semakin turun lantaran banyak perniagaan terpaksa ikat perut atau gulung tikar. Keadaan ni menyebabkan ramai semakin risau dengan kehidupan, khususnya keluarga berpendapatan rendah. Kisah Evian yang terpapar dalam sebuah video yang menunjukkan pihak kerajaan sedang membincangkan harga makanan tetap tak meredakan kerisauan tersebut.

Sekarang ni pulak, pihak kilang memberi amaran bahawa akan berlakunya harga kenaikan barang. Katanya, rata-rata kilang bercadang nak salurkan peningkatan kos tu kepada pengguna. Kali ni, kami kongsikan kenapa kenaikan ni berlaku dan apa masa depan kita kelak sekiranya takde tindakan dilakukan bagi membendung kenaikan harga ni.

harga naik
Via Utusan

Lebih dua pertiga syarikat bercadang salurkan peningkatan kos kepada pengguna, inflasi naik ke paras tertinggi

Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM),  Soh Thian Lai kata pengguna harus bersiap sedia untuk berdepan kenaikan harga sehingga 10% melainkan kos makanan dan barangan bukan makanan terkawal.

Berdasarkan tinjauan FMM pada Disember lalu berkenaan impak kenaikan harga roti, telur, lampin dan detergen; sebahagian besar responden bercadang salurkan kos kepada pengguna, selagi takde tindakan drastik diambil untuk bendung kenaikan harga.

“Lebih dua pertiga daripada syarikat yang ditinjau bercadang menyalurkan peningkatan kos antara 1-10% kepada pengguna,”- seperti yang dilaporkan FMT

harganaik
Via Faizal Yusup

Jabatan Perangkaan terdahulu melaporkan, kenaikan kos pengangkutan dan harga makanan jugak mendorong inflasi ke paras tertinggi sebanyak 3.2% pada Disember – melepasi kadar inflasi purata 1.9% bagi tempoh 2011 hingga 2021.

Kenaikan ni turut didorong oleh peningkatan sebanyak 7.5% dalam kos pengangkutan dan 3.2% dalam kos makanan dan minuman bukan alkohol. Kadar inflasi jugak disebabkan oleh kenaikan kadar dalam perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

“Sebarang kenaikan harga bagi pekilang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi,”- seperti yang dilaporkan FMT

lorisewajohor
Via Massallorisewa.com

Covid-19 dah mewujudkan rantaian masalah yang akhirnya memberi kesan kepada pasaran hingga mewujudkan kesesakan rantaian bekalan, kos logistik lebih tinggi, harga komoditi yang melambung, kekurangan tenaga dan buruh di peringkat global.

“Mujur dua pertiga daripada responden telah mengambil tindakan proaktif untuk mengurangkan kos secara dalaman dan beralih kepada input yang lebih murah apabila boleh,”- seperti yang dilaporkan FMT

Kos bahan mentah, logistik naik lebih 30%, semakin tinggi sejak September 2021

Dalam satu laporan media yang lain, Soh Thian Lai jugak dilaporkan kata alat agnti dan pembungkusan jugak turut meningkat antara 11 hingga 15 peratus. Selain tu, peningkatan kos buruh pulak meningkat sebanyak 6 hingga 10 peratus.

“Berdasarkan tinjauan FMM, kenaikan harga barang keperluan kebanyakannya disebabkan oleh bahan yang diimport. Namun peningkatan terbesar dalam komponen kos dialami syarikat adalah disebabkan oleh kos bahan mentah dan logistik yang melebihi 30 peratus.

Bagaimanapun kenaikan harga barang bukan baharu dan berdasarkan pemerhatian, kos makanan segar lebih tinggi sejak September 2021 manakala kos logistik meningkat sejak Julai 2021,”- seperti yang dilaporkan BH

ayam import
Via Harian Metro

Berdasarkan tinjauan pihaknya jugak, kenaikan kos akan menyebabkan harga plastik, produk plastik, minuman, makanan, tembakau dan barangan elektrik serta elektronik meningkat.

Cadangnya bagi mengurangkan impak kenaikan harga tersebut; bekalan tempatan perlu dijadikan sebagai pengganti kepada bahan diimport, selain ia jugak dapat mengawal kos logistik. Hal ni dahpun digunakan oleh banyak syarikat, iaitu diorang gunakan bahan lebih murah supaya masih kekal berdaya saing dalam perusahaan serta nak elak kerugian.

kl08 26082021 sop pasar
Via Berita Harian

Sementara tu, baru-baru PM Ismail Sabri umumkan bahawa harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling ditetapkan daripada RM9.10 kepada RM8.90. Harga telur pulak kekal sebagaimana yang ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). Harga bahan binaan pulak masih lagi naik dan takde perkembangan selanjutnya berkenaan mekanisme untuk kawal harga tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *