5 kelab bola sepak power yang sudah hilang daripada muka bumi ini…

Palace V Wimbledon
5 kelab bola sepak power yang sudah hilang daripada muka bumi ini…

Korang semua minat tak dengan sukan bola sepak? Kalau korang nak tahu, liga utama bola sepak dah bermula, dan tahun ini nampaknya Manchester United akan kembali menawan Eropah, moga lebih ramai penyokong setan merah akan istiqomah hingga kemenangan. Pasukan yang korang sokong amacam? Dah boleh tak laungkan slogan keramat “This year is our year” macam fans Liverpool? Atau pun dah nak hilang dalam dunia bola sepak macam lima pasukan kat bawah ni.

1. Los Angeles Aztecs (USA), pernah jadi kelab untuk pemain hebat seperti George Best dan Johan Cruyff

Korang kenal tak dengan pemain hebat yang bernama George Best dan Johan Cruyff? Untuk pengetahuan korang, kelab Los Angeles Aztecs ni pernah diwakili oleh mereka berdua tau. Kelab ni pernah menjadi kelab yang paling popular suatu ketika dahulu dan sangat berpengaruh di NASL (North America Soccer League) daripada tahun 1947 hingga 1981. Kelab ini telah memenangi kejohanan NASL pada tahun 1974 setelah mereka berjaya mengalahkan pasukan Miami Toros.

Kredit gambar: NASL Jerseys

Kelab ni pernah mendapat sentuhan para jurulatih yang sangat hebat dan terkenal pada ketika itu antaranya ialah Rinus Michels. Namun, kelab ini telah terkubur begitu sahaja pada tahun 1982 akibat daripada kesuraman liga NASL dan menjadi punca kepada ketiadaan kelab legenda ini tidak wujud lagi pada hari ini.

2. Dukla Prague (Czechoslovakia), terkubur akibat masalah kewangan

Pasukan ni adalah merupakan sebuah pasukan yang paling berjaya di Czechoslovakia. Mereka telah memenangi kejuaraan liga sebanyak 11 kali dan piala Czechoslovak sebanyak 8 kali. Pasukan ni juga telah menjadi pasukan yang pertama di negara ni memenangi piala secara doubles. Namun, pada musim 1994/95 mereka telah terjerumus dan jatuh ke liga divesyen 3 akibat daripada masalah kewangan yang teruk. Nama kelab Dulka Prague lenyap dan terpaksa menggunakan nama kelab yang mereka telah bergabung bersama iaitu FC Portal Pribam.

Kredit gambar: subbuteo online

3. Wimbledon FC, sekarang dah jadi AFC Wimbledon

Dalam banyak-banyak kelab yang telah tiada lagi pada hari ini, mungkin kisah kelab Wimbledon FC lah yang paling tragis sekali antara dengan yang lain. Kelab ini pernah memenangi Piala FA pada tahun 1988 dan menjuarai divisyen 1 pada era The Crazy Gang. Mereka telah berada di EPL sejak dari penubuhannya sehinggalah ke puncak milenium. Selepas penyingkiran pada tahun 2000, lembaga pengarah telah memutuskan untuk memindahkan kelab itu ke Milton Keynes. Mereka berpindah dari tempat asal ke Selatan London iaitu di Buckhinghamshire.

Pihak lembaga kelab telah memutuskan untuk menukar nama kelab kepada Milton Keynes Dons FC (MK Dons) berikutan dengan nama pemilik kelab yang baru iaitu Milton Keynes Development Corporation.

Kredit gambar: the false nine

Para penyokong mereka sangat kecewa dengan keputusan tersebut dan pada tahun 2002, para penyokong mereka mula membina kelab mereka sendiri dengan nama AFC Wimbledon yang mana hasil usaha mereka telah membuatkan mereka beraksi di League 2 sehingga ke hari ini. Namun, yang pasti kelab Wimbledon yang asal dan sangat digeruni suatu ketika dahulu telah terhapus dari dunia bola sepak akibat daripada pengurusan yang gagal. Korang semua mungkin boleh senaraikan nama pemain Wimbledon FC yang pernah korang saksikan di kaca tv suatu masa dulu.

