Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Berita

Restoran popular dikatakan ada BABI, habis kena serbu. Rupa-rupanya…

By Farahani
November 30, 2020 4 Min Read
Comments Off on Restoran popular dikatakan ada BABI, habis kena serbu. Rupa-rupanya…

Hampir setiap tahun, ada je kes bahan makanan yang diperbuat daripada babi terkandung dalam banyak jenama makanan popular. Daripada sos perasa, coklat hinggalah baru-baru ni, sebuah restoran halal dikatakan sediakan daging babi dalam sajiannya. Apa kesudahan kes restoran tersebut? Dengar cerita restoran tu dah nak saman pengadu tersebut…

Dituduh Guna Daging Babi Dalam Mee Kari Oldtown Cadang Ambil Tindakan Terhadap Si Penuduh
Via Buzzkini

Restoran francais terkenal ada sijil halal, pengadu tularkan video mi kari dan diserbu oleh pihak penguatkuasa

Pernah makan kat restoran Old Town White Coffee? Restoran francais ni dah lama wujud di Malaysia ni, dengan kopi Ipoh kebanggaan mereka yang menjadi pilihan peminat kopi putih. Selain dari menu kopi putih ni, banyak lagi sajian bercitrakan Malaysia yang turut ada. Salah satunya ialah mi kari yang ditularkan pada awal November ni, disyaki menggunakan bahan mentah tak halal.

728 X 90

Akibat video yang tular tu, KPNHEP Selangor dah serbu sebuah franchise Old Town White Coffee di Subang Jaya, Selangor untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa premis tu masih pegang sijil halal JAKIM yang masih sah sehingga 30 November 2021. Menurut pengurus restoran terbabit, premis tu mempunyai 3 orang pekerja Myanmar yang bekerja sebagai tukang masak.

Old Town Serbu
Keadaan premis ketika dalam pemeriksaan.. Via Twitter

Dalam serbuan tu jugak, bahan daging mentah yang dipercayai daging ayam telah disita untuk tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar. Pengurus premis tu turut menyatakan bahawa bahan-bahan mentah tu dibekalkan terus daripada pihak ibu pejabat syarikat restoran tersebut. Jika diikut daripada maklumat awam, ibu pejabat Old Town ni terletak di Ipoh, Perak.

Sebenarnya ada lagi 1 cawangan premis Old Town White Coffee pun turut diserbu iaitu di Kajang susulan video tular tersebut, beberapa hari sebelum premis di Subang Jaya ni diperiksa. Berdasarkan pemeriksaan lanjut, premis Old Town di Kajang pun masih lagi memiliki sijil halal JAKIM yang sah sehingga 15 Februari 2022. Pihak Old Town mengesahkan bahawa mereka takde guna bahan daging babi, sebaliknya hanya gunakan BBQ Chicken dalam mi kari tersebut.

Kdnhep Old Town Kajang
Laporan yang sahkan ia bukan daging babi.. Via Twitter

Pihak restoran pertimbangkan tindakan undang-undang kepada individu buat dakwaan palsu

Berikutan aduan palsu tersebut, pihak restoran Old Town turut buat kenyataan lanjut untuk menafikan bahawa mereka ada guna daging babi sebagai sebahagian daripada bahan masakan. Kenyataan mereka jugak disokong oleh hasil pemeriksaan lanjut daripada JAKIM dan KDNHEP, maka dah terbuktilah bahawa mereka tak salah.

Old Town Halal
Via Says

Walau bagaimanapun, dakwaan tak bertanggungjawab tersebut boleh je dielakkan dengan semak fakta terlebih dahulu. Contohnya, kalau restoran tu dah ada sijil halal… tu bermaksud francais tu bebas daripada kandungan makanan yang meragukan, macam daging babi tu. Bukan senang nak dapat sijil halal ye, ia memakan masa yang panjang serta proses yang ketat, telus daripada JAKIM.

“Kami menggesa dan memohon bantuan netizen supaya menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu dan pada masa ini, kami sedang berbincang dengan pihak guaman sama ada akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang didapati membuat tuduhan palsu,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dengan kuasa tular yang selalunya dilihat menjanjikan perhatian ramai termasuklah pihak berkuasa, ramai orang masih beranggapan setiap dakwaan yang tular di media sosial takkan diambil tindakan hanya kerana ramai dah maklum. Di bawah kuasa undang-undang, setiap dakwaan tersebut boleh diambil tindakan terutamanya dalam kes dimana dakwaan tersebut dibuktikan palsu dan menggugat reputasi seseorang atau sesebuah entiti.

https://twitter.com/penangstrays/status/1327492770299142145

JAKIM pun dah siap buat pangkalan data bagi memudahkan korang semak dulu ramuan atau makanan yang tak disahkan halal. Korang boleh semak kat Portal Halal atau muat turun aplikasi pintar SmartHalal bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai status sesebuah makanan atau minuman tersebut.

Smarthalal
Dah hujung hari, tak payahlah penat baca berita WhatsApp nak tengok makanan tu ada gelatin babi ke tak… Via Facebook

JAKIM adalah agensi kawal status halal di Malaysia, mengiktiraf banyak lagi agensi pengeluar status halal dari luar negara

Selain dari kes dakwaan palsu ke atas premis yang ada sijil halal JAKIM, tak kurang jugak rakyat Malaysia di luar sana yang masih tak faham bagaimana pensijilan halal ni berfungsi. Ada masih berpandangan bahawa JAKIM je lah satu-satunya badan pengiktiraf halal di seluruh dunia, jadi semua cap halal yang dipaparkan dalam makanan import tu tak boleh percaya.

Perkara ni sudah pastilah suatu yang merugikan, sebab JAKIM jugak turut mengiktiraf banyak lagi agensi pengeluar status halal dari negara-negara lain. Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang ada sijil halal, bahkan hampir setiap negara ni turut mempunyai agensi mereka sendiri yang dipercayai boleh kawal selia pensijilan halal makanan dan minuman yang dikilangkan dalam negara masing-masing.

Negara Sijil Sah Halal Jakim
Senarai negara yang diiktiraf oleh JAKIM… Via Halal.gov

Senarai awam yang dikeluarkan oleh JAKIM setakat ni menunjukkan kita mengiktiraf agensi pengeluar status halal daripada 46 negara, dimana hanya 86 agensi dalam negara-negara ni je yang diiktiraf JAKIM. Sebelum nak iktiraf penarafan halal dari luar negara ni pun, mereka kena penuhi dulu syarat kita yang diketahui sangat ketat. Korang boleh semak senarai tersebut kat sini.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Teringin nak tulis buku tapi rasa malas? Penulis ‘prolifik’ ni dikatakan main copy paste je

F1
Next

Anda rasa industri insurans tu HARAM? Nyatakan pandangan anda pada survey ini!

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme