Adele Lim orang Malaysia yang menulis skrip ‘Crazy, Rich Asians’, ikuti kisahnya

F1
Adele Lim orang Malaysia yang menulis skrip ‘Crazy, Rich Asians’, ikuti kisahnya

Filem ‘Crazy, Rich Asians’ adalah filem Asia yang menampilkan wajah-wajah Asia dari pelbagai negara, termasuklah negara kita dengan ‘wakilnya’ iaitu Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh. Ketika filem tu dilancarkan dulu, ramai memuji lakonan dan skrip filem tersebut namun tak ramai yang tau bahawa salah seorang penulis skrip filem adaptasi buku tu pun orang Malaysia jugak, iaitu Adele Lim.

Berganding bahu dengan Peter Chiarelli, mereka berusaha pastikan filem tu betul-betul ‘menghormati’ apa yang telah dinukilkan Kevin Kwan serta mau pastikan wajah Asia di layar Hollywood tu memberi representasi yang baik. Kali ni, kami nak kongsikan sedikit perkongsian dari Adele Lim mengenai penglibatannya dalam ‘Crazy, Rich Asians’.

Adele Lim
Via FMT

Berhijrah ke Amerika dan terus bekerja jadi penulis skrip di Los Angeles, mulanya tak terfikir pun nak jadi penulis skrip

Adele Lim berhijrah ke Amerika lepas dia habis bersekolah di Sekolah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya dan menyambung pelajarannya di Kolej Emerson, Boston, Massachusetts pada umur 19 tahun. Setelah tamat pengajian pada 1996 dalam bidang televisyen dan filem, dia tak terfikir pun nak jadi penulis skrip Hollywood ataupun nak tinggal lama di Amerika. Namun menurut temu bual yang disiarkan oleh Awards Daily, ternyata rancangannya nak pulang Malaysia terbatal apabila dia mengenali sorang lelaki ni.

Dia memang tak sangka lelaki tu rupanya dari Los Angeles dan bekerja untuk syarikat televisyen. Dia tak tau pun kerjaya tu merupakan satu pilihan, lagi-lagi sekarang ni sebagai kerjaya. Meletup-letup pulak tu namanya dalam persada industri penulisan skrip.

Adele Lim 2
Via Los Angeles Times

Dia pun sebenarnya minat menulis jugak, dan pernah terfikir nak jadi penulis. Semasa kecil, dia selalu menulis pasal kisah-kisah menarik dalam lingkungan keluarganya dan biasanya diterbitkan dalam ruangan surat khabar. Dalam perkongsiannya dengan Free Malaysia Today, dia pilih Amerika sebagai tempat meneruskan pelajaran tinggi kerana peluang yang lebih banyak di sana untuknya.

Bila dia sampai ke Amerika, dia akui dia sukar menyesuaikan diri dengan budaya kat sana. Lagi-lagi bila dia takde jaringan kawan yang boleh tolong dirinya menembusi pasaran kerja kreatif di sana, memang sukar nak masuk pun disebabkan persaingan yang sengit dengan calon-calon yang lebih hebat.

Golding Yeoh Wu
Dari kanan: Constance Wu, Henry Golding dan Michelle Yeoh.. Via Metro

Ibu bapa Adele sokong je minat dia nak jadi penulis. Katanya:

“Ibu bapa saya kerja dalam bidang pengiklanan. Jadi mereka fikir mungkin saya boleh jadi penulis, tapi saya menulis iklan. Saya menulis untuk komersial, jadi penulis iklan, mungkin jugak jadi pengasas agensi pengiklanan suatu hari nanti. Saya rasa mereka ingin pastikan saya ada kerjaya di sebaliknya, jadi mereka mahu bagi saya beberapa pilihan.”- Adele Lim, seperti yang dilaporkan FMT pada 2 Julai 2020

Lepas tengok kawan lelaki dia tu ada kerja kat syarikat televisyen, dia pun memutuskan untuk pindah dari Boston ke Los Angeles. Dia mulai cari iklan-iklan kerja, dan peluang pertama datang dari Hollywood Reporter di mana dia memulakan kerjaya dia sebagai sorang penulis skrip untuk ‘Xena: The Warrior Princess’. Di situlah dia mula berkenalan dengan ramai penulis skrip yang hebat belaka.

