Pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak kini bermula, ini perkembangannya

pickidss1

Di luar negara, suntikan vaksin untuk kanak-kanak dahpun dilancarkan. Kat Malaysia, kita pun dah perlahan-lahan lancarkan vaksin untuk golongan remaja dan akhirnya, untuk kanak-kanak. Seperti yang kami dah pernah tulis dahulu, Covid-19 nampaknya kurang memberi kesan yang teruk kepada kanak-kanak yang sihat. Walau bagaimanapun, ni tak bermakna kita harus biarkan diorang tanpa sebarang perlindungan antibodi yang diperlukan.

Sejak Januari lalu, KKM dah mulakan hebahan program vaksinasi untuk kanak-kanak. Cabaran program ni tentunya lebih sulit kerana kali ni, ia memerlukan kefahaman dan kesedaran dari pihak ibu bapa dahulu sebelum vaksinkan anak diorang… tak seperti golongan dewasa yang boleh je pergi sendiri. Oleh tu, tak macam orang dewasa jugak, kanak-kanak yang belum vaksin takkan dikenakan sekatan.

pickids
Via Bernama

KKM laksanakan pemberian vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun, keutamaan bagi kanak-kanak rendah imun

Seperti yang kami dah sebut awal tadi, KKM sedang laksanakan pemberian vaksin Pfizer kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Ia akan bermula pada Februari ni. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kata kerajaan akan bagi keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program kepada kanak-kanak yang ada masalah kesihatan. Ni kerana diorang lebih berisiko dijangkiti Covid-19.

“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.

Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty akan digunakan dalam program ini dan formulasi khas untuk kanak-kanak dibekalkan di dalam bebuli 10 dos dan perlu dicampur dengan 1.3 mililiter larutan garam biasa.

Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mililiter dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

20220119 kump sasar pickids bm
Via Covid-19 Malaysia

Program vaksinasi kanak-kanak perlu 2 suntikan dos, dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama. Ni kerana berdasarkan data terkini yang KKM peroleh, sela masa yang diberikan antara dua dos tu akan beri kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi. Ia jugak berpotensi berikan perlindungan yang lebih lama.

“Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.

Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin ini sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari ini,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

pickids1
Via NST

Risiko jangkitan kanak-kanak biasanya di tadika dan sekolah, formulasi dos lebih rendah dari orang dewasa

Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam gesa ibu bapa agar ambil peluang program vaksinasi PICKids ni. Malah, kes jangkitan kanak-kanak kini dah sekitar 500.000 mengikut data KKM. Hampir 260.000 kanak-kanak pada lingkungan usia 5-12 tahun dah dijangkiti wabak berkenaan.

“Ada juga berlaku kematian 31 kes melibatkan kanak kanak 5 hingga 12 tahun akibat jangkitan COVID. Data juga menunjukkan kalau kanak-kanak dapat COVID-19 mereka ada dua risiko… pertama sakit COVID-19, kemudian mereka terdedah long COVID-19 iaitu kesan jangka masa panjang,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

pickids vaksin
Via SoyaCincau

Salah satu kegusaran ibu bapa adalah formulasi dos yang akan diberikan. Dr. Zainal Ariffin menjelaskan, formulasi tersebut adalah vaksin yang khas untuk kanak-kanak. Beberapa negara lain jugak dah berjaya perlihatkan keberkesanan selepas kanak-kanak berusia 5-12 tahun divaksin.

“Vaksinasi kanak kanak menggunakan vaksin Pfizer mempunyai dos rendah lebih rendah daripada orang dewasa.

Vaksin (Pfizer) telah diguna pakai di negara lain seperti di Amerika Syarikat, Singapura, Kanada dan negara lain… jadi kita sudah melihat bukti keberkesanannya,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani
pickids jpn
Via Jabatan Penerangan Malaysia
Dalam perkembangan terbaharu, Khairy Jamaluddin kata kanak-kanak yang belum ambil vaksin tak akan dikenakan sekatan disebabkan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) tak wajib. Bagaimanapun, ibu bapa digalakkan utnuk daftarkan anak masing-masing di aplikasi Mysejahtera (MySJ) demi lindungi diorang daripada Covid-19.
Kerajaan sasarkan 70% kanak-kanak dalam lingkungan 5-12 tahun dalam sistem pendidikan dapat diberikan 1 dos vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal bulan depan. Manakala 80% akan terima dos lengkap dalam tempoh 6 bulan.
Sejak 2 Februari lalu, seramai 517,107 kanak-kanak dah didaftarkan oleh ibu bapa diorang untuk terima vkasin Pfizer Covid-19. Angka tersebut merangkumi kira-kira 15% daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak. Pemberian vaksin akan dimulakan di Lembah Klang dan akan diperluaskan ke serata negara.

Dalam sebuah infografik yang dikongsi KJ, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi manakala Labuan mencatatkan pendaftaran terendah. Sekurangnya sejumlah 4 juta kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di Malaysia layak terima vaksin.

Kami jugak turut berharap PICKids ni akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ibu bapa, khususnya dengan risiko penularan yang masih lagi berlangsung susulan sekatan pergerakan dah dilonggarkan. PKP pun berkemungkinan besar tak lagi akan dilakukan kerana kita pun dah pindah perancangan ke fasa pemulihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *