Anda rasa industri insurans tu HARAM? Nyatakan pandangan anda pada survey ini!

F1

Kalau korang perasan, sejak beberapa bulan kebelakangan ni kami selalu terbitkan kandungan berkaitan industri insurans. Benda ni termasuklah beberapa artikel, infografik, forum online, dan video pendek. Semua ni kami buat disebabkan kawan kami dekat Allianz Malaysia Berhad bagi kami peluang untuk terangkan kepada korang tentang kepentingan insurans.

728 X 90

Kami pernah tulis artikel tentang realiti pemilikan insurans yang amat rendah. Keadaan ini tak baik untuk rakyat Malaysia, kerana perlindungan insurans amat penting untuk kita menghadapi hari-hari yang sukar. Cerita tentang keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan berhutang dan terumbang-ambing setelah kematian penyara keluarga bukanlah cerita yang asing dalam masyarakat kita.

Cuma, dalam membina kandungan yang boleh membantu korang untuk memahami industri insurans dengan lebih baik, kami perlu jugak dengar apa yang korang kata. Dah nama pun platform kami ORANGKATA kan, mestilah kami nak tahu apa yang korang kata. Oleh sebab tu kami nak buat tinjauan untuk memahami kefahaman dan apa yang korang nak kami buat dalam masa akan datang.

Isi cepat-cepat, macam kucing ni. Via Giphy

Hahh…bagi mereka yang nak meluahkan apa yang mereka nak kata, korang bolehlah isi TINJAUAN TENTANG INSURANS yang kami sediakan ni. Jangan lupa kongsikan TINJAUAN ini kepada keluarga, jiran tetangga, crush, dan pasangan anda. Kami ucapkan terima kasih di atas kesediaan korang untuk mengisi borang tinjauan ini. Nanti kami belanja korang minum kopi ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *