Kisah Ras Adiba, senator OKU yang dilantik sebagai Pengerusi Bernama

F1

Baru-baru ni, kita melihat beberapa wajah baharu telah dilantik menjadi Senator di peringkat Dewan Negara. Kedudukan senator ni penting jugak dan berperanan besar dalam demokrasi berparlimen. Dengan peranan dan kedudukan yang tinggi di peringkat negara ni jugaklah, sememangnya suatu hal yang bermakna apabila wakil dari golongan terpinggir akhirnya menduduki peringkat tersebut.

728 X 90

Sesuailah dengan topik kali ni, kami nak bawakan korang mengenai kisah salah sorang senator Dewan Negara yang baru-baru ni dilantik bersempena pertukaran kerajaan awal tahun ni.

Ras Adiba
Via NST

Senator Ras Adiba cuma hilang upaya, tak hilang semangat untuk hidup berjuang dengan sukan dan pentas penyiaran

Jika korang lahir pada 90-an, mungkin korang dah kenal lama dengan sosok wanita bernama Ras Adiba Radzi ni. Dia ni dahulunya sorang wartawan dan pengamal media yang berpengalaman dan disegani ramai. Dia pernah berkhidmat dengan saluran media utama rakyat seperti TV3 dan NTV7, serta berpengalaman dalam beberapa tugas lain dalam penyiaran.

Pada 15 Mei lalu, dia putuskan untuk bersara daripada dunia penyiaran lepas 34 tahun membanting tulang dalam kerjayanya di hadapan kamera. Persaraan ni ada jugak yang terkait susulan perlantikannya menjadi senator, berkuatkuasa pada 20 Mei kemudian.

“Saya hidup, makan, lena & bertugas sebagai penyelaras pakaian, wartawan siaran, pengulas sukan, penerbit & penyampai berita. Sejak 1986 di Jln Liku, saya menjadi penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita. Ianya hidup saya.”- Ras Adiba, seperti yang dilaporkan Koolfm

Ras Adiba1
Via Koolfm

Apa yang menarik dengan kisah hidup Ras Adiba adalah kekuatan hatinya untuk berani meneruskan hidup dan kembali berjuang walaupun lepas beberapa insiden yang akhirnya meragut daya upayanya untuk bergerak sebebasnya. Terdapat beberapa insiden yang berlaku sehingga mengakibatkan dia akhirnya diisytiharkan lumpuh separuh badan oleh doktor pada 2002.

Pada 11 November 1995, Ras Adiba terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan alami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaannya bertambah teruk pada tahun 2001 apabila dia diserang oleh sekumpulan perompak di rumah ibunya. Pada tahun 2002 pulak, dia tergelincir ketika menaiki tangga sehingga mengakibatkan tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10. Ketika waktu ni, dia dah terpaksa pakai kerusi roda.

Mstar Ras Adiba
Tangkap layar Ras Adiba tahun lalu yang derita sakit belakang… Via MStar

Dalam tempoh menjalani fisioterapi, dia jugak turut terlibat dalam sukan paralimpik dalam beberapa acara seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan sukan menembak. Pada 2003, dia mulai berkecimpung dalam sukan menembak. Dia jugak pemegang rekod Malaysia lepas berjaya menamatkan perjalanan sejauh 420km selama 14 hari dengan kerusi roda, bermula dari Johor ke Kuala Lumpur pada 2003.

Dia kembali semula ke dunia penyiaran pada 2008, dan menggunakan pengalaman lalunya untuk mengemudi hidupnya sebagai sorang pengacara dan penerbit televisyen bebas. Mengimbau detik lalu, para produksi NTV7 pernah tanya jika dia tak kisah bagi tengok penonton kat rumah yang dia sebenarnya berkerusi roda.

Doc7be9n7exqo5x9lw5217
Via The Star

Dia kata dia tak kisah dan tak malu pun nak paparkan gambaran dirinya sebenar. Malah, rakan-rakan kurang upayanya gembira apabila salah sorang dari mereka dapat masuk ke dalam televisyen dan diharap menarik perhatian ramai mengenai golongan kurang upaya. Tak cukup dengan tu, dia merupakan satu-satunya atlet paralimpik mewakili negara dalam sukan menembak sehingga ke peringkat dunia termasuklah Sukan Para ASEAN di Singapura pada 2015.

Turut mewakili golongan OKU, bantuan sahaja tak cukup untuk memastikan kebajikan untuk mereka direalisasikan

Isu berkaitan golongan OKU merupakan antara isu yang kurang diberikan perhatian dalam masyarakat. Banyak kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh mereka, khususnya dengan situasi pandemik COVID-19 sekarang ni. Mengikut kajian baru-baru ni, golongan yang paling terkesan lepas pelaksanaan PKP adalah ketua isi rumah (KIR) yang terdiri daripada wanita dan OKU.

Lepas perlantikan Ras Adiba sebagai Senator, dia turut dilantik menjadi Pengerusi Bernama yang baharu sekaligus menjadi wanita OKU pertama yang diangkat ke dalam kedudukan tersebut. Dahlah tokoh personaliti negara, atlet paralimpik kebangsaan dan aktivis OKU menerusi penglibatan aktifnya menyuarakan perihal OKU; Ras Adiba sememangnya suatu harapan baharu buat golongan OKU.

Ras Adiba Radzi
Via Facebook

Menurut kumpulan aktivis Harapan OKU, Akta Orang Kurang Upaya 2008 perlu ditambahbaik lagi selaras dengan piawaian United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) yang dah ditandatangani oleh Malaysia lebih dari 10 tahun lalu. Selain tu, Malaysia dikatakan tak hantar laporan negara kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan belum lagi menggubal beberapa perenggan dalam akta tersebut selari dengan ketentuan PBB.

Bahkan ruang awam pun masih lagi ‘sisihkan’ keperluan kemudahan khas untuk orang kurang upaya seperti tempat letak kereta dan tandas khas. Hal ni pun berlaku kat bangunan-bangunan kerajaan yang masih lagi tak mesra OKU. Ada jugak bangunan tu hanya berkonsepkan ‘ala mesra OKU’ namun tak penuhi spesifikasi yang digariskan. Pandangan Dr. Azzanawawy Samat ni wajar diteliti:

“AOKU 2008 yang bersifat kosmetik ini hendaklah dibuat semakan semula dan diperkasakan bagi memastikan akta tersebut mampu memberi hak dan membela nasib golongan tersebut. Tiada keperluan untuk mewujudkan akta yang lain sekiranya AOKU 2008 dapat diperkasakan selaras dengan keperluan golongan OKU.”- Seperti yang disiarkan Sinar Harian

Oku Parking Kereta
Ada tempat kereta khas turut disalahgunakan orang lain… Via Paultan

Mengenalpasti dan meneliti masalah je tanpa ada apa-apa langkah proaktif tak cukup. Nak tubuh jawatankuasa, majlis khas dan lain-lain tu pun takde masalah; yang penting ia membuahkan hasil yang ampuh dan adil buat golongan OKU. Takde golongan yang harus tertinggal dalam perkiraan kebajikan rakyat, terutamanya mereka yang amat memerlukan penyelesaian jangka panjang untuk memudahkan kehidupan mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *