Mo Salah memadam semua media sosialnya?! Kami terangkan sebabnya

Mo Salah memadam semua media sosialnya?! Kami terangkan sebabnya

Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly bukanlah satu nama yang biasa-biasa, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Penjaring yang prolifik di dalam padang, dan punya pengaruh tersendiri di luar stadium, Mo Salah terus menjadi sebutan oleh penyokong tegar kelabnya, Liverpool FC mahupun peminat pasukan lain. Persembahan memukaunya dalam Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia menceritakan segalanya.

Via Giphy

Salah hilang di media sosial?!

Namun, sehari dua ni, kecoh sikit bila akaun media sosial rasmi Salah gagal dikesan. Mo Salah telah memadam akaun Twitter, Facebook dan Instagram beliau. Tindakannya ini menjadi misteri dan membuatkan ramai tertanya-tanya. Kepada yang berfikiran positif, ramai yang menyangka bahawa ini adalah salah-satu cara Salah untuk menggerakkan kempen agar masyarakat kembali kepada kehidupan realiti mereka dan tidak terikat dengan media sosial. Ada juga yang menyatakan bahawa beliau mahu menumpukan kepada kerjaya bola sepaknya.

Maka, pelbagai teori timbul – adakah kerana Salah mempunyai konflik bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil El-Sisi? Ataukah kerana Salah ada isu dengan Persatuan Bola Sepak Mesir? Dan teori yang paling popular pastilah, beliau dikatakan berminat untuk berhijrah ke Real Madrid.

Hmmm…Via Giphy

“2019 Resolution: Time to get in touch for real,”

Tweet terakhir Salah, menyebabkan ramai netizen yang mengkritik serta mengecam beliau. Antara lain, pastilah kerana perkataan ‘real’ pada Tweet tersebut, yang dikatakan merujuk kepada kelab Real Madrid. Terdapat banyak spekulasi bahawa ia sangat berkaitan dengan perkembangan terbaharu berkenaan masa depan kerjaya bola sepaknya.

Nak pergi ke Real Madrid?

Pemain berusi 26 tahun ini telah sejak sekian lama dikatakan akan berpindah ke Madrid, dan musim lepas muncul antara nama yang paling dikaitkan dengan juara Eropah tersebut. Bagaimanapun, urusan tersebut gagal dimeterai dan Salah meneruskan kerjayanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Kontroversi Twitter – Real Madrid ini timbul tatkala Salah dituduh gemar dengan sengaja merebahkan badannya demi mendapatkan sepakan percuma mahupun penalti. Salah dibandingkan dengan bekas bintang Liverpool, Luis Suarez kerana didakwa merebahkan badannya dengan terlalu mudah. Ada yang mendakwa hal ini berlaku kerana larian atau pergerakan yang terlalu pantas menyebabkan beliau mudah terjatuh bila terlanggar pemain lawan.

Namun, para pengkritiknya menegaskan bahawa terdapat perbezaan yang jelas di antara terjatuh kerana terlanggar pemain lawan, dan melakukan simulasi dengan sengaja.

Penalti! Via Giphy

Ada juga mengeluarkan teori bahawa hubungan Salah dengan Persatuan Bola Sepak Mesir kini berantakan, yang mana timbul semula selepas Mesir memenangi hak untuk menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Piala Negara-negara Afrika tahun ni. Jadual yang padat dikatakan akan memberikan impak kepada perancangan untuk perpindahan musim panas oleh Jurgen Klopp bagi mengisi kekosongan Salah, jika penyerang tersebut terpaksa beraksi untuk negaranya dalam Kejohanan tersebut.

Sejak Salah memadam akaun media sosialnya, peminat dari seluruh dunia menghantar pelbagai hadiah dan surat kepada Salah, bagi menzahirkan sokongan mereka kepada bintang kesayangan mereka itu. Akhirnya, kebenaran berkenaan kontroversi berkenaan Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika sebanyak dua kali ini, didedahkan.

Hilang, ada sesiapa nampak? Via IM

DHL Express siap buat pertandingan

DHL Express memberikan respon kepada Salah-mania ini dengan cukup tenang. DHL telah membuat posting di Instagram, Twitter dan Facebook menyatakan: “Kami telah menjumpai Mo Salah dan kami boleh menghubungkan anda kepadanya.” Tatkala dibanjiri pertanyaan oleh para peminat Salah, syarikat tersebut hanya membalas ringkas: “Tunggu” dan “Ikuti kami untuk mengetahui perkembangan lanjut”.

Selanjutnya, dalam laman webnya, DHL Express memaklumkan bahawa ia menganjurkan satu pertandingan; sempena ulang tahunnya yang ke-50, di mana syarikat tersebut akan memilih hadiah dan surat daripada 50 orang peminat bertuah, untuk disampaikan sendiri kepada Salah.

Nah, rupa-rupanya tindakan Salah memadam akaun media sosialnya hanyalah sebahagian daripada taktik dan strategi pemasaran syarikat penghantaran logistik tersebut. Bak kata orang Jawa, “…part of a social media stunt!” Aduh, torkono den!

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top