Anak Hamid Tuah ceritakan pengorbanan ayahnya membela maruah Melayu

H2
Anak Hamid Tuah ceritakan pengorbanan ayahnya membela maruah Melayu

Kongres Maruah Melayu yang berlangsung minggu lalu dapat respon ramai pihak, termasuklah dari beberapa pemimpin dan aktivis Melayu progresif yang dah lama cuba perjuangkan isu-isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Diorang akui usaha memperjuangkan isu kemiskinan ni selalu dapat  kekangan apabila berhadapan retorik berasaskan kaum.

Bukan senang sebenarnya nak cabut sentimen perkauman dalam politik kita; benda ni selalu jadi penghalang untuk kita bergerak lebih baju. Ramai yang rela ditipu oleh bangsa sendiri berbanding dipimpin oleh orang yang tak sebangsa dengan diorang.

Anak allahyarham Hamid Tuah ceritakan kesukaran dihadapi ayahnya dalam membantu orang miskin…

“Masalahnya adalah kita mempunyai sistem elitis yang melekat di dalam sistem demokrasi kita. Kedudukan politik datang dengan faedah yang sangat besar, dari segi gaji, kuasa dan pengaruh untuk memberikan kontrak-kontrak yang besar. Ini menghapuskan semua sempadan perkauman,” – Siti Nor Hamid Tuah, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

H2
Siti Nor. Via MalaysiaKini

Siti Nor adalah anak kepada allahyarham Hamid Tuah, aktivis petani yang memimpin gerakan membuka tanah kepada orang Melayu yang tak bertanah kat luar bandar. Hamid pernah dipenjara beberapa kali pada 1960-an kerana memperjuangkan hak pemilikan tanah orang Melayu kat luar bandar.

Siti Nor menceritakan bapanya yang percaya tentang maruah orang-orang Melayu kat kampung. Dia beri semangat jiwa merdeka agar diorang berusaha dan tak meminta-minta. Selepas kemerdekaan daripada British, dia melihat ada golongan elit baru yang terbentuk melalui pemimpin Perikatan.

H3
Via Facebook Pusat Sejarah Rakyat

Masa tu petani Melayu masih ada banyak masalah dengan isu seperti pemilikan tanah dan pengairan pertanian. Ramai yang cuba minta campur tangan Hamid Tuah dalam perkara tu. Tapi setiap kali Hamid cuba membantu, dia pasti akan ditangkap.

Kemudian pada 1967 pendudukan tanah tu dikatakan langgar undang-undang dan pihak berkuasa telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Selepas tu, Hamid dan empat orang pengikutnya ditangkap pada 4 Januari 1969, diorang ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun.

Ramai pemimpin berhaluan kiri yang cuba untuk bentuk pakatan bukan perkauman dipenjarakan…

Walaupun ditangkap, ada beberapa detik kejayaan gerakan meneroka tanah dalam kalangan petani Melayu miskin yang dipimpin Hamid Tuah masa tu. Antaranya pada 1950 – 100 orang kampung berjaya dapatkan tanah mereka di kawasan yang kini dikenali sebagai Johan Setia.

Gerakan tu turut melibatkan pelencongan sungai yang berjaya membantu petani kat Tanjung Karang pada 1961 mengatasi masalah kemusnahan tanaman.

Kata Siti Nor, walaupun usaha bapanya adalah untuk mengangkat maruah orang Melayu yang tak bertanah waktu itu, namun Hamid Tuah tak lihat kemiskinan melalui perspektif perkauman. Masa tu kaum Cina dah ada perkampungan-perkampungan baru mereka sendiri, dan kebanyakan kaum India pula jadi penoreh.

“Jadi, isu itu mungkin sudah diasingkan namun masalah kemiskinan masih dihadapi oleh semua kaum. Selepas kemerdekaan, semua orang yang berada di kampung cuba untuk menentang golongan elit (yang memerintah) ini, tetapi kemudiannya mereka dituduh sebagai golongan penentang dan penyokong gerakan komunis,” – Siti Nor, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Tabik. Via Giphy

Bapanya nak melegakan dan mengurangkan masalah kemiskinan dalam kalangan orang Melayu tapi bukannya dengan menjejaskan hak kaum-kaum lain. Dia juga tak menyertai mana-mana parti politik walaupun usahanya sering disokong oleh (gabungan pembangkang masa tu, Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh) Barisan Sosialis.

Tapi malangnya ramai pemimpin berhaluan kiri yang cuba untuk bentuk pakatan bukan perkauman dipenjarakan. Selepas mengetuai pergerakan rakyat di Telok Gong dan dipenjarakan, bapanya juga jadi tumpuan utama pihak berkuasa ketika peristiwa bantahan petani dan demonstrasi mahasiswa mengenai isu kemiskinan kat Baling pada 1974.

M4
Peristiwa Baling. Via Utusan

Demonstrasi tu membawa kepada penahanan ISA ramai aktivis dan pemimpin pembangkang, termasuklah presiden Abim ketika itu Anwar Ibrahim dan Dr Syed Husin Ali yang pada waktu penangkapan merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya.

“Hamid tuah tidak memfokuskan kepada perkauman. Dia hanya mahukan pengikutnya keluar dari arus kemiskinan untuk menjadi berani, bebas, bergantung kepada diri sendiri dan mempunyai kesedaran diri. Inilah maruah Melayu,” Siti Nor, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

M3
Via FMT

Dia turut menambah; jika pemimpin Pakatan Harapan hanya mahu menggantikan kerajaan tapi meneruskan sikap ekonomi neo-liberal Barisan Nasional, maka tiada perubahan akan berlaku kepada golongan miskin, sama ada Melayu ataupun kaum lain.

Memperjuangkan hak tanpa menggunakan neraca perkauman adalah sesuatu yang diperlukan

Barangkali Malaysia masih terlalu muda untuk menyingkirkan perasaan perkauman yang ada pada kebanyakan rakyat. Tapi untuk bergerak lebih maju dan berkesan; kita tak patut melihat semua isu dari neraca perkauman. Contohnya isu kemiskinan ni – ramai yang beranggapan bangsanya miskin kerana telah dirompak oleh bangsa lain.

Sebenarnya bangsanya sendiri (golongan elit) telah merompak diorang, namun disebabkan sentimen perkauman yang tinggi, mata menjadi buta.

Artikel ini diambil dan disunting dari artikel yang bertajuk ‘Maruah Melayu bila tak miskin, berdikari, tak jejas kaum lain’ terbitan MalaysiaKini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top