4. FC Amsterdam, pernah mara sehingga ke suku akhir Piala UEFA

Kalau korang nak tahu, dulu dekat bandar Amsterdam ada derbi yang sangat kuat seperti kelab AC Milan-Inter Milan dan Manchester City-Manchester United pada hari ini yang dipanggil sebagai derbi Amsterdam yang mana melibatkan FC Amsterdam dan Ajax Amsterdam. FC Amsterdam pernah mara sehingga ke suku akhir Piala UEFA pada tahun 1974/75 dan pernah menewaskan pasukan gergasi Eropah iaitu pasukan Inter Milan.

Kredit gambar: via : pinterest.com

Pada tahun 1978, kelab ni berhadapan dengan krisis kewangan yang kritikal dan semakin hilang penyokong yang mana kehadiran para penyokong mereka semakin berkurang setiap hari. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke satu lokasi baru pada tahun 1980 namun kelab ini masih gagal untuk menarik penyokong. Pada tahun 1982, akhirnya kelab ini telah dibubarkan kerana mereka merasakan kelab ini sudah tidak relevan lagi. Walaupun pada hari ni ada nama kelab FC Amsterdam yang baru namun ianya bukanlah kelab FC Amsterdam yang asli lagi.

5. Dallan Shide, juara pertama pada era revolusi Chinese Super League

Kelab Dallan Shide adalah antara kelab yang sangat berpengaruh di dalam liga China. Mereka pernah menjadi sebuah kelab yang paling kaya di China pada suatu ketika dahulu dan pernah menjadi juara pertama pada era revolusi Chinese Super League. Selain tu, kelab ini juga pernah menjuarai Asian Club Championship pada tahun 1998 dan Asian Cup Winner pada tahun 2001. Kelab ini telah menjadi pusat kepada kemajuan bola sepak China, kebanyakan kelab daripada China meniru model pengurusan mereka.

Kelab ini juga memiliki 8 kejuaraan Liga A (termasuk CSL) China dan 2 Liga B China. Kelab Dallan Shide ini juga pernah menjadi juara dalam Chinese Super Cup sebanyak 3 kali dan Chinese FA Cup juga sebanyak 3 kali.

kredit gambar: Wild east football

Presiden terakhir kelab ini iaitu Xu Ming dipercayai terlibat dalam skandal rasuah, perjudian dan pelbagai jenayah lain. Dia tidak tahu cara untuk menggunakan duit yang banyak untuk pembangunan kelab ini. Pada tahun 2004, The Guardian pernah menganggap Xu Ming sebagai Roman Abramovich China. Xu Ming mengaburi pihak berkuasa dengan menyatakan bahawa dia sentiasa menderma kepada persatuan kebajikan namun derma tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan cukai kerajaan atas nama kebajikan yang mana pada akhirnya duit tersebut akan berpatah balik ke tangan Xu Ming.

Lebih sadis lagi, Xu Ming juga pernah mencuba untuk menjual 70% daripada saham kelab kumpulan Aerbin yang hari ini memiliki Dalian Aerbin yang merupakan seteru utama Dallan Shide namun tindakan tersebut tidak berhasil. Pada tahun 2013, nama kelab Dallan Shide ini sudah tiada lagi dalam landskap bola sepak China dan dunia.

Duit yang banyak tidak menjanjikan kejayaan terhadap semua perkara

Korang kenal tak nama-nama kelab kat atas tu? Walaupun kelab ini sudah tiada lagi namun kelab-kelab ini pasti akan terpahat dalam hati para peminat mereka yang setia. Melalui kelab bola sepak ini juga kita dapat melihat bahawa duit yang banyak bukanlah satu ketentuan untuk kita memperolehi kejayaan seperti yang dialami oleh pasukan Dallan Shide. Satu lagi, hari ni kita belajar satu benda yang berguna – nak uruskan sesebuah kelab bola sepak ni, bukan senang sebenarnya, banyak benda yang kena difikirkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print