Xena Warrior Princess
Via The Movie Database

Baginya lagi, pengalaman menulis untuk ‘Xena’ banyak mendidiknya tentang dunia penulisan skrip. Salah satu pengajaran yang dia dapat adalah kena percaya pada watak dan perjalanan kisah yang ingin dipertontonkan kepada orang ramai. Maksud dia ni senang je; kalau kita percaya watak dan plot cerita tu seperti ia adalah kisah sebenar dan watak tu adalah watak hidup sebenar, maka penonton pun akan percaya jugak.

Daripada buku ke filem, ‘Crazy, Rich Asians’ adalah peluang emas untuk menunjukkan orang Asia mempunyai keunikannya tersendiri

Kalau korang jenis kaki filem, korang mesti perasan kadangkala ada filem yang memang sebut ‘Malaysia’ dalam skrip mereka. Rasa bangga lah jugak kan bila Malaysia disebut dalam filem antarabangsa, barulah nampak yang kita ni berdiri sebagai sebuah negara tersendiri. Ni buatkan Malaysia tak lagi dilihat sebahagian dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Carcosa Seri Negara
Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur jadi salah satu latar set penggambaran filem ni.. Via Tourism.gov.my

Bagi Adele Lim, pengalamannya sebagai sorang anak Malaysia di Amerika memberikannya perspektif baharu terhadap pandangan orang lain pasal kita, dan secara umumnya, masyarakat Asia. Filem terakhir yang menampilkan watak-watak Asia sebagai watak utama di pentas Hollywood adalah Joy Luck Club (1993).

“Penonton pun sekarang menjadi lebih sofistikated… Kalau kita tonton di televisyen, pada 1980-an, 1990-an, ceritanya sangat ringkas. Kita berada dalam zaman emas penceritaan televisyen sejak dua dekad lalu… jadi (amat penting untuk) mengekalkan keaslian dan sifat kekinian yang kena diteruskan”

Adele Lim Crazy Rich Asians
Via news.migage

Akan tetapi sebelum diberikan peluang menulis skrip untuk ‘Crazy, Rich Asians’, dia kata masa tu pun dia masih lagi tengah kerja sepenuh masa menjadi penulis skrip televisyen. Pengarahnya, Jon Chu mendekati Adele dengan idea nak jadikan adaptasi buku Kevin Kwan tu ke filem. Adele tentulah tak berfikir panjang dan terus terima peluang tu walaupun dia sebenarnya masa tu belum baca pun buku tersebut sebab beranggapan cerita dalam buku tu tak best.

Lama-lama bila dia baca, dia boleh lihat bagaimana dekatnya senario dan peristiwa dalam buku tersebut dengan kehidupannya sebagai sorang anak Malaysia berbangsa Cina. Malah wujud perkataan-perkataan dari bahasa pasar yang dah lama dia tak dengar macam ‘alamak’ dan ‘lah!’ dalam buku tu.

Poster Buku Cra
Via Entertainment Weekly

Pencapaian filem tu sangat memberangsangkan sehingga terus ada cadangan nak buat sambungan Crazy, Rich Asians. Tetapi di Hollywood, banyak isu yang perlu dikupas khususnya berkaitan dengan jurang gaji antara lelaki dan wanita serta representasi budaya. Adele Lim sendiri menghadapi cabaran yang sama dalam hal gaji tu apabila dia dapat tau Peter Chiarelli dapat gaji yang lebih tinggi sedangkan skop dan deskripsi tugas mereka sama je.

Banyak kelemahan yang perlu diatasi dalam dunia seni, baik di Hollywood dan di Malaysia sendiri supaya tak sia-siakan bakat yang ada

Kami dah pernah sentuh perkara ni dalam artikel-artikel terdahulu, seperti peranan FINAS dan masalah dunia seni yang korang kena tau dan pengajaran terhadap isu kegagalan Ogy Ahmad Daud bayar gaji hingga kena jual pes kari untuk bayar semula gaji para penulis skrip dan pelakon. Hakikatnya, kita tak kekurangan bakat pun. Yang kita kurang adalah ruang kreativiti untuk berkarya serta insiatif kita untuk memberi insentif kepada para pengkarya ni.

Penonton kita pun dahagakan cerita-cerita yang menarik dan baharu, namun masih banyak lagi masalah bersifat struktural yang kena diatasi agar dapat berdiri sama tinggi dengan Hollywood serta Korea. Serupa jugak dengan Hollywood; Adele Lim yang berpengalaman jadi penulis skrip tu pun tak dilayan dengan seadilnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top