Dr Zakir Naik dapat penduduk tetap di Malaysia, macam mana dia boleh dapat?

Kiii 60
Dr Zakir Naik dapat penduduk tetap di Malaysia, macam mana dia boleh dapat?

Sekarang ni tengah panas tentang isu Dr Zakir Naik yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan ramai orang. Dia dilaporkan mengatakan – kalau dia nak diusir dari Malaysia, sepatutnya ‘pendatang yang lebih awal’ yakni bangsa Cina perlu diusir terlebih dahulu. Tapi dia ada jugak nafikan yang dia maksudkan macam tu. Pihak PDRM pun dah lakukan siasatan terhadap dia selama 6 jam weh. Tapi, ada satu sudut yang ramai tak nak ambil tahu, iaitu bagaimana dia boleh mendapat status penduduk tetap (PR) kat Malaysia?

Via MalaysiaKini

Kami pun koreklah website Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk dapatkan maklumat berhubung kes ni. Meh baca dapatan kami…

Macam mana nak dapatkan permit masuk? Macam senang je Dr Zakir boleh dapat

Permit Masuk ni merupakan satu Permit dalam bentuk dokumen yang benarkan warganegara asing yang bukan bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan berada kat Malaysia. Permohonan Permit Masuk terbuka kepada mana-mana orang yang bukan bertaraf warganegara Malaysia (warganegara asing) yang ingin berada dan menetap di Malaysia.

Contoh surat kelulusan permit masuk. Via Sleepless in KL

Negara kita jugak bukan saja-saja bagi permit masuk ni, ada kategori jugak. Golongan yang layak dapat pertimbangan untuk Permit Masuk dibahagikan kepada empat (4) kategori;

  • Kategori Pelabur (High Net Worth Individual)
  •  Kategori Pakar ‘A1’ dan Profesional ‘A2’
  • Kategori Suami/Isteri/Anak umur bawah 6 tahun kepada warganegara
  • Kategori Sistem Mata

Penerangan tentang kategori-kategori untuk seseorang tu dapatkan permit masuk

Pelabur yang nak melabur melebihi 2 juta USD. Pelabur ni kena bawa masuk pelaburan melebihi 2 juta USD dan kena simpan dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit) dalam bank-bank tempatan dan tak boleh dikeluarkan untuk  tempoh 5 tahun. Pemohon tu kena kemukakan surat perakuan sumpah yang membuat perakuan tak keluarkan simpanan dalam tempoh lima tahun.

Kena banyak duitlah…Via Giphy

Selain tu, suami atau isteri dan anak-anak berumur di bawah 18 tahun kepada pelabur yang telah diluluskan Permit Masuk boleh diberi kemudahan pas lawatan jangka panjang yang bersesuaian untuk tinggal bersama pelabur yang berkenaan . Mereka layak dipertimbangkan Permit Masuk selepas 5 tahun menetap kat Malaysia.

Untuk kategori pakar A1 dan A2, lain pulak ceritanya…

Seseorang yang ada kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkan dia memberi perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara yang sedia ada. Kategori ini dibahagikan kepada dua (2) jenis…

Kategori Pakar jenis (‘A1’), individu berbakat dan berkemahiran tinggi

Dia kenalah memiliki kepakaran dalam bidang kritikal dan mencapai taraf ‘World Class’  dan diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa. Kepakaran ni akan ditentukan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia. Dia juga kena memiliki Surat Perakuan Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari negara asal sebagai jaminan pemohon bersih daripada sebarang rekod jenayah di negara asal.

Pekerja pakar. Via Giphy
Untuk kategori pakar A2 pulak, kena bekerja kat mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun

Bagi kategori ni, orang tu kena memiliki kemahiran dalam bidang kritikal yang telah diperakukan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia. Macam kategori A1 sebelum ni, dia kena ada Surat Perakuan Kelakuan Baik (Letter of Good Conduct) dari negara asal. Lepas tu, dia kena bekerja dalam mana-mana agensi Kerajaan atau swasta di negara ini bagi tempoh melebihi 3 tahun dan jawatan yang disandang hendaklah disahkan oleh Agensi Kawal Selia yang berkaitan di Malaysia.

Sebenarnya ada dua lagi cara, iaitu apabila seseorang tu berkahwin dengan warganegara Malaysia atau guna sistem kutipan mata, tapi kami tak rasa Dr Zakir Naik dapat status penduduk tetapnya melalui kaedah ni. Tapi kalau korang berminat nak baca, korang boleh baca kat sini.

Bolehkah status penduduk tetap yang diberikan kepada Dr Zakir Naik ni ditarik balik?

Sebenarnya boleh je, sebab setiap orang yang diberikan permit masuk ni kena patuhi beberapa perkara. Contohnya dia kena berlaku baik sepanjang masa dan dia kena patuh kepada undang-undang negara ni. Dia jugak dilarang menganggotai, menyertai dan melibatkan diri dengan apa cara sekalipun dalam pertubuhan politik. Bukan setakat tu je, dia juga menyertai pertubuhan yang mengkritik atau menentang kerajaan atau menjatuhkannya secara kekerasan.

Apa yang paling penting, dia jugak tak boleh sertai pertubuhan yang bergiat dalam aktiviti yang menimbulkan kesan negatif kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam dan kemoralan. Okay, soalan untuk korang; agak-agaknya Dr Zakir naik dapat status penduduk tetapnya melalui kaedah yang mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print